Ahad, 26 Disember 2010

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

(Diambil dari email rakan-rakan. elok untuk direnung dan dinilaikan)

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untukmemasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............

Rabu, 22 Disember 2010

5 tip motivasi Tahun Baru dari Irfan Khairi :)

Disertakan artikel motivasi dari Mentor jutawan aku En Irfan khairi. Elok sama-sama renungkan dan amalkan apa yang diperkatakan oleh Irfan khairi ni. Aku sendiri pun masih banyak matlamat yang belum tercapai. Mungkin juga terlalu besar atau jangka masa yang diperlukan lama. matlamat pertama untuk dapatkan master mungkin perlu dibawa ke tahun hadapan sebab jangka masa taman pengajian tahun hadapan. begitu juga matlamat nak kurangkan hutang ianya juga memerlukan tempoh masa tertentu.

Tapi walaubagaimana pun dengan adanya matlamat ini sekurang-kurangnya kita berusaha ke arah apa matlamat kita. Jika kita berangan sahaja tanpa tindakan untuk melakukan apa yg kita angankan, ianya perkara yang sia-sia sahaja. Jadi bermula sekarang aku nak senaraikan matlamat aku beserta anggaran waktu yang diperlukan. walaupun ianya nampak terlalu jauh untuk dicapai sekurang-kurangnya aku dah mula langkah pertama. Anda tunggu apa lagi.

################################################################
5 tip motivasi Tahun Baru

Sekiranya kita telah berusaha, tetapi matlamat kita tak tercapai juga, hanya 2 perkara penyebabnya- sama ada matlamat kita terlalu besar, atau jangka masa kita berikan terlalu singkat. Oleh itu, kecilkan sedikit matlamat atau panjangkan sedikit jangkamasa untuk pulihkan masalah ini tahun hadapan!

ada berbagai2 kategori matlamat iaitu keluarga, peribadi, fizikal, kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri, karier, kewangan, material dan spiritual. Anda perlu ada matlamat untuk setiap kategori. silapnya, ramai orang hanya mempunyai matlamat dlm 1 kategori sahaja- iaitu kewangan! Tahun 2011, pastikan anda punyai matlamat dlm setiap kategori di atas ;)

SEMUA orang mempunyai perasaan 'takut' kepada kegagalan. mereka yang berjaya juga punyai perasaan 'takut gagal'- saya pun ada ;). apa yang membezakan adalah, mereka yang berjaya walaupun punyai perasaan 'takut gagal', tetapi tetap lakukan juga

fikir kan waktu2 yang pernah kita "in the zone", mungkin satu ketika dulu kita berjaya dalam sesuatu, atau capai sesuatu yang membanggakan, atau capai salah satu matlamat besar kita. gunakan waktu tersebut sebagai satu trigger/picu untuk capai kejayaan yang baru akan datang. always letakkan fikiran kita "in the zone"!

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. nak berdaya, memang susah. tetapi, untuk berDALIH, memang MUDAH. orang yang berjaya akan melakukan perkara-perkara yang susah. orang yang tak berjaya akan pilih yang mudah. so, kita pilih yang susah ok?

Ahad, 19 Disember 2010

ketahui sama ada anda mampu menjadi seorang USAHAWAN|!!!

(Petikan dari email Irfan Khairi untuk dikongsi bersama)

Adakah dalam list anda yang anda terfikir untuk manjalankan PERNIAGAAN?!

Sekiranya jawapan anda 'Ya', anda berada di landasan yang tepat. Banyak yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan ini. Untuk berjaya dalam perniagaan, kita perlukan tanggunjawab keinginan dan kemahuan yang tinggi.

Langkah yang pertama, periksa hati anda. Adakah anda dah bersedia untuk memulakan perniagaan ini? Dan bukannya atas idea, arahan atau paksaan dari orang lain. Pastikan ianya mestilah dari hati sendiri.

Tiga persoalan yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan kecil-kecilan:

Adakah anda ingin menjalankan perniagaan ini sendiri?
Membuat semua keputusan dan bertanggungjawab sepenuhnya atas perniagaan anda

Adakah anda sanggup bekerja keras dan berkorban untuk segala keperluan diawal perniagaan ini?

Adakah anda mempunyai keyakinan diri dan displin diri?
Dimana ia akan membuat anda bersungguh-sungguh dalam membina perniagaan sehingga berjaya.

Sekiranya anda menjawab 'TIDAK' pada semua soalan diatas, ini bermakna anda belum bersedia untuk membuat atau memulakan perniagaan.
Dan sekiranya anda memberi jawapan yang positif pada soalan-soalan tersebut, ini bermakna anda telah bersedia untuk berfikir dengan serius bagi memulakan perniagaan.


Ada beberapa sifat dan sikap yang membuat seseorang itu sesuai untuk menjalankan perniagaan ini yang berjaya berbanding dengan orang lain;

Ketekunan, kegigihan dan ketabahan yang ada pada diri kita
Keinginan yang kuat
Kemahuan untuk mengambil inisiatif
Bersifat bersaingan
Percaya pada diri sendiri
Kekuatan yang kuat untuk berjaya
Keyakinan diri
Kesihatan yang baik

Ikutilah nasihat yang diberikan oleh Warren Buffet, DUIT bukan segala-galanya. Untuk mendapat KEKAYAAN adalah hasil daripada kepercayaan pada DIRI SENDIRI dan cipta kejayaan.

DUIT diperlukan, bukan yang UTAMA dan jika meletakkan DUIT pada tempat yang pertama kita akan dibelenggu oleh masalah. Berikut adalah pesanan daripada Warren Buffet (orang ketiga terkaya di dunia) ;


Stay away from credit cards and bank loans and invest in yourself. REMEMBER:

1: Money does not create man BUT it is the man who create money
2.: Live your life as simple as you are
3: Don't do what other people say, just listen to them, but do what you feel good.

-Warren Buffet

Sabtu, 18 Disember 2010

Hari Inovasi MIS 2010 (14/12/2010)

Agak terlewat sikit nk upload gambar-gambar sekitar majlis Inovasi MIS2010. Gambar ni tak mewakili semua majlis tu. hanya yang ada gambar saya jer yang dimasukkan. terdapat Kelainan bagi saya majlis Inovasi kali ni berbanding tahun-tahun sudah. Kalau tahun-tahun sebelum ni saya hanya terlibat sebagai peserta biasa sahaja, namun pada tahun ini saya diberikan satu tugasan yang agak mencabar juga hehehe. dapat jer senarai nama AJK yang bertugas pada inovasi 2010 saya dah panik heehehe. mana tak nya saya ditugaskan mengetuai bacaan Ikrar Inovasi MARA didepan.


Gambar diatas tu gambar tengah baca Ikrar. Memang gementar gila tapi dapat kawal keadaan hehehehe. Kawan-kawan semuanya nak malu apa. Thanks pada pengikut-pengikut bacaan ikrar saya yang bersemangat melafaz ikrar. Harap jangan baca sahaja yer. Sila zahirkan dalam kerja harian kita :)

Aktiviti yang utama dalam hari inovasi tu adalah Ceramah dari penceramah jemputan. kecermelangan diri. Bermula dari mana? Topik yang dibincangkan sangat menarik dengan penyampaian oleh ustaz jemputan yang sangat menarik. Ada la sedikit sebanyak ilmu yang boleh diambil dari ceramah beliau. Tempelan ini bukan untuk menceritakan intipati ceramah beliau.
Selepas selesai ceramah, diadakan satu sesi Fishermen. aktiviti ni nak menyegarkan kembali peserta-peserta yang mengantuk lepas dengar ceramah hehehe. bagus juga pendekatan dia orang ni. Tak la bosan sangat mengikuti sepanjang sesi. Perrmainan ni kita ikat silang tangan kita dengan tangan partner dan siapa cepat dapat keluar dari ikatan diumumkan pemenang. Saya dah berjaya keluar cuma masa berjaya buat tu pengadil tak tengok. bila suruh buat semula dah lupa step la pula. Jadi kemenangan adalah milik orang lain hehehe :(
Antara koleksi hadiah yang akan diberi kepada semua peserta. Dan yang paling menarik hari inovasi ini pada saya iailah, saya dianugerahkan STAF BERKETERAMPILAN DAN BERPAKAIAN KEMAS. namun takda gambar nak tunjuk sebab saya masih tak dapat lagi gambar tu. bila dapat saya akan kemaskini kat sini. selama berkhidmat ni dua kali saya dapat anugerah ni. satu pada tahun 2005 hehehe. Aper pun thanks kepada panel penilai. Tapi aku rasa ramai lagi yang boleh dikategorikan sebagai staf berketerampilan dan berpakaian kemas, mungkin mereka tak tercalon. Moga aku lebih berinovasi dan kreatif pada tahun-tahun mendatang


Gambar semasa menerima anugerah staf berketerampilan 2005. Rambut masih hitam lagi hehehehe



Isnin, 13 Disember 2010

Good Night 01:35 am :)

Sebelum nak pejam mata ni rasa nak menulis la sikit. Baru selesai study untuk exam sabtu ni. buat satu soalan pun tak habis. susah betul la prof ni buat soalan. harap boleh buat la sabtu ni. tertekan betul rasa sekarang ni. celik mata jer kepala tak ada pikir benda lain. Exam+Assigment+Final Projek. Berilah aku kekuatan ya Allah untuk hadapi semua ni. tak lama lagi mungkin dalam sebulan jer lagi. Tak sabar nak tunggu tarikh tersebut. Pengajian kali ini memang memenatkan. biasa la cabaran dalam hidupkan. kalau hidup selalu mendatar jer dan tiada cabaran tak best jugakan.

Kepada kawan-kawan seperjuangan harap semangat korang pun kuat juga lah yer. InsyaAllah kita akan melepasi semua cabaran ni. Bantuan dan sokongan korang amatlah diharapkan dan dihargai. Sekejap jer rasa 2 tahun pengajian. sedar-sedar dah nak sampai penghujung dah. Adab kehidupankan. Pertemuan dan perpisahan silih berganti.

Oklah nak kemas-kemas buku dan notebook ni. Aqilah setia menanti disebelah bapa dia ni. Suruh masuk tidur dulu tak nak...nak juga teman bapa dia study. tengok dia dah tertidor mengantuk sangat kot. InsyaAllah semoga kejayaan milik kita.

Ahad, 12 Disember 2010

lesson for today :)

Hanya nak berkongsi pengajaran yang saya dapat hari ni. Mungkin bagi sesetengah orang perkara ini biasa tapi bagi saya ianya luar biasa. Hari ini ada janji nak hantar barang kat client di bangi. Dari malam lagi dah rancang macam mana nak berada di bangi pukul 11pagi sebab janji pukul 11pagi. MasyaAllah tanpa sedar bagun pagi tadi aku terpikir, jika janji kita dengan manusia yang kita ada kepentingan kita akan cuba tepati masanya. Tapi jika janji kita dengan Allah 5 kali sehari kita tak tepati.

Saya terpikir begitu sebab saya terbabas bangun subuh tadi. Bangun pagi tadi sedar-sedar dah pukul 7. Penat sangat dari pagi semalam sampai malam sibuk dengan kelas dan Lab yang perlu disiapkan. sampai rumah dah pukul 11 lebih. Sebab penat sangat tidur sampai terbabas hehehe. Tu lah pengajaranya. Janji dengan Allah saya lengah-lengahkan. Tapi jika janji dengan manusia kita pastikan kita akan berada tempat yang dijanjikan tepat pada masanya. InsyaAllah saya akan cuba menepati masa janjitemu dengan Allah. Berikanlah aku kekuatan ya Allah.

Malam ni kawan beritahu seorang cikgu di MRSM Pasir Tumboh meninggal sebab sesak nafas. Cikgu ni saya kenal sebab selalu berurusan semasa kerja di MRSM dahulu. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Gilirannya telah tiba, kita belum tahu bila masanya. Apapun jemputan Allah itu pasti akan berlaku cuma cepat atau lambat jer. Ramai orang yang sama-sama kerja dahulu kini dah menemui penciptaNYA.

Semoga saya dapat menepati janji saya dengan Allah dan tidak melengah-lengahkannya. Bagaimana jika Allah menjemput kita tanpa kita sempat menunaikan janji kita kepadaNYA tepat pada waktunya Sedangkan kita mempunyai cukup masa untuk menunaikannya. Mata dah mengantuk dan anak-anak semua dah tidur. Oklah goodnight. Semoga Allah memberi kita peluang dan marilah menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Rabu, 8 Disember 2010

For the Rest of My Life :)


Ditujukan khas untuk Isteriku....... :)

For the Rest of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

OOOOO

And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

OOOO

And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah

Selasa, 7 Disember 2010

3 Tips Bagaimana Memotivasi Diri Pada Hari Maal Hijrah

Tip motivasi yang diambil dari web http://www.imotivasi.com untuk perkongsian ilmu bersama. Sila layari laman berkenaan untuk mendapatkan artikel berkenaan motivasi supaya kita selalu bermoivasi dalam hidup ini. Happy Reading :)

###################################################################

Tip 1: Lakukan Muhasabah Diri Pada Awal Pagi

Ingat semula kejayaan-kejayaan kecil yang Anda pernah capai 12 bulan lalu sepanjang tahun Hijriah. Tekadlah untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada 12 bulan akan datang dalam tahun baru Hijriah ini. Elak mengingat kegagalan-kegagalan yang Anda pernah lalui sebab akan menurunkan motivasi Anda.

Tip 2: Kaji sikap riak,takbur,ego dan sombong tersembunyi.

Anda tak akan terlepas dari sikap riak, takbur, ego dan sombong terutama apabila Anda sudah mengecapi sesuatu tahap yang lebih baik daripada orang lain di sekeliling Anda. Pada awal Muharram ni, eloklah kiranya Anda gunakan hari itu sebagai hari untuk menggali ego-ego tersembunyi atau sikap riak tersembunyi, terutama apabila di puji. Sikap riak adalah umpan sikap negatif untuk menguasai diri Anda. Ego,riak, temberang, takbur,sombong dan bongkak adalah berpunca dari sikap-sikap negatif.

Tip 3: Pasang tekad jadi insan yang lebih berguna.

Insan yang baik adalah insan yang mendatangkan manfaat pada orang lain, simply sebab dia gembira melihat orang lain jadi bahagia dan merasa bahagia. Ubah mentaliti Anda, ubah diri Anda menjadi orang yang berguna. Walau siapapun Anda, pada Muharram ini, gunakan ia sebagai titik pemula (starting point) untuk melatih diri Anda menjadi insan berguna, lebih berguna dari yang sebelumnya.

Selamat Menyambut Hari Maal Hijrah (Awal Muharram)

Khamis, 2 Disember 2010

Harta :)


Alhamdulillah kuliah pagi ini yang disampaikan di pejabat menarik minat aku untuk mendengar dan menghayatinya. walaupun kuliahnya ringkas namun padat dengan info yang perlu dihayati dan direnungkan bersama.Topik yang disampaikan kali ini adalah berkenaan dengan harta. Saya pasti ramai antara kita memasang angan-angan untuk mengumpul harta sebanyak mungkin. Termasuklah saya walaupun Nabi kita pernah berpesan yang maksudnya lebih kurang " Aku tidak takut umat ku diuji dengan kesusahan, namun yang paling aku takuti adalah umatku diuji dengan kekayaan." eloklah kita renungkan bersama hadis tersebut (Petikan hadis sebetulnya sila semak kitab ok).

berbalik kepada topik kuliah tadi, ustaz yang menyampaikan kuliah tu menyatakan terdapat 3 jenis harta yang semua orang inginkan didunia ini namun hanya harta yang ke 3 sahaja harta yang sebenar-benarnya bagi manusia di sisi-NYA. Harta-harta tersebut adalah :

1. Harta yang akan rosak. bermaksud harta yang akan rosak apabila kita gunakannya. contohnya makanan yang kita makan. semua orang menginginkan makanan namun setelah dimakan ianya akan menjadi najis dan tiada siapa lagi berbangga dengan najis tersebut.

2. Harta yang akan buruk. bermaksud harta yang akan buruk apabila telah digunakan. seperti kenderaan, pakaian dan lain-lain. kenderaan semasa baru sahaja kita berbangga dan apabila telah lama digunakan dan rosak kita tidak akan berbangga lagi dengan harta tersebut.

3. Harta yang kekal. bermaksud harta yang akan kekal walaupun kita telah tiada di dunia ini. inilah harta sebenar-benarnya bagi manusia di sisiNYA. Harta ini adalah sedekah jariah kita. walaupun ianya telah berpindah tangan kepada pihak lain namun pahalanya akan kekal sampai ke kita.

Jika diperhatikan harta pertama dan kedualah yang banyak kita kejar dalam hidup inikan. Aku la tu dan orang lain tak tau lah. yang sebenarnya harta yang ke tiga lah yang paling banyak manfaatnya selepas ketiadaan kita di dunia ini. Selain dari harta-harta itu ada lagi yang tidak disampaikan oleh ustaz tersebut mungkin disebabkan kekangan masa. Harta tersebut adalah ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh. ini juga harta yang perlu kita miliki untuk menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Setelah bergelar bapa ni baru aku terpikir akan perlunya anak-anak yang soleh untuk keperluan kita di akhirat kelak.
InsyaAllah semoga Allah bantu dan beri kekuatan kepada aku untuk mendidik anak-anak aku menjadi insan yang sempurna dan soleh sepertimana DIA sempurnakan kejadian anak aku itu. semoga tempelan artikel ini dapat dijadikan renungan dan panduan kita bersama. Yang elok dan sempurna datangnya dari ALLAh dan yang salah dan silap tu datangnya dari kelemahan diriku sendiri.

Kepada Peminat Mi Segera

Kepada peminat Mi segera, sila berpikir sulu sebelum anda makan Mi Segera. bahaya ooooo. Amalkan gaya hidup sihat hehehehehe


Selasa, 30 November 2010

BASIC SAUNA SET -- RM350 only!!



BASIC SAUNA SET -- RM350 only!!
 
SET INCLUDE:
1)SAUNA TENT PINK COLOUR
2)COOKER
3)BUILT IN CHAIR
4)MASSAGE FOOT
5)SAUNA HERBS

MAXIMUM WEIGHT 100KG -- RECOMENDED FOR THOSE HAVING WEIGHT PROBLEM

DIMENSI : 1 METER PERSEGI
Sauna tent dimension :106(height)*82(diameter)cm

KEHEBATAN Mandi Wap Panas di rumah..
 
Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda? Sila perhatikan manfaat bersauna dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:
 
1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 ¨C 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
 
  
Pelbagai pakej tersedia, hanya di rumah anda..
 
1. Pakej Kecantikan Mencantikkan kulit, menanggalkan daki-daki pada celah-celah badan seperti ketiak, paha, tengkuk, jeragat di muka & melancarkan peredaran darah

2. Pakej Pelangsingan Badan Membakar lemak (sehingga 600 kalori), sama seperti berjogging sejauh 5 km! Paling berkesan untuk kuruskan badan

3. Pakej Kesihatan Mengurangkan demam, selsema, lendir, kahak, alahan hidung, migrain, mengeluarkan toksik, mengurangkan sengal-sengal, sakit sendi, meningkat metabolisma, meningkat pengaliran darah, memecahkan lemak-lemak, kolestrol baru dan lama, mengurangkan berlaku penyakit jantung, strok dan darah tinggi, anti penuaan dan masalah tidur

4. Pakej Lepas Bersalin Mengecutkan perut, rahim, paha, menyembuhkan luka-luka dalaman, menjadikan ibu lebih bertenaga & cergas
 
Tips Untuk Kesihatan:
 
* Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali.
* Tiga (3) kali penggunaan seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian.
* Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan.
PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SETIAP SET SAUNA YANG DITAWARKAN
 
*** Diperbuat dari kain berkualiti ***
 
ADA 3 LAPISAN
lapisan 1 : kain nylon (bahagian luar)
lapisan 2: fiber tahan panas( bahagian tengah)
lapisan 3: PVC kalis air (bahagian dalam)
 
 
Antara keistimewaan set sauna:
 
1. Paling mudah dipasang & simpan.
2. Menggunakan kualiti kain yang bermutu tinggi, kalis air & tahan lama.
3. Harga yang sangat-sangat berpatutan.
4. Mendapat kelulusan CE approval dari luar negara & Suruhanjaya Tenaga dari Malaysia.
Selamat digunakan.
5. Sangat berkesan untuk menurunkan berat badan & mengekalkan kesihatan. Anda bebas
bersauna dengan privasi hanya di rumah anda.
up thread.. mari.. mari.. murah jek RM350

SET BASIC RM350 JEK... MURAH..MURAH TERMASUK POS KE RUMAH ANDA

TEL:0196146705/0192325210

Ahad, 21 November 2010

Are you the eraser or the pencil?

Artikel ni aku ambil dari email. bagus untuk dikongsi dan direnungkan bersama. menggunakan analogi yang ringkas namun mempunyai maksud yang mendalam. Berapa ramai antara kita yang betul-betul menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh orang tua kita. Namun sebanyak mana pun jasa kita kepada orang tua kita, ianya tidak dapat membalas jasa yang orang tua kita berikan kepada kita.

Oleh itu, kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa, hargailah mereka. bantulah mereka disaat-saat mereka memerlukan kita. Di saat kita semakin berjaya, mereka tengah mengira usia. oleh itu jangan lupa jasa mereka. kepada mereka yang telah kehilangan ibu bapa, doalah kepada mereka sepanjang masa. Doa anak yang soleh adalah pahala yang berkekalan untuk mereka yang telah tiada. Hargailah mereka sepanjang masa.... :)




#############################################################




Pencil: I'm sorry....

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.


Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)


I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad. This is for all parents out there..... Hang in there!

Ahad, 14 November 2010

Rest :)

Kalau ikut perancangan hari ni nak pergi library untuk buat assigment dan projek. Tapi bila pikir balik malas la pula sebab tension tak hilang lagi hehehe. Akibat tension sangat pagi-pagi lagi hari ni bawa family pergi breakfirst kat kedai mamak. lepas sarapan terus pergi shoping kat sogo. Macam perempuan la plakkan. Tension jer p shoping...tension jer p shoping hehehe. Tu cerita member perempuan aku la. Cerita aku bukan niat nak hilangkan tension p shoping tu sebenarnya. sebab utama nak bawak family p keluar jalan dan tak tau nak bawak pergi mana jadi Sogo la destinasi yang dipilih.
lepas p shoping terus balik rumah. terperap kat rumah main dengan anak-anak. Sekarang ni dah ok la tahap tensionnya hehehehe. Esok aku perlukan semangat baru untuk mulakan hidup baru. Minggu depan aku hanya kerja Isnin dan selasa jer. lepas tu cuti panjang hari raya haji. Isni ada bengkel kat hotel qualiti jadi selasa sekejap jer masuk office. banyak lagi la keja pending nanti. Apa pun semua tu perlu diteruskan sebab tu tugas dan amanah. Berilah aku kekuatan ya Allah.
Petang tadi layan cerita jelajah chef wan. aku bukan berminat dengan masakan tapi yang aku tertarik dengan perjalanan chef wan ke seluruh dunia. walaupun kerjaya seorang chef namun beliau dapat mengelilingi dunia dengan bakat yang ada pada beliau. Aku pun mempunyai impian untuk mengembara ke seluruh dunia dan melihat ciptaan Allah ini. InsyaAllah jika diiznkan Allah impian aku ini akan tercapai. mungkin dengan kerjaya aku ini boleh membawa aku mengelilingi dunia. Menarik sungguh melihat keindahan alam tempat orang. aku ni negara jiran Thai, singapore or indonesia pun belum sampai. Jelajah malaysia pu masa kerja dengan MARA ni jer.
aper pun tidak mustahil bukan? berbekalkan sedikit keyakinan dan azam semua tidak akan mustahil. teringat lagi masa dizaman sekolah, dengan dikelilingin suara-suara negetif, namun tidak mematahkan semangat aku untuk terus berusaha. kadang-kadang kita bukan hendak sangat berfikiran negetif cuma kita terlampau memikirkan resiko-resiko yang akan dihadapai tanpa melihat peluang yang akan kita perolehi dengan menempuhi cabaran-cabaran itu. pernah aku terbaca satu artikel motivasi, jika kita umpamakan masalah yang kita nampak umpama seekor gajah di bilik yang sempit. pasti kita akan nampak ianya besar dan mustahil untuk di atasi. Namun jika kita letakkan gajah tersebut di suatu padang yang luas, kita akan nampak gajah itu kecil sahaj dan boleh diuruskan.
InsyaAllah selepas seharian hari ni berehat dengan anak-anak kat rumah, merenung kembali di mana salah dan silap dan seterusnya merancang langkah yang seterusnya untuk hari-hari mendatang, kekuatan untuk menempuhi hari esok makin kuat dan tahap ketensionan pun kurang. Sekurang-kurangnya tekanan ini tidaklah lama. mungkin dalam 2 bulan lagi ok la balik sebab aku dijangka akan habis pengajian awal bulan 1/2011. Moga semua berjalan lancar.

Sabtu, 13 November 2010

Penat and Tension :(

Sangat penat hari ni sebab keluar rumah pukul 7 pagi dan balik rumah kul 8 malam. keluar anak tido dan balik pun anak dah tido. maybe dia org boring tak keluar mana-mana tu yang tido awal tu. Nilah cabaran belajar part time. memang memenatkan dan tekanan memang tinggi sekarang ni. harap-harap aku tak kena la tekanan darah tinggi. Yang kesiannya anak dan isteri la, hujung minggu pun terperap kat rumah. nak keluar sebab aku tak der. Aku harap dia orang paham la. Ayah mereka ni mempunyai impian yang masih jauh untuk dicapai.
Yang membuat aku tension pula sebab tak dapat jawab exam. maybe sebab tak prepare dan over confident. Memang untuk exam mid term kali ni aku tak prepare. biasanya aku akan ambil cuti 2 or 3 hari untuk exam. tapi kali ni aku tak apply cuti sebab cuti tahunan aku dah habis wawawaaa. jadi kononnya keluar awal dari rumah hari ni nak pulun study la. tapi bila last minit cam ni baca pun tak melekat kat kepala. selain tu ada rasa over confident pula boleh jawab exam. tu yang study pun tak fokus sangat. masuk exam tengok soalan lain pula yang keluar. apa lagi termenung la setengah jam pertama hehehe. Apa pun harap jangan la teruk sangat markah aku nanti. Final nanti InsyaAllah nak fokus and prepared dari awal.
InsyaAllah ni sem last aku untuk program Master. Tak sabar nak habiskan dan konvo ni. Tapi sem ni la paling mencabar. ada 2 subjek yang perlu diambil bersama dengan final projek. masa ada sebulan jer lagi. macam mana nak bagi masa ni antara exam, assigment dan final projek ni. tu tak ambil kira masa dengan family lagi tu. InsyaAllah You'll Find The Way Habzul heheheh. motivasi untuk diri sendiri. erm mata pun dah mengantuk ni. coretan ni dibuat untuk redakan tahap ke tension nan aku nih hehehehe.

Rabu, 27 Oktober 2010

LASYKAR JIHAD

LASYKAR JIHAD (elok dibaca dan direnungkan)

Fudzail Md. Nor

Berita Harian Sabtu 23 Oktober 2010


(1)KEEMPAT-EMPAT mereka bernafas kelegaan sebaik memboloskan diri dari terowong sepanjang 640 meter. Salah satu dari lebih 800 terowong di sempadan Rafah dan Gaza, terowong yang memisahkan dua dunia. Dalamnya empat meter, lebar satu meter, tinggi mencecah dua meter, cukup-cukup untuk memuatkan seorang demi seorang. Berjalan dalam kegelapan. Meraba-raba, terkadang, teraba punggung orang di depan. Berjalan perlahan, bernafas dalam kekurangan oksigen. Dalam dada berdebaran.
Apa sahaja boleh terjadi, termasuk pengeboman daripada serangan udara tentera Israel.Datuk Ariffin terduduk dalam bangsal, mencari oksigen, meraba mencari rokok, tetapi teringat sudah berada pada bulan Ramadan. Ketiga-tiga yang lain, Datuk Rusdi, Datuk Mushil dan Datuk Imran sama terduduk di atas pasir. Awal subuh dan suhu masih rendah memberi kenyamanan dalam debaran jantung yang terus kencang.“Fasa pertama misi sudah selesai!”Mereka mengangguk.
Menyeludup masuk ke Gaza mempunyai risiko besar. Tetapi destinasi itu bukan kebetulan. Mereka tahu dan tidak peduli. Semuanya sudah dirancang dengan teliti, sudah bersedia dengan apa saja kemungkinan. Tiada jalan kembali.Datuk Ariffin bangkit melihat keluar bangsal, memastikan tiada kelibat pihak penguatkuasa Palestin, apalagi tentera dan perisik Israel yang menjejak. Mata liar mencari petunjuk seperti yang telah dirancang. Ternampak sebuah kereta kuning cair parkir dalam 30 meter.“Kenderaan yang ditempah sudah menanti!”Mereka bergegas mengambil beg, berlari anak ke kereta.“Kata laluan!” Pemandu berkumis, berkaca mata hitam bertanya.“Angelina Jolie!”Pemandu mengangguk sambil mata merenung wajah keempat mereka yang cuba kelihatan tenang. Cuba untuk menjadi macho dan hebat.
(2)PERJALANAN dari Rafa ke bandar Gaza melalui kawasan kem pelarian yang kelihatan tidak teratur dengan bangunan seperti tidak siap. Keempat Datuk dengan satu misi bersama itu menatap pemandangan dengan penuh perhatian. Seperti dalam mimpi pula untuk berada di bumi bersejarah yang selama ini hanya diketahui dari media, buku-buku dan cerita-cerita.“Ini bukan sahaja bumi anbia, tetapi juga bumi Musyrikin!”Yasir, pemandu yang fasih berbahasa Inggeris itu menjadi pemandu pelancong yang baik.“Kalau tiada orang jahat, tiada diturunkan nabi-nabi!”Yasir menyambung cerita.
Dari sejarah ribuan tahun ke situasi semasa. Seperti sahaja berada dalam dokumentari National Geoghrapic. Seketika, setelah berlegar di kawasan perumahan dan kedai-kedai, mereka menghampiri sempadan Israel.“Tengok seberang tembok, di sana Israel, tanah kami yang dirampas sejak tahun 1948! Setiap hari melihat tanah yang dirampas, setiap hari yang tidak memudarkan semangat untuk kembali ke tanah kelahiran!”Suara Yasir mendesir bersama-sama angin Mediterranean berhembusan. Suara yang melontar dendam dan keazaman. Wajahnya serius.Datuk Ariffin, Datuk Imran, Datuk Rusdi dan Datuk Mushil mengangguk dengan wajah-wajah yang gusar. Kehadiran mereka ke bumi Gaza di bulan Ramadan bukan lagi satu mimpi, mereka benar-benar bernafas di ruang magis.
Ruang yang membawa harapan berbunga dari satu misi kudus.“Berapa lama kalian mahu berada di Gaza?” Yasir bertanya.“Paling lama dalam dua minggu!” Jawab Datuk Mushil.“Tidak menyambut Syawal di sini?”“Kalau ada rezeki, mahu juga!” Datuk Imran pula menjawab.“OK. Setelah tiba dan rehat di hotel, saya boleh bawa keliling Gaza, melihat kem-kem pelarian dan kita berbuka puasa di salah sebuah masjid dalam kem pelarian!”Yasir mengatur jadual aktiviti, sesuatu yang tidak termasuk dalam pembayaran, tetapi cukup melegakan empat Datuk yang membawa pakaian cukup-cukup untuk seminggu.
(3)MELIHAT kesan-kesan perang dan serangan rejim zionis yang ganas memang menginsafkan empat Datuk. Ada kalanya air mata mereka bergenangan melihat keadaan dhaif di khemah pelarian dan apabila bertemu dengan mereka yang cacat akibat serangan bom. Apalagi bertemu kanak-kanak pelarian yang kelihatan terbiar walau ceria dan berkumpul setiap kali melihat kedatangan mereka, ‘pelawat’ dari Malaysia, sebuah negara yang menjadi sebutan ramai kerana banyak membantu dan menyokong perjuangan rakyat Palestin sejak lama.
Sebaik solat Tarawih, mereka bersantai di kawasan pantai yang mula dipenuhi ramai warga Palestin. Meriah dengan manusia mengunjungi gerai makan yang menawarkan shisha dan tayangan filem percuma.“Ada lebih 150 masjid yang musnah akibat pengeboman, manakala 300 yang lain rosak!”Datuk Rusdi mengulang maklumat yang diterima. Sebagai seorang yang pernah menjadi pegawai kerajaan menjaga wang zakat dan masjid, dia mengira-ngira jumlah kos yang diperlukan untuk membina semula atau membaiki masjid-masjid tersebut. Sememangnya dia tahu wang zakat yang dikutip olehnya selama ini tidak semuanya sampai kepada yang berhak, malahan ada ketirisan dan digunakan untuk urusan lain, termasuk penyelewengan dalam bentuk hiburan seperti lawatan sambil belajar atas nama urusan rasmi.
Walhal, tidak lebih untuk melancong secara percuma. Kekadang pelbagai perancangan dan tindakan dibuat atas nama agama pun tidak lebih sekadar menutup pelbagai kelemahan dan kepincangan di kalangan pegawai.“Masjid di Gaza ini semuanya ada kelas tahfiz, sudah puluhan ribu hafiz yang lahir. Nampaknya dalam keadaan seperti penjara ini, warga Palestin di Gaza tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan, bersedia untuk kembali ke tanah yang dirampas!”Sambung Datuk Mushil sambil matanya sesekali meninjau wanita-wanita Palestin yang lalu lalang. Tidak dapat mengelak untuk mengagumi kecantikan mereka, apalagi buat seorang yang selama ini ada banyak skandal sebagai ketua pengarah sebuah stesen TV.
Dikelilingi artis-artis glamor yang mahukan publisiti dan kemewahan hidup tanpa bekerja keras. Datuk Mushil selalu mengambil kesempatan tanpa mengira dosa pahala. Asalkan bahagia dan seronok melapah seorang demi seorang artis wanita, terutama yang baru mahu berkecimpung dalam dunia hiburan dengan impian ke persada sebagai penghibur popular, selain kalau-kalau bernasib baik disambar para Datuk yang mahu melengkapkan kuota poligami.“Kamu perasan selama dua hari di sini, sudah keliling Gaza, kita belum bertemu seorang pun peminta sedekah. Walhal, majoriti hidup di bawah paras kemiskinan!”Datuk Ariffin mencelah. Sebagai seorang ahli politik yang sekian lama hidup mewah di bawah kuasa politik yang mana matlamat menghalalkan cara, dia cukup arif dengan sikap ahli politik yang lebih kurang sahaja sikap, sebagai peminta sedekah, kalau tidak sebagai pencuri dan perompak wang rakyat.
Malah kekadang ada kebenarannya yang ahli politik sama taraf dengan pelacur, sesuatu yang tidak dinafikan oleh Datuk Ariffin yang telah menggadai bukan sahaja maruah diri, malah bangsanya sendiri dengan bisnes atas angin dan ali baba. Menidakkan hak majoriti kerana dia termasuk golongan elit yang berkuasa.“Betullah! Malah ada yang apabila kita mahu beri wang, menolak dan minta masukkan dalam tabung, untuk dikongsi bersama!” Datuk Imran melepaskan kata-kata sambil melihat jauh ke arah kerlipan lampu kapal-kapal. Sebagai seorang penyanyi rock veteran yang bukan sahaja glamor, pernah menjadi idola anak muda malahan hidup dalam berfoya-foya, Datuk Imran selalu mencari publisiti murahan dengan konsert amal dan aktiviti seperti berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Semuanya sandiwara, apalagi pihak media terus memberatkan hiburan dengan menjadikan artis sebagai bahan pelaris, walhal, kebanyakan artis seperti Datuk Imran yang mendapat anugerah Datuk kerana jasa mencemarkan budaya dengan budaya rock dan hippie, tidak lebih sekadar gimik.Hidup dalam kemungkaran, solat tidak tentu hala dan mabuk-mabuk.
Lebih banyak membawa keburukan kepada masyarakat yang menjadikan hiburan sebagai pelengkap kehidupan setelah muak, jelak, mual dan benci dengan gelagat, suasana politik dan ahli politik yang tidak berhabisan berebut kuasa. Jatuh menjatuh dan fitnah menfitnah sesama sendiri terutama kalau dalam sidang Parlimen yang boleh menjadi sarkis dan zoo.Maka dalam kemeriahan malam Ramadan di Gaza menyelubungi suasana, tetapi tidak pada keempat Datuk yang kelihatan serba kekeliruan. Masih dalam ketidakpastian walau sebelum ini bertekad dengan satu misi. Sanggup masuk secara haram ke Gaza kerana tidak mahu menunggu lama untuk visa dikeluarkan oleh pihak berkuasa Mesir.Misi yang diharapkan boleh mengubah satu destini dan destinasi kehidupan, setelah puluhan tahun bernafas dalam dosa, noda, pembohongan dan hipokrasi. Misi yang lahir dari satu sesi karaoke di pusat perjudian atas gunung setelah melihat dengan mata sendiri, seorang Tan Sri bertaraf bilionair mati sakit jantung di atas dada telanjang seorang GRO dari negeri China.
(4)“KAMU tahu, abang saya adalah seorang syuhada. Dia menjadi pengebom berani mati yang berjaya membunuh 15 orang askar Zionis laknatullah di bandar Jericho!”Keempat-empat Datuk segera tersedar mendengar cerita Yasir walau cukup mengantuk. Perjalanan selepas Zuhur ke kawasan khemah pelarian terbesar dan paling padat di dunia, Al-Jabaliah memang cukup menyeksakan kerana mata terpaksa dibuka luas. Tersengguk bersama cerita Yasir yang tiba-tiba terasa menyegarkan.“Kamu tahu ini juga bermakna, saya boleh menjadi ahli syurga kerana setiap syuhada boleh memilih 70 orang untuk bersamanya ke dalam syurga!”Mendengar perkataan syuhada dan ahli syurga menambahkan tarikan.
Semua orang mahu masuk syurga walau ramai yang mencorakkan neraka dalam kehidupan seharian.“Sebab itukah kamu memandu berbahaya,” Tanya Datuk Ariffin yang sejak lama mahu menegur cara Yasir memandu. Ciluk sana, ciluk sini. Kadangkala laju tidak bertempat dan memotong ikut suka hati, walau Yasir bukan pemandu unik di Gaza, sedikit sebanyak mencemaskan.Yasir ketawa.“Ya! Saya ada lesen ke jannah!”“Tetapi kami belum ada, kamu boleh mati syahid, masuk jannah, kami boleh mati katak di Gaza ini dengan cara kamu memandu!”Ujar Datuk Rusdi diikuti ketawa beramai-ramai. Teringat jumlah mereka yang mati nahas jalan raya terus meningkat di tanah air, biarpun kenderaan semakin canggih dan jalan raya semakin banyak.
“Bukankah kamu berempat datang ke Gaza ini untuk mati syahid?”Tanya Yasir kembali, setelah lima hari, Yasir sudah seperti lama mengenali empat orang Melayu awal lima puluhan yang juga sudah tidak segan silu bercerita latar belakang masing-masing.Membongkar satu misi untuk mati syahid kerana yakin taubat mereka sukar untuk diterima. Walau berkali ke umrah dan haji, masih terasa terlalu banyak dosa dan noda untuk dihapuskan. Terlalu banyak menganiaya orang. Menipu, menyeleweng, berzina, memberi dan menerima rasuah, hantar santau, malah merogol dan merancang pembunuhan kerana persaingan dan dendam. Taraf kejahatan melampau yang menyebabkan keempat-empat mereka yang pernah bergelar golongan elit Melayu Baru itu bertekad untuk menyusup ke Gaza, berdepan dengan rejim Zionis dan kalau bernasib baik, mati syahid. Terus ke syurga tanpa hisab.
Boleh bawa 70 orang lain sama-sama ke syurga.“Kamu ahli politik bukan?” Tanya Yasir kepada Datuk Ariffin yang mengangguk.“Di bumi Palestin ini pun ramai ahli politik yang korup. Sebab itu kami memilih parti Hamas walau dianggap teroris kerana sudah muak, jelak dan benci dengan pemimpin Fatah berpuluh tahun memungkiri janji dan amanah. Sebab itu saya cakap di sini bukan sahaja bumi anbiya, malahan bumi Musyrikin. Sebab itu orang Palestin berterusan dizalimi, dilanyak Yahudi kerana pemimpin kami ada yang sudah dibeli, korup dan mementingkan perut semata-mata. Perjuangan keramat membebaskan Palestin hanya sandiwara semata-mata. Apalagi dunia Arab yang bersetongkol dengan Israel dan Amerika!”Tersentuh hati Datuk Ariffin yang memang selama ini sekadar proksi kepada ahli-ahli perniagaan yang menggunakan beliau untuk manipulasi kontrak.
Kekayaan yang dikumpul di bawah dasar politik kronisme. Berguni-guni, malahan kadang berlori-lori wang tunai yang disimpan hasil rasuah dan penyelewengan. Hidup mewah tetapi seperti bangkai kerana makan minum duit haram.“Kamu bayangkan nanti, berapa ramai yang kamu mesti minta maaf setelah menyalahgunakan, menyelewengkan duit rakyat, duit zakat, duit derma, seperti ramai ahli politik Palestin yang mengagihkan sesama sendiri sewaktu berkuasa dan menidakkan hak-hak kami, terutama anak-anak yatim, anak-anak pejuang yang syahid dan anak-anak yang terus dalam kemiskinan walhal hasil negara dari dana derma cukup menampung perbelanjaan untuk menanggung mereka!”Yasir terus melepaskan apa yang selama itu terbuku dalam diri, apalagi setelah mengetahui niat dan tujuan misi empat orang Melayu bertaraf Datuk di bulan Ramadan ke Gaza, tanah genting sekangkang kera yang tidak putus dengan konflik dan terus mengorbankan jiwa para syuhada hampir setiap hari.“Di kawasan Jabaliyah ini selalu ada tentera Israel menyusup masuk untuk membunuh mereka yang dianggap teroris. Kamu tahulah, dikalangan kami pun ramai pengintip upahan Israel yang cari makan dengan beri maklumat, kekadang maklumat salah kerana dendam dan dengki!”Yasir memberhentikan kereta menghala ke kawasan lapang. Diperbukitan adalah sempadan Israel. Ada tembok dinding sedang dibina.“Nampak kereta kebal, kereta pacuan empat roda yang mengawasi sempadan?”Keempat-empat Datuk memandang dan mengangguk. Berdebaran, begitu hampir dengan sempadan Israel yang memungkinkan apa sahaja.
Tentera Israel boleh bertindak mengikut keputusan mereka kerana ‘keselamatan negara Israel’ lebih penting daripada segalanya.“Dahulu kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok kurma, pihak Israel musnahkan semua dan kini menjadi kawasan lapang untuk memudahkan mereka membolos masuk. Semua kilang yang pernah memenuhi kawasan ini dibom dan diratakan, meranapkan terus ekonomi Gaza!”Suasana menjadi hening. Hembusan bayu menerojah minda yang diselaputi bayang-bayang.“Kalian mahu mati syahid bukan?”Tanya Yasir. Separuh serius, separuh berjenaka.“Nampak kereta kebal Israel itu sedang mara ke sini?”Terpaku keempat-empat Datuk. Debaran jantung membawa gelombang ke wajah.“Bersedia untuk melontar dengan batu-batu seperti yang kami, terutama anak-anak kami lakukan, kalian baling sebaik kereta kebal itu masuk ke kawasan Palestin!”Yasir memberi arahan, setelah lama berteori dengan pelbagai strategi, hari ke enam Ramadan yang cerah itu boleh merealisasikan satu misi empat Datuk Melayu sebagai Laskar Syuhada, ribuan kilometer dari tanah air dan keluarga yang sudah diwariskan harta dan wang jutaan ringgit dalam ASB, Tabung Haji, akaun bank Islam, yang semuanya dari hasil tidak halal.
Kalau mereka mati syahid, bukan sahaja ke syurga malah semuanya menjadi halal, begitulah fatwa yang mereka sama-sama rumuskan di malam terakhir berkaraoke sebelum Ramadan. Fatwa yang menjadi pegangan sebagai sandaran ke syurga. Fatwa yang membawa mereka ke genting Gaza.Seketika dalam pandangan menerpa ke arah kereta kebal Israel yang seakan laju menghampiri, imej-imej kehidupan lima dekad mereka seakan terlontar ke layar yang memerangkap perasaan. Wajah-wajah mereka yang pernah dianiaya, dirasuah, difitnah, di jadikan kambing hitam mengejek-ngejek ke seluruh ruang.Suara-suara menuntut keadilan dan hak-hak mereka yang telah disalahgunakan berdengung, bergema, memekik-mekik ke seluruh pendengaran.Tiba-tiba Datuk Ariffin terasa mual oleh perut memulas, Datuk Mushil pula berpinar oleh kecepatan jantung mengepam udara, Datuk Rusdi basah berpeluh-peluh kepanasan dan Datuk Imran seakan mahu terkencing.
Segala-galanya begitu real sekali, tidak lagi sureal atau dalam sebuah mimpi. Sesaat yang mengerikan, mereka kini berdepan dengan tentera paling canggih dan kejam di dunia dan serentak, mereka yang lengkap berbaju raya Melayu dengan samping songket, secara spontan keluar dari kereta, berlari selaju mungkin untuk berpatah, menyusup keluar Gaza, ke terowong nun 50 kilometer di Rafah!

Isnin, 25 Oktober 2010

Tip Pilihan: 5 tip motivasi dari Facebook Irfan Khairi

Tip Pilihan: 5 tip motivasi dari Facebook Irfan Khairi
1.Untuk murah rezeki, setiap pagi, petang, siang, malam say: THANK YOU ALLAH!
2. Buat apa yang kita minat. buat apa yang kita cinta. kalau kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion) kita tak akan rasa penat, bosan dan letih. Kerja siang malam pun kita rasa best. tidur pun excited nak bangun sebab nak buat kerja. masa buat kerja, tak rasa pun masa berlalu!
3. Sekiranya segalanya tidak seperti kita mahu, atau ditimpa malang, atau masalah yang besar, atau berada di dalam satu krisis, berhenti sebentar dan yakin pada diri sendiri bahawa segala-galanya ada hikmahnya. dalam apa pun keadaan yang sukar, pastinya ada penyelesaiannya dan seringkali kita akan menjadi in...san yang lebih kuat & hebat selepas melalui kesukaran tersebut!

4. Untuk BERJAYA, kita perlu melatih minda kita untuk melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita. untuk GAGAL, kita perlu melihat halangan-halangan yang ada di depan kita!

5. Kita akan jadi seperti orang yang disekeliling kita. jika kita hendak berjaya, berkawan dengan orang-orang berminda positif. Jika kita hendak gagal, berkawan dengan orang-orang berminda negatif. Hadis pun ada menyebut umpama berteman pembawa minyak wangi, kita akan rasa harumannya. Bertemankan tukang besi..., akan terkena percikan api

Isnin, 18 Oktober 2010

CUEPACS MAHU PENJAWAT AWAM DIBENAR BERKHIDMAT SEHINGGA USIA 60 TAHUN

Aku pun terpikir juga kesan macam ni bila CUEPACS nak cadangkan umur persaraan sampai 60 tahun. Bila masa la nak berehat dari kerja kalau terpaksa kerja sampai senja. Makin ramai la yang akan berperangai pence belum pada waktunya. maksudnya datang keja dan tidak datang sama jer dan tiada produktiviti. Tunggu waktu nak pencen sahaja. Memang setiap sesuatu tu ada pro dan konts dia. Yang pro nya staf yang berkemahiran boleh digunakan lagi kemahiran dia. yang ini sesuai untuk Doktor, guru dan profesional yang lain.

Pandangan anda macam mana. Ilustrasi adalah diambil dari email rakan untuk perkongsian bersama. TQ.





P/S : Bila la nk pencen ni hehehehehehe

kata-kata motivasi


Tidak ada manusia yang merancang untuk gagal...
yang ada hanyalah manusia yang gagal untuk merancang...
Hendak seribu daya,mahu seribu upaya...
Dimana ada kemahuan, di situ ada kejayaan...
Orang cemerlang menunjukkan hasil...
Orang gagal memberi alasan...
kata-kata motivasi

Khamis, 14 Oktober 2010

Mutiara Kata :)


" Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu
bukanlah akhlak seorang muslim,
Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin
dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok"


~ Imam Hassan Al-Banna ~

Selasa, 12 Oktober 2010

Jersey For Kids/ Jersey untuk kanak2

Salam,

Berminat untuk mencari jersey bagi anak-anak anda? kami menawarkan jersey kanak-kanak dengan harga yang berpatutan. Jersey yang ditawarkan adalah terkini untuk Football Club 2010/2011. Maklumat harga adalah seperti dibawah :

Harga : RM35 Sepasang (Baju dan Seluar) termasuk kos penghantaran

Saiz : S (1-2 yrs)
M (3-4 yrs)
L (5-6 yrs)
XL (7-9 yrs)

Berminat bolehlah hubungi saya. Sila nyatakan nama Club/home or Away/Size/Kuantiti. TQ









Ahad, 10 Oktober 2010

mutiara kata

Inginkan mutiara,..... selamilah lautan
Inginkan bahagia,....... tempuhilah penderitaan
Inginkan kejayaan,...... relailah pengorbanan
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu....
sebenarnya
..... terkandung seribu kemanisan..


~ mutiara kata ~

Kos Sara Hidup di Malaysia

Diambil dari email. elok juga untuk dipikirkan dan direnungkan bersama hehehehe



p/s: yang slip pengiriman bayaran tu best hehehehe tak halal tu .

Selasa, 5 Oktober 2010

Syahadah


Lepas sembahyang zohor di surau pejabat ada sesi pengislaman saudara baru. Jadi aku ambil keputusan untuk menyaksikan sesi pengislaman itu. Sesi ini telah banyak kali di adakan disurau ini. Apa yang menarik setiap kali sesi itu aku akan bertanya kepada diri aku sendiri, Jika Allah lahirkan aku bukan dalam keluarga Islam, adakah aku akan memperoleh hidayah seperti saudara baru ini? Alangkah besarnya nikmat yang KAU berikan ya Allah melahirkan aku dalam keluarga Islam dan dengan automatiknya aku beragama islam.

Semoga KAU tetapkan hati ku dan pengakhiran hidupku ya Allah dengan ISLAM dan IMAN. Kepada saudara baru tersebut semoga hidayah yang diperolehi dapat memandu hidup kamu ke jalan yang diredhai oleh Allah. Kesempatan yang Allah berikan itu seharusnya digunakan sebaik mungkin Kerana Hidayah adalah milik Allah dan hanya Allah yang tentukan siapa yang layak menerima hidayahnya. oleh itu berungtunglah kamu kerana menerima hidayah dari Allah. Sesungguhnya seorang pendakwah pernah berkata kepadaku, Allah tidak melihat bagaimana permulaan hidup kita samada jahil atau beriman tetapi yang akan diambil perhitungan adalah pengakhiran kita.

Analogi yang digunakan adalah Simple iaitu dengan mengambil contoh pertandingan lumba lari. Kemenangan bukan ditentukan di permulaan perlumbaan tetapi di akhir perlumbaan. walaupun masa permulaan kita berada dihadapan sekali namun belum tentu ia menjamin kemenangan kita. Begitulah hidup ini, kadang-kadang permulaan hidup kita kita seorang beriman dan patuh kepada arahan Allah namun jika kita tidak kuat menahan godaan dunia tak mustahil pengakhiran hidup kita akan binasa. Aku pun tak yakin macam mana pengakhiran aku nanti tetapi walaubagaimana pun aku selalu memohon supaya Allah menetapkan pengakhiran aku dalam ISLAM dan IMAN.

Teringat juga aku pada hari akad nikah perkahwinan aku di masjid. Soalan yang ditanya adalah tentang Syahadah dan pengertiannya sekali. Jika yang ini pun aku tak lepas imam yang jadi jurunikah kata aku tak layak untuk berkahwin. Alhamdulillah aku dapat lafazkan dengan lancar dan betul walaupun dalam keadaan tekanan yang memuncak untuk akad nikah hehehehe. Cuma dia tegur pada pengertian yang aku berikan iaitu "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melaikan Allah dan Aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah". Ayat "naik saksi" tidak sesuai dan yang paling tepat "Aku bersaksi". tetapi tafsiran dalam buku dan waktu azan yang dipaparkan di TV semuanya aku naik saksi. Tetapi aku menyokong pandangan Imam tersebut. Sepatutnya ayat yang paling sesuai adalah aku bersaksi. Apapun janji syahadah kita betul InsyaAllah.


p/s: Suka sangat apabila membaca artikel-artikel pengalaman hidup saudara baru sebelum islam (sebelaum dapat hidayah) dan selepas pengislaman.


Jumaat, 1 Oktober 2010

Dakwah Islam - Aku, Lim dan Islam


Artikel ini aku terbaca di sebuah blog. Elok rasanya untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan muslim yang lain. Aku tak perlu menunding jari kepada orang lain. aku sendiri tidak melaksanakan sunnah nabi ini untuk berdakwah kepada bukan islam. Malah rakan-rakan seislam pun kita segan untuk berdakwah. Jika ada tabligh datang ke rumah, kita akan rasa susah hati tak mahu jumpa dengan mereka. Sedangkan mereka tidak memaksa kita dan mereka hanya menyampaikan suruhan Allah supaya sama-sama mengambil ingatan.


Apa pun sila baca artikel ini sampai habis semoga menimbulkan semangat dan kesedaran untuk kita melaksanakan usaha dakwah islam ini. InsyaAllah aku juga akan cuba menyampaikan dakwah ini dengan cara aku sendiri. mungkin dengan tempelan-tempelan artikel seperti ini dapat menyedarkan kita umat islam betapa pentingnya usaha dakwah dan menunjukkan contoh yang baik kepada orang bukan islam. Jangan pula kita berpelakuan yang boleh mendatangkan fitnah kepada agama. Sama-samalah kita ambil iktibar dan pengajarannya yer.



Aku, Lim dan Islam


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.


kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama.


Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya." He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.


Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.


Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati.


Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..


sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.


Aku ingin berdakwah!Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam!

New Style of Complaint

Kreatif jugak cara ni hehehe. Baru la laju dia orang ambil tindakan. siapa tak hangin kalau beli kereta mahal-mahal tak sampai setahun dah buat hal. Sila baca seterusnya yer (diambil dari email)


http://www.mmail.com.my/content/43347-owner-faces-ceaseless-brake-issues-honda-car-no-resolution
PETALING JAYA: How far will you go to get your car fixed? In these day of light-speed emails, instant messages and cellphones, an irate car-owner decided to adopt an old-school method of seeking redress — by placing stickers all over his problematic car.
And the message on the stickers read: "My Honda Tak Guna" (My Useless Honda).
To make sure he got the full attention of the car manufacturer, this sticker-adorned vehicle was parked outside the Honda Malaysia sales and service office here in Section 13 — much to the amusement of many pedestrians and motorists.
As to why he had resorted to such measures, events executive Jess Ross said his car brakes kept failing despite several repairs.
"Three months after buying the car, the rear brakes started giving way.After having these replaced by Honda, the same problem occurred three months later with the brakes giving way in the middle of the road.
"Luckily, I wasn't hit by another car when it happened."
After sending the 15-month old car to the Honda authorised service centre, Sumber Auto, Ross claimed to have been told the car had its front brake callipers fitted wrongly during the original assembly.
Even after the brake calipers were rectified, Jess' woes continued with the calamitous Honda Accord he bought for about RM140,000.
Three months later, after getting his disc brake pads replaced for the second time, his Honda Accord started juddering again.
This time Honda mentioned the brake discs needed to be skimmed.
"On June 20 , there was a screeching sound from my front wheels and the car started juddering again. This time, I decided enough was enough. The car was towed to the Honda service centre for a fourth check on this particular screeching issue."
Claiming manufacturing defects, Ross said: "My demands are simple, firstly I want Honda to fully rectify the problems on my car and include a manufacturer's guarantee that such defects will not recur.
"Secondly, Honda could replace my car with another guaranteed problem-free unit. If all else fails, I want Honda to buy back the car at the purchase price.
"Honestly, I am still open to negotiations and a win-win situation I feel, is the best for both parties," he said, stressing he has no plans to remove the eye-catching stickers from his car.
A Honda Malaysia representative said the company remained committed to inspecting, servicing and repairing the problematic vehicle.
"The company would like to assure Ross the affected vehicle will be serviced and repaired to his satisfaction." Still unhappy with this response, Ross asked: "Why is it Honda Malaysia can't guarantee their parts, which serve a basic function of braking, to function properly?
"Is it too much to ask for a guarantee for their supposedly original parts which they recommended we use?"

Selasa, 28 September 2010

Majalah Solusi


Semalam sambil jalan-jalan kat kedai taman perumahan, aku terpandang majalah solusi yang aku cari selama ini. Niat jer nak cari tapi tiada usaha memang tak jumpa hehehe :). Aku mula berminat baca majalah ni apabila terbaca di pejabat yang diwakafkan oleh hamba Allah. Aku rasakan artikel dalam ini mengandungi ilmu yang bermanfaat dan aku rasakan amat sesuai untuk orang-orang seperti aku ni yang masih tercari-cari sinar dihujung terowong :).
Isu yang dibincangkan pada keluaran ini adalah berkenaan panjangkan usiaku. Banyak yang boleh diambil iktibar dan pengajaran dari isu yang diutarakan ini. salah satu kenyataan yang paling menarik adalah " Usia umpama harta, jika sedikit mencukupi dan jika banyak dapat menberi manfaat" lebih kurang la. Maksudnya kalau umur kita singkat biarlah mencukupi amalan yang kita kerjakan dan jika ditakdirkan umur kita panjang biarlah ianya memberi banyak manfaat dari keburukan.
Seterusnya diumpamakan juga hidup ini umpama menaiki bas. ada yang naik dahulu turun kemudian dan ada yang naik dahulu turun dahulu. ada yang naik kemuadian turun dahulu dan ada yang naik kemudian turun kemudian. begitulah hidup ini. mungkin kita dilahirkan dahulu dan juga mungkin kita akan diambil oleh Allah dahulu atau kemudian hanya Allah sahaja yang tahu. Sejak kematian sepupu aku baru-baru ini banyak yang aku pikirkan mengenai hal ini. Banyak pengajaran dan iktibar dari kematian sepupu aku itu.
Umur Arwah yang masih muda satu hal. perkara yang aku tak boleh lupakan pengalaman mengebumikan jenazah beliau pada waktu malam. pertama kali aku membantu mengamkat jenazah ke liang lahad di malam yang gelap dan hujan renyai-renyai. sangat menginsafkan. aku terpikir apakah akan aku rasa nanti bila tiba giliran aku yang mana ditinggalkan di tempat yang sempit di malam gelap gelita. Tempat yang kita takut untuk pergi tapi tempat itulah yang pasti kita akan pergi. itu Janji Allah. Baru sekarang aku terpikir sudah cukupkan amalanku untuk dibawa sebagai bekalan kerana setelah kita mati, harta, anak, pangkat dan apa-apa semuanya atas dunia akan meninggalkan kita. Takutnya bila pikirkan hal ini. Aku manusia biasa kekadang lalai dari mengingati MU ya Allah sedangkan KAU tidak pernah melupai hamba ciptaan MU ini.
p/s: thanks to bro Musa kerana minat ko untuk membaca buku telah berjangkit kepada aku. tapi aku nak baca majalah dulu hehehe. betulah kenyataan " jika kita berkawan dengan saudagar minyak wangi kita akan terkena wangiannya sekali dan kija kita berkawan dengan tukang besi kita akan terkena percikan api besinya sekali. (Minat membaca jer. Awek ramai tak leh ikut kot hehehehe)

Ahad, 26 September 2010

Anak dan Anak Saudara berhari raya


Ni adalah gambar terkini anak aku yang nombor dua (Baju warna Purple). Cute cam bapak dia tak hehehehe. Anak aku sebelah kanan dan anak saudara aku sebelah kiri. Umur dia org ni sebaya cuma anak saudara aku tu nampak kecil sikit sebab dia lahir tak cukup bulan. Apa pun semua sihat Wallafiat. Alhamdullillah.
p/s: Gambar diambil semasa hari raya yang lepas. Beraya sakan depa hehehehe


Berita Sedih :(

Petang semalam dapat panggilan dari kak long kata kaki mak keluar banyak darah. Luka pada kaki mak masih belum sembuh dan makin teruk. Tu pun mak tak telefon bagitau aku. Dia hanya bagitau kak long. aku tau dia tak nak call aku sebab tak nak susahkan dan risaukan aku. Tengoklah hati seorang ibu, walaupun sakit tetap tak nak susahkan anak dia. Aku paham benar mak aku nih. Petang tu juga aku call kat kampung bertanyakan khabar.

Mak bagitau ibu jari kaki yang luka tu keluar darah masa dia berjalan. dia panik sebab darah keluar banyak dan berketul-ketul. aku minta dia pergi klinik supaya dapatkan rawatan dan kos aku akan tanggung. Masa aku tanya kenapa sampai boleh keluar darah, mak cerita sambil nangis. Dia kata sakit sangat badan sehari dua ni. sakit bahagian dalam. aku tak boleh nak teruskan perbualan sebab mak cakap dalam nada menangis dan aku tak boleh dengar suara mak menangis sebab aku akan sebak juga. cepat-cepat aku tamatkan perbualan dan minta mak pergi klinik untuk rawatan.

Lepas perbualan tu teringat masa aku kecil-kecil dulu. kalau aku yang sakit mak la orang yang paling susah hati. aku ingat lagi waktu tu dah hampir maghrib. perut aku sakit dan waktu tu ayah aku tiada kat rumah kerana dia berulang seminggu sekali balik rumah dari tempat kerja. Punya la mak susah hati tengok anak dia ni menahan sakit sampai cari jiran yang ada kenderaan untuk dibawakan ke klinik. Waktu tu keluarga aku susah dan kenderaan tak ada. ada moto sebiji pun ayah bawak pergi kerja. Banyak peristiwa-peristiwa yang masih anak mak ni ingat. sebab itu aku tak boleh dengar kalau mak sakit. Rasa time tu juga nak balik kampung nak tengok mak. sebab tu la walau teruk mana sakit mak pasti dia tak maklumkan terus pada aku.

Mak, Anak mak ni doakan "Ya Allah, Ampunilah Dosa kedua ibupabaku,KAU kasihanilah kedua ibubapa ku sepertimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil lagi. Ya Allah, KAU Sembuhkanlah penyakit yang dideritai oleh ibuku ya Allah kerana KAUlah yang maha penyembuh. KAU ketemukanlah penawar kepada penyakit ibuku ini. Ya Allah, tabahkanlah hati ibuku dalam menempuh ujian MU ini ya Allah. Kuatkanlah semangatnya ya Allah ya Rabbal a'lamin" amin......Harap mak cepat sembuh :). Mohon doa dari rakan-rakan semua supaya mak aku cepat sembuh

Sem Baru dan Semangat Baru 25/9/2010

Sabtu lepas semester baru bermula dan merupakan semester akhir bagi aku. Azam sem ni adalah seperti biasa cuma lebih sikit untuk pastikan dapat gred dengan member-member yang scorer. Mana tahu sangkut projek naya aku hehehe. Jadi sem ni aku kena berusaha lebih sikit dari sem-sem biasa. masuk kelas pertama dah 2 Assigment dah diberikan untuk disiapkan. lemah betul hehehehe seronok bercuti dengan mood raya tak hilang lagi nih.
Banyak sungguh nak kena pikirkan ni. projek akhir tak jalan-jalan lagi. hala tuju pun masih kabur lagi. Lepas exam sem lepas semua bungkus termasuk la notebook ni hehehehe. Baru terhegeh-hegeh nak install software. kononnya masa cuti lepas nk buat projek tapi habuk tarak hahaha. InsyaAllah aku cuba pastikan projek ini dapat disiapkan dalam sem ini juga. walau terpaksa berkampung kat UKM akan aku cuba :) semangat tu.
Kepada rakan-rakan sekelas, sama-samalah kita berusaha dan berdoa supaya kita dapat tamatkan pengajian ini dengan jayanya. Bantuan dan sokongan kalian amatlah diharapkan. InsyaAll Think Positive :)

Khamis, 23 September 2010

Mangsa Banjir Di Pakistan

Sedih sungguh melihat gambar di bawah. kita di Malaysia ni sampai berlebih2an makanan. sampai ada makanan dibuang begitu saja dalam tong sampah. bersyukur sungguh jadi rakyat Malaysia.

KANAK-KANAK mangsa banjir dihurungi lalat di kem pelarian di Pakistan.

PESHAWAR: Ia adalah sekeping gambar yang menceritakan penderitaan mangsa bencana banjir Pakistan: Empat kanak-kanak kecil terbaring di atas tikar dihurungi lalat, dengan seorang daripadanya menghisap botol susu kosong.
Gambar oleh jurugambar Associated Press, Mohammad Sajjad itu dirakamkan di sebuah kem mangsa banjir di Azakhel, kira-kira 30 kilometer dari Peshawar. Kanak-kanak yang menghisap botol susu itu dikenal pasti oleh the Guardian sebagai Reza Khan, dua tahun. Akhbar Britain itu yang terharu dengan gambar berkenaan berusaha mencari Reza dan menemuinya di kem pelarian terbabit.
Sebanyak 19 keluarga berada di kem itu semuanya pelarian warga Afghanistan yang sebelum ini lari ke Pakistan akibat perang di negara sendiri dan kini terpaksa pula melarikan diri dari banjir yang melanda sejak lebih sebulan lalu.
Reza ditemui di dalam khemah bersama ibunya, Fatima, serta enam daripada tujuh adik beradiknya yang berhimpit di dalam khemah berlantaikan lumpur itu. Reza masih lagi memegang botol susunya yang kosong.
Fatima cuba menenangkan anaknya itu yang kerap menangis kerana dahagakan susu. Kembarnya Mahmoud juga menangis tidak berhenti-henti. "Mereka belum makan apa-apa lagi hari ini. Saya tidak ada makanan untuk diberi kepada mereka, kata Fatima.
"Anak ini menangis kerana kelaparan, kata Fatima menunjuk kepada Reza dan kembarnya.
Sudah sebulan mereka ini tidak dapat minum susu.
Bapa Reza, Aslam, berada di sebuah hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan bagi anak perempuannya berusia tujuh tahun yang menghidap penyakit kulit berikutan persekitaran yang amat kotor.
"Kami sudah berada di sini sebulan, sebulan lamanya! Kami sudah penat dihurungi lalat dan tanpa bekalan makanan.
Sebelum bencana banjir ini suami saya mempunyai pekerjaan. Kami miskin tetapi perut kami tetap dapat diisi, kata Fatima.
Fatima berkata keluarganya bernasib baik sempena Ramadan kerana ramai yang mengadakan majlis berbuka puasa untuk orang miskin.
Anak saya pergi ke majlis itu untuk mendapatkan makanan tetapi saya risau apabila Ramadan berakhir minggu ini di manakah mereka akan dapat makanan, kata Fatima. AFP

Selasa, 7 September 2010

Selamat Hari Raya Eidulfitri

saya sekeluarga (Habzul+Mazwati+Aqilah+Ainul) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eidulfitri yang dijangka Jumaat nanti InsyaAllah. Dikesempatan ni kami sekeluarga ingin mohon maaf kepada semua rakan-rakan jika ada tersalah silap yang sengaja atau tidak sengaja, yang sedar atau tidak sedar. Harap dapat dimaafkan semua.

Dalam kita bergembira jangan lupa kepada saudara-saudara kita yang berada dalam kesusahan. Walau tiada apa yang mampu kita tolong namun dengan sedikit doa mohon kesejahteraan dan diringankan ujian Allah kepada mereka. InsyaAllah dapatlah mereka bergembira bersama menyambut Edulfitri.

p/s: jangan makan lebih hari raya nanti sakit tak leh bergembira huhuhuhu

Ahad, 5 September 2010

Happy Bestday To Nur Aqilah (06/09/2010)

Papa ucapkan selamat menyambut hari ulang tahun yang ke 4. Moga panjang umo, jadi anak yang solehah yer.


Ya Allah KAU perelokkanlah akhlak dan budi pekertinya (Nur Aqilah) sepertimana KAU pereloklan kejadiannya. Amin....







Dibawah ni gambar2 hadiah yang disediakan oleh mamanya untuk diberi kepada kawan-kawan aqilah. Rajin sungguh hehehehe







P/S : Nak bagi hadiah aper erk hehehehehehe

Majlis Berbuka Puasa dan Reunion BIT6 UKM

Majlis Berbuka Puasa merangkap Reunion bagi pelajar2 BIT6 UKM tahun 2005-2008

Tempat : Restoran Nelayan, Tmn Tasik titiwangsa Kuala Lumpur

Tarikh : 04/09/2010

Thanks kepada semua kerana sudi meluangkan masa untuk berjumpa dan lepak2. Walaupun makanan yang ada tak berapa best tetapi suasana sangat meriah. lain kali jika ada kesempatan kita adakan lagi. Banyak yang nak dibualkan tapi maklumlah semua dah beranak pinak ni. anak-anak ni biasa la bukan boleh duduk lama-lama cepat boring. Apa pun thanks kepada semua semoga persahabatan kita akan kekal hingga akhir usia.

(anak Ashabul, Anak Rashidi dan anak habzul)

P/S: Lepas ni boleh la sesiapa nk buat open house raya tu panggil kita org erk.

Khamis, 2 September 2010

Insyaallah

Insyaallah
by Maher elzain - Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way


p/s : Dengarlah lagu ni. semoga ia dapat merubah pemikiran kita...InsyaAllah

Rabu, 11 Ogos 2010

Ubat hati

Diambil dari artikel blog ustaz amin (http://www.ustazamin.com) untuk perkongsian ilmu bersama.

Motivasi Iman 2 - Ubat hati

Sedar atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, lantaran takut pangkatnya hilang.

Inilah manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung, kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.

1. Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah

2. Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan

3. Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal

4. Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa tawadhuk.

5. Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran

6. Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.

7. Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan kurang.

Demikianlah beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin...

Sepuluh Sebab Hati Tidak Tenang

Artikel ini diambil dari blog ustaz amin (http://www.ustazamin.com) untuk perkongsian ilmu bersama.

Motivasi Iman 8 - Sepuluh Sebab Hati Tidak Tenang (Siri 1)

Pada kesempatan kali ini kita akan membincangkan mengenai 10 sebab kenapa hati tidak tenang. Ini kerana, sedar atau tidak sebenarnya, ramai orang yang hilang ketenangan hatinya sekalipun duduk di rumah yang besar, berpangkat besar, kereta besar dan mempunyai isteri atau suami yang besar.

Saya banyak bertemu dengan berbagai golongan, dari yang kaya hingga yang biasa. Perkara yang sering ditanyakan ialah:-

"Ustaz, hati saya rungsinglah, tak tahu sebab apa"

Kadang-kala mereka meluahkan,

"saya ni semua ada, tapi tak tahu lah kenapa hati saya tak tenang, Ustaz ada nasihat tak?"

Ini ayat-ayat yang sering saya jumpa. InsyaAllah, kita akan membahaskan kenapa hati tidak tenang. Semoga Allah memberikan saya dan pembaca sekelian ketenangan hati, satu perkara yang tidak dapat dibeli dari kedai sekalipun kita mempunyai jutaan wang.

Ada 10 sebab kenapa hati tidak tenang.

Sebab Pertama

Hati tidak tenang kerana seseorang itu merasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia lain.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Perkara ini boleh berlaku apabila seseorang suka membesarkan keaiban dirinya kemudian membandingkan kebahagiannya dengan orang lain.

Hari ini, Allah telah berikan berbagai nikmat padanya. Tetapi dia merungsingkan jerawat yang timbul di mukanya. Dia malu pada jerawat dimukanya. Sedangkan jika dia mengeluh ia tidak merubah apa-apa. Dia malu seolah-olah jerawat itu menghilangkan hidungnya, matanya., dagunya. Dia besarkan keaiban yang ada pada dirinya. Akhirnya hilang ketenangan pada diri. Kemudian dia bandingkan pula dengan muka-muka artis yang ada pada majalah. Ah.. tertekan dengan jerawat.

Hari ini, seseorang malu dengan umurnya telah lanjut, mukanya yang telah berkedut, rambutnya yang telah beruban, kakinya tak cantik, kukunya pecah. Untuk apa kita malu dan besarkan perkara itu. Kita usaha perbaiki tapi jangan rungsing dengan perkara itu. Ia hanya akan membuatkan kita hilang ketenangan.

Hari ini dia kena berhenti kerja, dia malu jika orang lain tahu. Sebab apa? Sebab sebelum ini agak sombong dengan kedudukan yang ada. Untuk apa malu, terima sahaja hakikat dan usaha semaksima mungkin. Berhenti kerja tidak menyebabkan kita mati. Masih banyak lagi usaha yang boleh dibuat.

Hari ini kereta kena tarik, rumah nak kena lelong. Kenapa malu? Itukan harta kita. Kita nak beli atau kita dah tak mampu nak bayar itukan hal kita. Jangan rasa rendah diri. Allah beri kita rumah itu awal untuk rasa selesa sekejap. Hari ini dia tarik untuk kita lebih hargai nikmat itu. Nanti kalau beri lagi Alhamdulillah, kita akan lebih bersyukur. Jangan sebab rumah nak kena lelong hilang ketenangan diri.

Hari ini kita mungkin berpisah dengan isteri, dengan suami, untuk apa malu? Itukan telah berlalu. Bina semula dan jangan rasa rendah diri terhadapa apa yang berlaku.

Kenapa kita selalu rasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia? Kerana kita membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain.

Jangan sekali-kali kita bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. Orang lain ada rumah besar, kita bandingkan rumah kita yang kecil. Walaupun dia ada rumah yang besar, dia juga ada masalahnya sendiri. Mungkin rumah sahaja besar, tetapi isterinya sering merungsingkannya, mungkin anaknya yang selalu tak balik, mungkin masalah kesihatannya yang teruk.

Semua orang ada masalah, kesamaannya ialah masalah itu menghimpit hati, bezanya ialah bentuknya. Jadi jangan kita rasa rendah diri pada keduniaan terhadap orang lain. Orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang kita tidak tahu.

Satu ketika, seorang sahabat telah dileteri oleh isterinya. Dia sangat sedih dan ingin mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar r.a. Dia rasakan Umar selaku pemimpin negara sudah tentu dapat menyelesaikan masaalahnya.

Kenapa sahabat ini sedih, kerana dia cuba membayangkan dan membandingkan keadaannya dengan Saidina Umar.

Ketika sampai di rumah Saidina Umar, dia mendengar dari luar rumah, Saidina Umar sedang dileteri oleh isterinya.

Cepat-cepat dia berpaling dan meninggalkan rumah Saidina Umar. Ketika itu Saidina Umar nampak dan menegurnya dan Umar menasihatinya mengenai rumah tangga.

Cuba lihat, ketika kita membanding kebahagaian kita dengan orang lain, maka kita akan membesarkan keaiban diri kita, kita akan menjadi malu, kita akan tertekan, kita rasakan orang lain cukup bahagia.

Sedangkan orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang mungkin lebih menekan hidupnya. Kalau bukan sama seperti kita, pasti dalam ruangan yang lain.

Oleh itu, hati tidak tenang apabila kita membesarkan aib diri kita dan bandingkan dengan orang lain.

Kita perlu perbaiki keadaan diri kita tetapi jangan sampai ia membuatkan hati kita hilang tenang.

Ketenangan inilah kebahagiaan. Saya, anda dan semua orang mahukan ketenangan ini, tetapi tidak semua orang berjaya mendapatkannya.

Kerana apa? Kerana sebab yang pertama, selalu mengukur kebahagiaan diri dengan orang lain.

Jadi, terimalah hakikat diri kita sebaiknya, baiki keadaan, terima kekurangan diri, jangan berpura-pura pada orang lain, jangan bandingkan kebahagaian dengan orang lain dan nanti anda akan keluar dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.

Tarik nafas panjang-panjang hari ini, doa agar Allah beri kita kekuatan untuk menerima hakikat diri dan beri jalan keluar pada permasalaan kita. Mudah-mudahan Allah yang empunya ketenangan, akan menitiskan ketenangan ke dalam hati-hati kita.

InsyaAllah, kita akan sambung seterusnya nanti.

"Motivasi Iman, Ubat Hati Penawar Jiwa"

Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah