Ahad, 24 Julai 2011

Short Term Pain But Long Term Gain

Kali ni aku tertarik untuk menulis kata-kata motivasi yang aku dengar di radio semasa dalam perjalanan datang kerja. Bagus juga layan ayat-ayat motivasi ini dari melayan perasaan tension jalan sesak di KL ni. Ayat motivasi yang dimaksudkan adalah "Short Term Pain and Long Term Gain". Pakar motivasi yang menyampaikan ayat tersebut mengatakan, ramai orang berjaya lebih suka melakukan sesuatu perkara yang susah dahulu dan mendatangkan keuntungan dikemudian. Manakala orang gagal suka melakukan perkara yang mudah dan hasilnya adalah tidak ke mana.

Dalam bahasa melayu pun ada yang berbunyi " Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Jika diselidiki secara mendalam, memang betul kata-kata motivasi tersebut. Cuba kita selami perjalanan hidup orang-orang berjaya. Sudah tentu mereka telah melakukan perkara-perkara yang sangat menyusahkan kepada diri mereka sebelum mereka merasai nikmat kejayaan sehingga kini. Cuma jangan disamakan dengan usaha Skim cepat kaya sebab mereka kebanyakan konsep bersenang-senang dahulu dan bersenang-senang kemudian. Sebab labur duit tunggu untung. Tak perlu susah payah. namun kebanyakannya duit yang di labur habis lebur :)

Jadi jangan takut untuk melakukan perubahan dalam hidup kita kerana ketidakselesaan itu muncul hanya sekejap sahaja dan apabila keserasian tercapai, kita akan menikmati kesenangan dan kenikmatan berpanjangan. Sememangnya semuanya senang untuk dituturkan atau dituliskan. Namun Setiap perubahan yang ingin dilakukan akan memerlukan pengorbanan. Maklumlah kita sudah berada di zon selesa jadi untuk berubah kepada sesuatu yang belum tentu menjamin sesuatu ianya agak sukar untuk dilakukan. Sememangnya kita di ajar untuk bersyukur dengan setiap nikmatNya namun kita juga tidak diajar untuk berputus asa atau menyerahkan sepenuhnya kepada takdir untuk menguruskan hidup kita. Mulai hari ini jom kita berubah ke arah yang lebih baik untuk kejayaan dunia dan Akhirat. Inysa Allah.

Khamis, 21 Julai 2011

Artikel pilihan : Allah Ajarkan Tentang Konflik

Dalam Sibuk-sibuk bekerja hari jumaat, sempat juga aku membaca artikel dari sebuah laman web ni Artikel iluvislam.com. Biasa la kadang-kadang kita perlu diperingatkan supaya kita tidak melencong yang menyebabkan hati kita menjadi keras untuk menerima nasihat dan teguran. Malalui pembacaan kadang-kadang banyak yang kita boleh ambil pengajarannya. Artikel yang aku baca ini sangat menarik untuk dibincangkan dan direnungkan bersama. Kadang-kadang kita selalu menanyakan diri kita kenapa begini dan begitu apabila kejadian tidak selari dengan kemahuan kita. Sebagai contoh saya sendiri, kemahuan ingin berjaya dalam perniagaan suatu hari nanti, namun keadaan masih tidak menampakkan untuk berjaya. Tanpa memikirkan secara lebih mendalam hikhmah sesuatu kejadia kita terus menyalahkan diri dan berputus asa. Namun setelah membaca artikel ini baru kesedaran timbul tentang konflik yang selalu terjadi dalam diri kita.

Sesungguhnya setiap kejadian ada beribu hikmah untuk difikirkan dan diambil pengajarannya. Setiap konflik yang berlaku adalah suatu pengajaran kepada kita. Oleh itu milai dari saat ini kita perlu ubah pandangan mengenai konflik dalam diri kita. Anggaplak konflik yang terjadi dalam kehidupan seharian itu merupakan pengajaran yang Allah turunkan kepada hambanya supaya lebih tabah dan berjaya dalam kehidupan dunia dan Akhirat. Jangan sesekali mengangap konflik yang terjadi sebagai satu masalah yang tak boleh diselesaikan. Alangkah indahnya ilmu Allah kepada hambanya dan setiap hari kita diberi pengajaran. Cuma kita lalai dalam mengingati setiap kejadian adalah merupakan ilmu Allah untuk hambanya. Selanjutnya bacalah sendiri artikel di bawah ini dan pahami setiap baris pernyataan yang diutarakan.....selamat Membaca :)


Apa khabar sahabat-sahabat semua? Semoga dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan sentiasa berada di dalam kesedaran yang tinggi kepada Allah. Sekarang ini rata-rata orang membincangkan tentang kedasyatan tentera Israel yang sanggup membunuh orang-orang awam yang datang menghantar bantuan kemanusiaan ke genting Gaza baru-baru ini.

Teringat saya kepada kisah pemimpin-pemimpin Hamas yang tidak pernah gentar berhadapan dengan organisasi Zionis yang tak berperikemanusiaan ini. Almarhum Syeikh Ahmed Yassin dibunuh dan syahid pada tanggal 22 March 2004 sebaik sahaja keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh. Penggantinya Abdul Aziz Rantisi, seorang berpendidikan tinggi namun memilih hidup untuk berjuang di jalan Allah.

Sanggup memilih hidup di dalam kesusahan di khemah-khemah dari hidup mewah dengan harta kebendaan yang melimpah ruah. Ketika ditanya di dalam satu sesi temuduga sebaik sahaja beliau menggantikan Syeikh Ahmed Yassin, apakah beliau tidak takut menghadapi nasib yang sama seperti Syeikh Ahmed Yassin yang dibunuh?

Jawapan yang diberikan, dari saya mati disebabkan sakit jantung, lebih baik saya mati dibunuh dan syahid di jalan Allah dan alhamdulillah pada tanggal 17 April 2004, beliau juga ditembak mati dan gugur sebagai syahid. Kisah-kisah pemimpin Hamas ini sering membuat saya bertanya pada diri saya sendiri dan kepada Allah. Ya Allah di manakah tempatku di sisi Mu, hebatnya mereka hingga membuat saya merasa sangat kecil, terasa diri ini tidak memberi impak sewajarnya kepada perjuangan Islam jika dibandingkan dengan mereka.

Pada pagi ini saya ingin berkongsi diajarkan Allah tentang konflik. Pengajaran ini saya perolehi apabila saya berhadapan dengan konflik yang melibatkan saya dengan seorang sahabat saya. Saya rasa menyesal dengan apa yang berlaku namun alhamdulillah sebelum sempat saya merasa begitu sedih, Allah menyejukkan hati saya dengan memantapkan lagi kefahaman saya tentang konflik. Saya kongsikan kefahaman ini di dalam satu sesi latihan yang kami anjurkan baru-baru ini.

Di dalam sesi latihan itu, peserta diminta membincangkan tentang berbagai konflik yang dihadapi di dalam kehidupan, samada konflik dalam diri, keluarga atau masyarakat. Saya bertanya kepada para peserta, kenapa ya dalam hidup kita ada banyak konflik, bukankah Allah Maha Penyayang, kenapa kita perlu dihadapkan dengan berbagai konflik dalam kehidupan, peserta memberikan berbagai reaksi dan respon.

Saya katakan kepada mereka, bagaimana seorang perenang mahu jadi perenang yang hebat? Mereka kata kena berlatih bersungguh-sungguh. Apakah yang dilalui ketika berlatih? tanya saya. Mereka jawab berbagai kesusahan dan kepayahan. Apakah mungkin seorang perenang boleh jadi perenang hebat jika tidak melalui proses dilatih dengan penuh kepayahan dan kesusahan? Tidak, jawab mereka penuh kepastian. Begitu jugalah dengan diri kita. Kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang maka kita semua akan diproses dengan berbagai konflik dalam kehidupan untuk membentuk kita menjadi insan yang hebat , yang sabar, yang jujur, yang kuat, yang bersemangat dan sebagainya.

Di dalam kehidupan ini kita akan berhadapan dengan berbagai sikap dan personaliti manusia yang berbeza. Ada personaliti yang membuatkan kita benci sesama kita. Contohnya, ramai kita yang sering berhadapan dengan orang-orang yang kita rasa 'sukar' atau kita termkan sebagai 'difficult people'. Samada orang yang pemarah, orang yang kedekut, orang yang sombong dan sebagainya. Cuba bayangkan orang itu, saya akan membayangkan salah seorang bos saya yang sangat menyusahkan saya kerana saya merasakan dia seorang yang 'perfectionist' dan saya terpaksa mengubah kertas kerja saya hampir lebih 10 - 15 kali!

Sebenarnya Allah ingin memproses kita melalui orang-orang ini, seperti perenang hebat tadi. Bila kita berhadapan dengan orang yang cepat marah, kita sedang diproses untuk menjadi orang yang sabar, bila kita berhadapan dengan orang yang 'perfectionist', kita sedang diproses untuk memberikan hasil kerja yang berkualiti dan sebagainya. Bayangkan kalau orang-orang ini tidak ada di dunia ini? Semua orang baik, bagaimana kita akan diproses? Pasti kita tidak jadi diri kita sekarang bukan?

Nah, mulai sekarang berbahagialah dengan apa saja konflik yang kita hadapi dan senyumlah di dalam hati apabila bertemu dengan orang-orang yang berbagai sikap dan personaliti dan katakan di dalam hati, aku sedang diproses. Semoga kita jadi manusia hebat, insyaAllah.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
- Artikel iluvislam.com

Tip pilihan: Dua cara mencapai cita-cita!

Sumber asal - email Irfan Khairi )jutawan Internet) - untuk perkongsian ilmu bersama
Terdapat dua cara sahaja dalam mencapai cita-cita. Cara berjalan & cara berlari...

1) Berjalan...

Sekiranya anda taking your own sweet time. Anda berusaha pada kadar yang perlahan, sedikit demi sedikit. Hari ini mungkin bersemangat... esok lusa kurang semangat. Setiap pagi bangun tidur, anda rasa it will be the same day as yesterday. Untuk menyiap kan sesuatu kerja, ia mengambil masa yang lama. Semangat anda adalah rendah walaupun sememangnya mempunyai matlamat dan cita-cita. Dalam mencapai sesuatu yang membanggakan, ia mengambil anda berminggu-minggu atau berbulan-bulan walaupun anda merasa diri anda cukup bermotivasi. Anda sering rasakan kejayaan adalah jauh lagi...

Berjalan mengejar cita-cita mengurangkan momentum anda. Ia juga mengambil masa yang amat lama dan kadangkala, ia membosankan apabila tiada apa yang tercapai dalam masa terdekat...

2) BERLARI!

Sekiranya anda bersemangat setiap hari. Bangun pagi dan rasa teruja bahawa hari ini anda akan mencapai matlamat anda tetapkan pada hari ini! Setiap masa adalah amat berharga dan anda menyiapkan segala kerja anda dengan pantas dan cekap! Anda mempunyai semangat dan momentum yang tinggi. Selang beberapa hari, anda mencapai sesuatu yang membanggakan diri anda sendiri... Anda rasa puas dan ketagih dengan kejayaan dan setiap jam sentiasa membuat anda lakukan sesuatu kearah mencapai cita-cita anda!
 
Berlari mengejar cita-cita akan meninggalkan orang lain jauh ke belakang!

Berjalan adalah mudah dan dilakukan oleh semua orang. Berlari adalah lebih sukar dan memenatkan- oleh itu, ramai tidak melakukannya cuma apabila terpaksa!

Isnin, 11 Julai 2011

Pengalaman Baru :)

Coretan kali ni akan berkisar pengalaman baru yang diperolehi sepanjang menjalankan perniagaan secara sambilan. Perniagaan secara online yang pada mulanya hanya sekadar ingin mencuba telah menarik minat aku untuk mendalami lebih jauh lagi. Bermula dari hanya menjual hanger tudung, kini telah beralih kepada peralatan sauna. Alhamdulillah semakin lama perniagaan aku ini bertapak di dunia siber makin mendapat sambutan dari pengunjungnya.

Perkara asas dan paling penting yang aku pelajari dari menjalankan perniagaan ini adalah sifat sabar dan kebergantungan kepada Allah. Sikap sabar dan tidak mudah putus asa adalah sangat penting dalam sesuatu perniagaan. Kadang-kadang kita dilimpahi keuntungan sampai tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan dan kadang-kadang kita berhadapan dengan ketiadaan permintaan langsung. lumrah berniaga ada masa untung dan ada masa rugi. Namun jika sifat sabar kita tinggi dan tidak mudah putus asa dalam keadaan apa sekalipun kita mampu menghadapinya. Sifat kebergantungan kepada Allah juga banyak yang aku pelajari dalam menjalankan perniagaan ini. Kita harus redha dan berlapang dada dengan setiap ketentuanNYA. Rezeki kita Allah telah tetapkan. Kadang-kadang dalam kita risau memikirkan kerugian yang dialami, Allah datangkan bantuan berupa pelanggan yang membuat permintaan jualan kita. Semuanya Allah telah tetapkan dan terpulang kepada kita untuk menilainya.

Seterusnya pengalaman berhadapan dengan berbagai ragam pelanggan. Memandangkan kumpulan sasar produk jualan aku adalah golongan wanita, maka banyaklah kerenah yang perlu dihadapi. Ada yang tiada masalah dan ada yang sangat bermasalah. Apapun semua pengalaman tersebut banyak membantu aku dalam meneruskan kehidupan ini. Semuanya aku perolehi dengan menjalankan perniagaan. kadang-kadang fokus kita hanya keuntungan semata-mata dan hendak mengelakkan kerugian. namun kita terlepas pandang faktor persekitaran yang kadang-kadang banyak memberi ilmu dan panduan kepada kita dalam mengharungi perniagaan. Adakalanya pelanggan dari golongan sederhana dan adakalanya pelanggan dari golongan elite. Apapun semuanya berbalik kepada niat kita. Jika kita ikhlas menjalankan perniagaan dan tiada unsur penipuan InsyaAllah Allah akan bantu kita.

Menjalankan perniagaan online juga mengingatkan aku kepada kenangan lalu. Pekerjaan sebagai budak penghantar Pizza di Kedai Pizza Hut. Pengalaman masa lalu banyak membantu aku untuk berdepan dengan pelanggan-pelanggan jualan online kini. Apa yang membezakan dahulu aku diamanahkan menghantar pesanan orang dan aku hanya makan gaji sahaja. Kini menghantar pesanan dengan produk sendiri. Maksud lainnya aku kini adalah bos kepada perniagaan aku. Jadi semua keputusan, motovasi dan semangat terpulang kepada aku. Fokus haru diberikan supaya aku tidak sumbang langkah dan hilang punca.

Pengajaran lainnya, kadang-kadang kita dimomokkan dengan kejayaan-kejayaan ahli perniagaan untuk dijadikan contoh dan teladan. Pada satu perspektif ianya betul kerana untuk berjaya kita perlu ada role model. dari situ baru kita menanam impian untuk berjaya seperti mereka. Namun dari perspektif lain adakah kita sedar dan mampu untuk mengharungi cabaran yang mereka pernah lalui sebelum mereka merasa nikmat kejayaan tersebut. Kadang-kadang apabila kita dah ada arah tujuan, ada role model dan semangat, namun kebanyakan dari kita ingin melihat hasilnya dengan cepat dan tidak tahan untuk menghadapi cabaran. Di sinilah kebanyakan dari kita tewas. Oleh itu, setiap impian perlulah dimulai dengan menuntut ilmu dalam bidang yang kita impikan. seterusnya dengan pengalaman yang cukup dan ilmu yang mantap kita tidak akan mudah hilang punca dan berputus asa. Malah ianya akan menjadi kita manusia yang tabah dan mempunyai tahap servival yang tinggi.

"I HAVE A DREAM"