Khamis, 16 Februari 2012

Pengajaran dari seorang pelanggan

Kadang-kadang tanpa kita sedar banyak pengajaran yang boleh kita ambil dalam setiap aktiviti hidup kita. Malah bukan hanya terhad kepada diri kita, insan lain yang berada disekeliling kita juga boleh kita ambil pengajaran dari apa yang berlaku kepada mereka. Mungkin Allah ingin tunjukkan sesuatu tetapi tidak dijadikan kepada kita secara langsung tapi dikenakan kepada orang lain. Samada kita sedar atau tidak itulah yang sepatutnya kita fikirkan.

Perkara yang sama berlaku pada aku. mungkin Allah nak tunjukkan yang setiap percakapan aku bila ditanya tiada sepatah pun ayat yang memuji Allah di atas kurniaan rezekinya. Aku sudah terbiasa dengan situasi merendah diri dan kadang-kadang seolah aku memperkecilkan pemberiaan Allah secara tidak sedar. Walaupun hakikatnya kesyukuran dengan nikmat Allah sentiasa wujud dalam hati tapi kadang-kadang kelalaian juga wujud dalammengingatinya.

Peringatan ini aku terima melalui seorang penggan dari setiawangsa. Bila diajukan soalan bagaimana perniagaan aku setakat ini, aku hanya menjawab boleh la dalam beberapa unit sebulan tanpa sedikit pun mengcapkan syukur Alhamdulillah. Malah aku seolah-oleh di ajar oleh pelanggan tersebut untuk bersyukur bila mana beliau yang menyebut Alhamdulillah apabila aku menceritakan pencapaian perniagaan aku setakat ini. Timbul sedikit rasa malu pada pelanggan tersebut. Walaupun gaya bahasa yang aku guna semacam merendahkan pencapaian jualan namun beliau terus mengatakan syukur Alhamdulillah.

Sepanjang perjalanan balik aku asyik memikirkan kejadian tersebut. Walaupun ringkas namun banyak maksud yang tersirat yang perlu aku fahami dalam hubungan kita dengan Allah. Sebagai seorang hamba kepadaNYA, sepatutnya walau apa keadaan sekalipun yang kita hadapi dalam aktiviti kehidupan kita, rasa bersyukur kepada ALLAH sepatutnya tidak boleh hilang dari diri kita. Seharunyalah seoran hamba selalu berterima kasih dan bersyukur kepada penciptanya. Jadi dari pengalaman ini banyak mengajar aku supaya selalu bersyukur dalam masa susah atau senang, masa rugi atau masa untung dan sepanjang masa dalam kehidupan ini.

Jadi marilah kita sentiasa bersyukur kepada Allah dalam setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita. Walaupun ianya tidak sealiran dengan kemahuan kita. sesungguhnya setiap yang berlaku adalah ketetapan Allah yang terbaik untuk hambanya. Syukur kepada MU Allah kerana memberikan aku sesuatu yang perlu aku renungkan dan pahami. Secara tidak langsung aku berharap hati ini sentiasa subur mengingati Mu dalam apa jua keadaan dan menjadi seorang yang selalu bersyukur. InsyaALLAH :)