Selasa, 5 Oktober 2010

Syahadah


Lepas sembahyang zohor di surau pejabat ada sesi pengislaman saudara baru. Jadi aku ambil keputusan untuk menyaksikan sesi pengislaman itu. Sesi ini telah banyak kali di adakan disurau ini. Apa yang menarik setiap kali sesi itu aku akan bertanya kepada diri aku sendiri, Jika Allah lahirkan aku bukan dalam keluarga Islam, adakah aku akan memperoleh hidayah seperti saudara baru ini? Alangkah besarnya nikmat yang KAU berikan ya Allah melahirkan aku dalam keluarga Islam dan dengan automatiknya aku beragama islam.

Semoga KAU tetapkan hati ku dan pengakhiran hidupku ya Allah dengan ISLAM dan IMAN. Kepada saudara baru tersebut semoga hidayah yang diperolehi dapat memandu hidup kamu ke jalan yang diredhai oleh Allah. Kesempatan yang Allah berikan itu seharusnya digunakan sebaik mungkin Kerana Hidayah adalah milik Allah dan hanya Allah yang tentukan siapa yang layak menerima hidayahnya. oleh itu berungtunglah kamu kerana menerima hidayah dari Allah. Sesungguhnya seorang pendakwah pernah berkata kepadaku, Allah tidak melihat bagaimana permulaan hidup kita samada jahil atau beriman tetapi yang akan diambil perhitungan adalah pengakhiran kita.

Analogi yang digunakan adalah Simple iaitu dengan mengambil contoh pertandingan lumba lari. Kemenangan bukan ditentukan di permulaan perlumbaan tetapi di akhir perlumbaan. walaupun masa permulaan kita berada dihadapan sekali namun belum tentu ia menjamin kemenangan kita. Begitulah hidup ini, kadang-kadang permulaan hidup kita kita seorang beriman dan patuh kepada arahan Allah namun jika kita tidak kuat menahan godaan dunia tak mustahil pengakhiran hidup kita akan binasa. Aku pun tak yakin macam mana pengakhiran aku nanti tetapi walaubagaimana pun aku selalu memohon supaya Allah menetapkan pengakhiran aku dalam ISLAM dan IMAN.

Teringat juga aku pada hari akad nikah perkahwinan aku di masjid. Soalan yang ditanya adalah tentang Syahadah dan pengertiannya sekali. Jika yang ini pun aku tak lepas imam yang jadi jurunikah kata aku tak layak untuk berkahwin. Alhamdulillah aku dapat lafazkan dengan lancar dan betul walaupun dalam keadaan tekanan yang memuncak untuk akad nikah hehehehe. Cuma dia tegur pada pengertian yang aku berikan iaitu "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melaikan Allah dan Aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah". Ayat "naik saksi" tidak sesuai dan yang paling tepat "Aku bersaksi". tetapi tafsiran dalam buku dan waktu azan yang dipaparkan di TV semuanya aku naik saksi. Tetapi aku menyokong pandangan Imam tersebut. Sepatutnya ayat yang paling sesuai adalah aku bersaksi. Apapun janji syahadah kita betul InsyaAllah.


p/s: Suka sangat apabila membaca artikel-artikel pengalaman hidup saudara baru sebelum islam (sebelaum dapat hidayah) dan selepas pengislaman.


Tiada ulasan: