Rabu, 27 Oktober 2010

LASYKAR JIHAD

LASYKAR JIHAD (elok dibaca dan direnungkan)

Fudzail Md. Nor

Berita Harian Sabtu 23 Oktober 2010


(1)KEEMPAT-EMPAT mereka bernafas kelegaan sebaik memboloskan diri dari terowong sepanjang 640 meter. Salah satu dari lebih 800 terowong di sempadan Rafah dan Gaza, terowong yang memisahkan dua dunia. Dalamnya empat meter, lebar satu meter, tinggi mencecah dua meter, cukup-cukup untuk memuatkan seorang demi seorang. Berjalan dalam kegelapan. Meraba-raba, terkadang, teraba punggung orang di depan. Berjalan perlahan, bernafas dalam kekurangan oksigen. Dalam dada berdebaran.
Apa sahaja boleh terjadi, termasuk pengeboman daripada serangan udara tentera Israel.Datuk Ariffin terduduk dalam bangsal, mencari oksigen, meraba mencari rokok, tetapi teringat sudah berada pada bulan Ramadan. Ketiga-tiga yang lain, Datuk Rusdi, Datuk Mushil dan Datuk Imran sama terduduk di atas pasir. Awal subuh dan suhu masih rendah memberi kenyamanan dalam debaran jantung yang terus kencang.“Fasa pertama misi sudah selesai!”Mereka mengangguk.
Menyeludup masuk ke Gaza mempunyai risiko besar. Tetapi destinasi itu bukan kebetulan. Mereka tahu dan tidak peduli. Semuanya sudah dirancang dengan teliti, sudah bersedia dengan apa saja kemungkinan. Tiada jalan kembali.Datuk Ariffin bangkit melihat keluar bangsal, memastikan tiada kelibat pihak penguatkuasa Palestin, apalagi tentera dan perisik Israel yang menjejak. Mata liar mencari petunjuk seperti yang telah dirancang. Ternampak sebuah kereta kuning cair parkir dalam 30 meter.“Kenderaan yang ditempah sudah menanti!”Mereka bergegas mengambil beg, berlari anak ke kereta.“Kata laluan!” Pemandu berkumis, berkaca mata hitam bertanya.“Angelina Jolie!”Pemandu mengangguk sambil mata merenung wajah keempat mereka yang cuba kelihatan tenang. Cuba untuk menjadi macho dan hebat.
(2)PERJALANAN dari Rafa ke bandar Gaza melalui kawasan kem pelarian yang kelihatan tidak teratur dengan bangunan seperti tidak siap. Keempat Datuk dengan satu misi bersama itu menatap pemandangan dengan penuh perhatian. Seperti dalam mimpi pula untuk berada di bumi bersejarah yang selama ini hanya diketahui dari media, buku-buku dan cerita-cerita.“Ini bukan sahaja bumi anbia, tetapi juga bumi Musyrikin!”Yasir, pemandu yang fasih berbahasa Inggeris itu menjadi pemandu pelancong yang baik.“Kalau tiada orang jahat, tiada diturunkan nabi-nabi!”Yasir menyambung cerita.
Dari sejarah ribuan tahun ke situasi semasa. Seperti sahaja berada dalam dokumentari National Geoghrapic. Seketika, setelah berlegar di kawasan perumahan dan kedai-kedai, mereka menghampiri sempadan Israel.“Tengok seberang tembok, di sana Israel, tanah kami yang dirampas sejak tahun 1948! Setiap hari melihat tanah yang dirampas, setiap hari yang tidak memudarkan semangat untuk kembali ke tanah kelahiran!”Suara Yasir mendesir bersama-sama angin Mediterranean berhembusan. Suara yang melontar dendam dan keazaman. Wajahnya serius.Datuk Ariffin, Datuk Imran, Datuk Rusdi dan Datuk Mushil mengangguk dengan wajah-wajah yang gusar. Kehadiran mereka ke bumi Gaza di bulan Ramadan bukan lagi satu mimpi, mereka benar-benar bernafas di ruang magis.
Ruang yang membawa harapan berbunga dari satu misi kudus.“Berapa lama kalian mahu berada di Gaza?” Yasir bertanya.“Paling lama dalam dua minggu!” Jawab Datuk Mushil.“Tidak menyambut Syawal di sini?”“Kalau ada rezeki, mahu juga!” Datuk Imran pula menjawab.“OK. Setelah tiba dan rehat di hotel, saya boleh bawa keliling Gaza, melihat kem-kem pelarian dan kita berbuka puasa di salah sebuah masjid dalam kem pelarian!”Yasir mengatur jadual aktiviti, sesuatu yang tidak termasuk dalam pembayaran, tetapi cukup melegakan empat Datuk yang membawa pakaian cukup-cukup untuk seminggu.
(3)MELIHAT kesan-kesan perang dan serangan rejim zionis yang ganas memang menginsafkan empat Datuk. Ada kalanya air mata mereka bergenangan melihat keadaan dhaif di khemah pelarian dan apabila bertemu dengan mereka yang cacat akibat serangan bom. Apalagi bertemu kanak-kanak pelarian yang kelihatan terbiar walau ceria dan berkumpul setiap kali melihat kedatangan mereka, ‘pelawat’ dari Malaysia, sebuah negara yang menjadi sebutan ramai kerana banyak membantu dan menyokong perjuangan rakyat Palestin sejak lama.
Sebaik solat Tarawih, mereka bersantai di kawasan pantai yang mula dipenuhi ramai warga Palestin. Meriah dengan manusia mengunjungi gerai makan yang menawarkan shisha dan tayangan filem percuma.“Ada lebih 150 masjid yang musnah akibat pengeboman, manakala 300 yang lain rosak!”Datuk Rusdi mengulang maklumat yang diterima. Sebagai seorang yang pernah menjadi pegawai kerajaan menjaga wang zakat dan masjid, dia mengira-ngira jumlah kos yang diperlukan untuk membina semula atau membaiki masjid-masjid tersebut. Sememangnya dia tahu wang zakat yang dikutip olehnya selama ini tidak semuanya sampai kepada yang berhak, malahan ada ketirisan dan digunakan untuk urusan lain, termasuk penyelewengan dalam bentuk hiburan seperti lawatan sambil belajar atas nama urusan rasmi.
Walhal, tidak lebih untuk melancong secara percuma. Kekadang pelbagai perancangan dan tindakan dibuat atas nama agama pun tidak lebih sekadar menutup pelbagai kelemahan dan kepincangan di kalangan pegawai.“Masjid di Gaza ini semuanya ada kelas tahfiz, sudah puluhan ribu hafiz yang lahir. Nampaknya dalam keadaan seperti penjara ini, warga Palestin di Gaza tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan, bersedia untuk kembali ke tanah yang dirampas!”Sambung Datuk Mushil sambil matanya sesekali meninjau wanita-wanita Palestin yang lalu lalang. Tidak dapat mengelak untuk mengagumi kecantikan mereka, apalagi buat seorang yang selama ini ada banyak skandal sebagai ketua pengarah sebuah stesen TV.
Dikelilingi artis-artis glamor yang mahukan publisiti dan kemewahan hidup tanpa bekerja keras. Datuk Mushil selalu mengambil kesempatan tanpa mengira dosa pahala. Asalkan bahagia dan seronok melapah seorang demi seorang artis wanita, terutama yang baru mahu berkecimpung dalam dunia hiburan dengan impian ke persada sebagai penghibur popular, selain kalau-kalau bernasib baik disambar para Datuk yang mahu melengkapkan kuota poligami.“Kamu perasan selama dua hari di sini, sudah keliling Gaza, kita belum bertemu seorang pun peminta sedekah. Walhal, majoriti hidup di bawah paras kemiskinan!”Datuk Ariffin mencelah. Sebagai seorang ahli politik yang sekian lama hidup mewah di bawah kuasa politik yang mana matlamat menghalalkan cara, dia cukup arif dengan sikap ahli politik yang lebih kurang sahaja sikap, sebagai peminta sedekah, kalau tidak sebagai pencuri dan perompak wang rakyat.
Malah kekadang ada kebenarannya yang ahli politik sama taraf dengan pelacur, sesuatu yang tidak dinafikan oleh Datuk Ariffin yang telah menggadai bukan sahaja maruah diri, malah bangsanya sendiri dengan bisnes atas angin dan ali baba. Menidakkan hak majoriti kerana dia termasuk golongan elit yang berkuasa.“Betullah! Malah ada yang apabila kita mahu beri wang, menolak dan minta masukkan dalam tabung, untuk dikongsi bersama!” Datuk Imran melepaskan kata-kata sambil melihat jauh ke arah kerlipan lampu kapal-kapal. Sebagai seorang penyanyi rock veteran yang bukan sahaja glamor, pernah menjadi idola anak muda malahan hidup dalam berfoya-foya, Datuk Imran selalu mencari publisiti murahan dengan konsert amal dan aktiviti seperti berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Semuanya sandiwara, apalagi pihak media terus memberatkan hiburan dengan menjadikan artis sebagai bahan pelaris, walhal, kebanyakan artis seperti Datuk Imran yang mendapat anugerah Datuk kerana jasa mencemarkan budaya dengan budaya rock dan hippie, tidak lebih sekadar gimik.Hidup dalam kemungkaran, solat tidak tentu hala dan mabuk-mabuk.
Lebih banyak membawa keburukan kepada masyarakat yang menjadikan hiburan sebagai pelengkap kehidupan setelah muak, jelak, mual dan benci dengan gelagat, suasana politik dan ahli politik yang tidak berhabisan berebut kuasa. Jatuh menjatuh dan fitnah menfitnah sesama sendiri terutama kalau dalam sidang Parlimen yang boleh menjadi sarkis dan zoo.Maka dalam kemeriahan malam Ramadan di Gaza menyelubungi suasana, tetapi tidak pada keempat Datuk yang kelihatan serba kekeliruan. Masih dalam ketidakpastian walau sebelum ini bertekad dengan satu misi. Sanggup masuk secara haram ke Gaza kerana tidak mahu menunggu lama untuk visa dikeluarkan oleh pihak berkuasa Mesir.Misi yang diharapkan boleh mengubah satu destini dan destinasi kehidupan, setelah puluhan tahun bernafas dalam dosa, noda, pembohongan dan hipokrasi. Misi yang lahir dari satu sesi karaoke di pusat perjudian atas gunung setelah melihat dengan mata sendiri, seorang Tan Sri bertaraf bilionair mati sakit jantung di atas dada telanjang seorang GRO dari negeri China.
(4)“KAMU tahu, abang saya adalah seorang syuhada. Dia menjadi pengebom berani mati yang berjaya membunuh 15 orang askar Zionis laknatullah di bandar Jericho!”Keempat-empat Datuk segera tersedar mendengar cerita Yasir walau cukup mengantuk. Perjalanan selepas Zuhur ke kawasan khemah pelarian terbesar dan paling padat di dunia, Al-Jabaliah memang cukup menyeksakan kerana mata terpaksa dibuka luas. Tersengguk bersama cerita Yasir yang tiba-tiba terasa menyegarkan.“Kamu tahu ini juga bermakna, saya boleh menjadi ahli syurga kerana setiap syuhada boleh memilih 70 orang untuk bersamanya ke dalam syurga!”Mendengar perkataan syuhada dan ahli syurga menambahkan tarikan.
Semua orang mahu masuk syurga walau ramai yang mencorakkan neraka dalam kehidupan seharian.“Sebab itukah kamu memandu berbahaya,” Tanya Datuk Ariffin yang sejak lama mahu menegur cara Yasir memandu. Ciluk sana, ciluk sini. Kadangkala laju tidak bertempat dan memotong ikut suka hati, walau Yasir bukan pemandu unik di Gaza, sedikit sebanyak mencemaskan.Yasir ketawa.“Ya! Saya ada lesen ke jannah!”“Tetapi kami belum ada, kamu boleh mati syahid, masuk jannah, kami boleh mati katak di Gaza ini dengan cara kamu memandu!”Ujar Datuk Rusdi diikuti ketawa beramai-ramai. Teringat jumlah mereka yang mati nahas jalan raya terus meningkat di tanah air, biarpun kenderaan semakin canggih dan jalan raya semakin banyak.
“Bukankah kamu berempat datang ke Gaza ini untuk mati syahid?”Tanya Yasir kembali, setelah lima hari, Yasir sudah seperti lama mengenali empat orang Melayu awal lima puluhan yang juga sudah tidak segan silu bercerita latar belakang masing-masing.Membongkar satu misi untuk mati syahid kerana yakin taubat mereka sukar untuk diterima. Walau berkali ke umrah dan haji, masih terasa terlalu banyak dosa dan noda untuk dihapuskan. Terlalu banyak menganiaya orang. Menipu, menyeleweng, berzina, memberi dan menerima rasuah, hantar santau, malah merogol dan merancang pembunuhan kerana persaingan dan dendam. Taraf kejahatan melampau yang menyebabkan keempat-empat mereka yang pernah bergelar golongan elit Melayu Baru itu bertekad untuk menyusup ke Gaza, berdepan dengan rejim Zionis dan kalau bernasib baik, mati syahid. Terus ke syurga tanpa hisab.
Boleh bawa 70 orang lain sama-sama ke syurga.“Kamu ahli politik bukan?” Tanya Yasir kepada Datuk Ariffin yang mengangguk.“Di bumi Palestin ini pun ramai ahli politik yang korup. Sebab itu kami memilih parti Hamas walau dianggap teroris kerana sudah muak, jelak dan benci dengan pemimpin Fatah berpuluh tahun memungkiri janji dan amanah. Sebab itu saya cakap di sini bukan sahaja bumi anbiya, malahan bumi Musyrikin. Sebab itu orang Palestin berterusan dizalimi, dilanyak Yahudi kerana pemimpin kami ada yang sudah dibeli, korup dan mementingkan perut semata-mata. Perjuangan keramat membebaskan Palestin hanya sandiwara semata-mata. Apalagi dunia Arab yang bersetongkol dengan Israel dan Amerika!”Tersentuh hati Datuk Ariffin yang memang selama ini sekadar proksi kepada ahli-ahli perniagaan yang menggunakan beliau untuk manipulasi kontrak.
Kekayaan yang dikumpul di bawah dasar politik kronisme. Berguni-guni, malahan kadang berlori-lori wang tunai yang disimpan hasil rasuah dan penyelewengan. Hidup mewah tetapi seperti bangkai kerana makan minum duit haram.“Kamu bayangkan nanti, berapa ramai yang kamu mesti minta maaf setelah menyalahgunakan, menyelewengkan duit rakyat, duit zakat, duit derma, seperti ramai ahli politik Palestin yang mengagihkan sesama sendiri sewaktu berkuasa dan menidakkan hak-hak kami, terutama anak-anak yatim, anak-anak pejuang yang syahid dan anak-anak yang terus dalam kemiskinan walhal hasil negara dari dana derma cukup menampung perbelanjaan untuk menanggung mereka!”Yasir terus melepaskan apa yang selama itu terbuku dalam diri, apalagi setelah mengetahui niat dan tujuan misi empat orang Melayu bertaraf Datuk di bulan Ramadan ke Gaza, tanah genting sekangkang kera yang tidak putus dengan konflik dan terus mengorbankan jiwa para syuhada hampir setiap hari.“Di kawasan Jabaliyah ini selalu ada tentera Israel menyusup masuk untuk membunuh mereka yang dianggap teroris. Kamu tahulah, dikalangan kami pun ramai pengintip upahan Israel yang cari makan dengan beri maklumat, kekadang maklumat salah kerana dendam dan dengki!”Yasir memberhentikan kereta menghala ke kawasan lapang. Diperbukitan adalah sempadan Israel. Ada tembok dinding sedang dibina.“Nampak kereta kebal, kereta pacuan empat roda yang mengawasi sempadan?”Keempat-empat Datuk memandang dan mengangguk. Berdebaran, begitu hampir dengan sempadan Israel yang memungkinkan apa sahaja.
Tentera Israel boleh bertindak mengikut keputusan mereka kerana ‘keselamatan negara Israel’ lebih penting daripada segalanya.“Dahulu kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok kurma, pihak Israel musnahkan semua dan kini menjadi kawasan lapang untuk memudahkan mereka membolos masuk. Semua kilang yang pernah memenuhi kawasan ini dibom dan diratakan, meranapkan terus ekonomi Gaza!”Suasana menjadi hening. Hembusan bayu menerojah minda yang diselaputi bayang-bayang.“Kalian mahu mati syahid bukan?”Tanya Yasir. Separuh serius, separuh berjenaka.“Nampak kereta kebal Israel itu sedang mara ke sini?”Terpaku keempat-empat Datuk. Debaran jantung membawa gelombang ke wajah.“Bersedia untuk melontar dengan batu-batu seperti yang kami, terutama anak-anak kami lakukan, kalian baling sebaik kereta kebal itu masuk ke kawasan Palestin!”Yasir memberi arahan, setelah lama berteori dengan pelbagai strategi, hari ke enam Ramadan yang cerah itu boleh merealisasikan satu misi empat Datuk Melayu sebagai Laskar Syuhada, ribuan kilometer dari tanah air dan keluarga yang sudah diwariskan harta dan wang jutaan ringgit dalam ASB, Tabung Haji, akaun bank Islam, yang semuanya dari hasil tidak halal.
Kalau mereka mati syahid, bukan sahaja ke syurga malah semuanya menjadi halal, begitulah fatwa yang mereka sama-sama rumuskan di malam terakhir berkaraoke sebelum Ramadan. Fatwa yang menjadi pegangan sebagai sandaran ke syurga. Fatwa yang membawa mereka ke genting Gaza.Seketika dalam pandangan menerpa ke arah kereta kebal Israel yang seakan laju menghampiri, imej-imej kehidupan lima dekad mereka seakan terlontar ke layar yang memerangkap perasaan. Wajah-wajah mereka yang pernah dianiaya, dirasuah, difitnah, di jadikan kambing hitam mengejek-ngejek ke seluruh ruang.Suara-suara menuntut keadilan dan hak-hak mereka yang telah disalahgunakan berdengung, bergema, memekik-mekik ke seluruh pendengaran.Tiba-tiba Datuk Ariffin terasa mual oleh perut memulas, Datuk Mushil pula berpinar oleh kecepatan jantung mengepam udara, Datuk Rusdi basah berpeluh-peluh kepanasan dan Datuk Imran seakan mahu terkencing.
Segala-galanya begitu real sekali, tidak lagi sureal atau dalam sebuah mimpi. Sesaat yang mengerikan, mereka kini berdepan dengan tentera paling canggih dan kejam di dunia dan serentak, mereka yang lengkap berbaju raya Melayu dengan samping songket, secara spontan keluar dari kereta, berlari selaju mungkin untuk berpatah, menyusup keluar Gaza, ke terowong nun 50 kilometer di Rafah!

Isnin, 25 Oktober 2010

Tip Pilihan: 5 tip motivasi dari Facebook Irfan Khairi

Tip Pilihan: 5 tip motivasi dari Facebook Irfan Khairi
1.Untuk murah rezeki, setiap pagi, petang, siang, malam say: THANK YOU ALLAH!
2. Buat apa yang kita minat. buat apa yang kita cinta. kalau kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion) kita tak akan rasa penat, bosan dan letih. Kerja siang malam pun kita rasa best. tidur pun excited nak bangun sebab nak buat kerja. masa buat kerja, tak rasa pun masa berlalu!
3. Sekiranya segalanya tidak seperti kita mahu, atau ditimpa malang, atau masalah yang besar, atau berada di dalam satu krisis, berhenti sebentar dan yakin pada diri sendiri bahawa segala-galanya ada hikmahnya. dalam apa pun keadaan yang sukar, pastinya ada penyelesaiannya dan seringkali kita akan menjadi in...san yang lebih kuat & hebat selepas melalui kesukaran tersebut!

4. Untuk BERJAYA, kita perlu melatih minda kita untuk melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita. untuk GAGAL, kita perlu melihat halangan-halangan yang ada di depan kita!

5. Kita akan jadi seperti orang yang disekeliling kita. jika kita hendak berjaya, berkawan dengan orang-orang berminda positif. Jika kita hendak gagal, berkawan dengan orang-orang berminda negatif. Hadis pun ada menyebut umpama berteman pembawa minyak wangi, kita akan rasa harumannya. Bertemankan tukang besi..., akan terkena percikan api

Isnin, 18 Oktober 2010

CUEPACS MAHU PENJAWAT AWAM DIBENAR BERKHIDMAT SEHINGGA USIA 60 TAHUN

Aku pun terpikir juga kesan macam ni bila CUEPACS nak cadangkan umur persaraan sampai 60 tahun. Bila masa la nak berehat dari kerja kalau terpaksa kerja sampai senja. Makin ramai la yang akan berperangai pence belum pada waktunya. maksudnya datang keja dan tidak datang sama jer dan tiada produktiviti. Tunggu waktu nak pencen sahaja. Memang setiap sesuatu tu ada pro dan konts dia. Yang pro nya staf yang berkemahiran boleh digunakan lagi kemahiran dia. yang ini sesuai untuk Doktor, guru dan profesional yang lain.

Pandangan anda macam mana. Ilustrasi adalah diambil dari email rakan untuk perkongsian bersama. TQ.





P/S : Bila la nk pencen ni hehehehehehe

kata-kata motivasi


Tidak ada manusia yang merancang untuk gagal...
yang ada hanyalah manusia yang gagal untuk merancang...
Hendak seribu daya,mahu seribu upaya...
Dimana ada kemahuan, di situ ada kejayaan...
Orang cemerlang menunjukkan hasil...
Orang gagal memberi alasan...
kata-kata motivasi

Khamis, 14 Oktober 2010

Mutiara Kata :)


" Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu
bukanlah akhlak seorang muslim,
Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin
dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok"


~ Imam Hassan Al-Banna ~

Selasa, 12 Oktober 2010

Jersey For Kids/ Jersey untuk kanak2

Salam,

Berminat untuk mencari jersey bagi anak-anak anda? kami menawarkan jersey kanak-kanak dengan harga yang berpatutan. Jersey yang ditawarkan adalah terkini untuk Football Club 2010/2011. Maklumat harga adalah seperti dibawah :

Harga : RM35 Sepasang (Baju dan Seluar) termasuk kos penghantaran

Saiz : S (1-2 yrs)
M (3-4 yrs)
L (5-6 yrs)
XL (7-9 yrs)

Berminat bolehlah hubungi saya. Sila nyatakan nama Club/home or Away/Size/Kuantiti. TQ









Ahad, 10 Oktober 2010

mutiara kata

Inginkan mutiara,..... selamilah lautan
Inginkan bahagia,....... tempuhilah penderitaan
Inginkan kejayaan,...... relailah pengorbanan
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu....
sebenarnya
..... terkandung seribu kemanisan..


~ mutiara kata ~

Kos Sara Hidup di Malaysia

Diambil dari email. elok juga untuk dipikirkan dan direnungkan bersama hehehehe



p/s: yang slip pengiriman bayaran tu best hehehehe tak halal tu .

Selasa, 5 Oktober 2010

Syahadah


Lepas sembahyang zohor di surau pejabat ada sesi pengislaman saudara baru. Jadi aku ambil keputusan untuk menyaksikan sesi pengislaman itu. Sesi ini telah banyak kali di adakan disurau ini. Apa yang menarik setiap kali sesi itu aku akan bertanya kepada diri aku sendiri, Jika Allah lahirkan aku bukan dalam keluarga Islam, adakah aku akan memperoleh hidayah seperti saudara baru ini? Alangkah besarnya nikmat yang KAU berikan ya Allah melahirkan aku dalam keluarga Islam dan dengan automatiknya aku beragama islam.

Semoga KAU tetapkan hati ku dan pengakhiran hidupku ya Allah dengan ISLAM dan IMAN. Kepada saudara baru tersebut semoga hidayah yang diperolehi dapat memandu hidup kamu ke jalan yang diredhai oleh Allah. Kesempatan yang Allah berikan itu seharusnya digunakan sebaik mungkin Kerana Hidayah adalah milik Allah dan hanya Allah yang tentukan siapa yang layak menerima hidayahnya. oleh itu berungtunglah kamu kerana menerima hidayah dari Allah. Sesungguhnya seorang pendakwah pernah berkata kepadaku, Allah tidak melihat bagaimana permulaan hidup kita samada jahil atau beriman tetapi yang akan diambil perhitungan adalah pengakhiran kita.

Analogi yang digunakan adalah Simple iaitu dengan mengambil contoh pertandingan lumba lari. Kemenangan bukan ditentukan di permulaan perlumbaan tetapi di akhir perlumbaan. walaupun masa permulaan kita berada dihadapan sekali namun belum tentu ia menjamin kemenangan kita. Begitulah hidup ini, kadang-kadang permulaan hidup kita kita seorang beriman dan patuh kepada arahan Allah namun jika kita tidak kuat menahan godaan dunia tak mustahil pengakhiran hidup kita akan binasa. Aku pun tak yakin macam mana pengakhiran aku nanti tetapi walaubagaimana pun aku selalu memohon supaya Allah menetapkan pengakhiran aku dalam ISLAM dan IMAN.

Teringat juga aku pada hari akad nikah perkahwinan aku di masjid. Soalan yang ditanya adalah tentang Syahadah dan pengertiannya sekali. Jika yang ini pun aku tak lepas imam yang jadi jurunikah kata aku tak layak untuk berkahwin. Alhamdulillah aku dapat lafazkan dengan lancar dan betul walaupun dalam keadaan tekanan yang memuncak untuk akad nikah hehehehe. Cuma dia tegur pada pengertian yang aku berikan iaitu "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melaikan Allah dan Aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah". Ayat "naik saksi" tidak sesuai dan yang paling tepat "Aku bersaksi". tetapi tafsiran dalam buku dan waktu azan yang dipaparkan di TV semuanya aku naik saksi. Tetapi aku menyokong pandangan Imam tersebut. Sepatutnya ayat yang paling sesuai adalah aku bersaksi. Apapun janji syahadah kita betul InsyaAllah.


p/s: Suka sangat apabila membaca artikel-artikel pengalaman hidup saudara baru sebelum islam (sebelaum dapat hidayah) dan selepas pengislaman.


Jumaat, 1 Oktober 2010

Dakwah Islam - Aku, Lim dan Islam


Artikel ini aku terbaca di sebuah blog. Elok rasanya untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan muslim yang lain. Aku tak perlu menunding jari kepada orang lain. aku sendiri tidak melaksanakan sunnah nabi ini untuk berdakwah kepada bukan islam. Malah rakan-rakan seislam pun kita segan untuk berdakwah. Jika ada tabligh datang ke rumah, kita akan rasa susah hati tak mahu jumpa dengan mereka. Sedangkan mereka tidak memaksa kita dan mereka hanya menyampaikan suruhan Allah supaya sama-sama mengambil ingatan.


Apa pun sila baca artikel ini sampai habis semoga menimbulkan semangat dan kesedaran untuk kita melaksanakan usaha dakwah islam ini. InsyaAllah aku juga akan cuba menyampaikan dakwah ini dengan cara aku sendiri. mungkin dengan tempelan-tempelan artikel seperti ini dapat menyedarkan kita umat islam betapa pentingnya usaha dakwah dan menunjukkan contoh yang baik kepada orang bukan islam. Jangan pula kita berpelakuan yang boleh mendatangkan fitnah kepada agama. Sama-samalah kita ambil iktibar dan pengajarannya yer.



Aku, Lim dan Islam


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.


kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama.


Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya." He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.


Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.


Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati.


Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..


sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.


Aku ingin berdakwah!Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam!

New Style of Complaint

Kreatif jugak cara ni hehehe. Baru la laju dia orang ambil tindakan. siapa tak hangin kalau beli kereta mahal-mahal tak sampai setahun dah buat hal. Sila baca seterusnya yer (diambil dari email)


http://www.mmail.com.my/content/43347-owner-faces-ceaseless-brake-issues-honda-car-no-resolution
PETALING JAYA: How far will you go to get your car fixed? In these day of light-speed emails, instant messages and cellphones, an irate car-owner decided to adopt an old-school method of seeking redress — by placing stickers all over his problematic car.
And the message on the stickers read: "My Honda Tak Guna" (My Useless Honda).
To make sure he got the full attention of the car manufacturer, this sticker-adorned vehicle was parked outside the Honda Malaysia sales and service office here in Section 13 — much to the amusement of many pedestrians and motorists.
As to why he had resorted to such measures, events executive Jess Ross said his car brakes kept failing despite several repairs.
"Three months after buying the car, the rear brakes started giving way.After having these replaced by Honda, the same problem occurred three months later with the brakes giving way in the middle of the road.
"Luckily, I wasn't hit by another car when it happened."
After sending the 15-month old car to the Honda authorised service centre, Sumber Auto, Ross claimed to have been told the car had its front brake callipers fitted wrongly during the original assembly.
Even after the brake calipers were rectified, Jess' woes continued with the calamitous Honda Accord he bought for about RM140,000.
Three months later, after getting his disc brake pads replaced for the second time, his Honda Accord started juddering again.
This time Honda mentioned the brake discs needed to be skimmed.
"On June 20 , there was a screeching sound from my front wheels and the car started juddering again. This time, I decided enough was enough. The car was towed to the Honda service centre for a fourth check on this particular screeching issue."
Claiming manufacturing defects, Ross said: "My demands are simple, firstly I want Honda to fully rectify the problems on my car and include a manufacturer's guarantee that such defects will not recur.
"Secondly, Honda could replace my car with another guaranteed problem-free unit. If all else fails, I want Honda to buy back the car at the purchase price.
"Honestly, I am still open to negotiations and a win-win situation I feel, is the best for both parties," he said, stressing he has no plans to remove the eye-catching stickers from his car.
A Honda Malaysia representative said the company remained committed to inspecting, servicing and repairing the problematic vehicle.
"The company would like to assure Ross the affected vehicle will be serviced and repaired to his satisfaction." Still unhappy with this response, Ross asked: "Why is it Honda Malaysia can't guarantee their parts, which serve a basic function of braking, to function properly?
"Is it too much to ask for a guarantee for their supposedly original parts which they recommended we use?"