Isnin, 27 Jun 2011

Kekayaan menurut Islam, bersama Dato Dr Fadzilah Kamsah


Dipetik dari email Jutawan Internet Irfan Khairi untuk perkongsian ilmu bersama :) Selamat membaca


Berikut soalan yang saya ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yang saya ingin kongsikan bersama:

IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan. Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana dalam bentuk kekayaaan ini?

DDFK :Ini adalah salah satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama'-ulama' yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah 'umattan wasata' ataupun kita ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap.

Pertengahan itu dikatakan seperti "ala, kalau kita mati nanti pun kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk kubur". Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab sederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernah disebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: "Allah amat kasih akan hambanya yang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yang terbaik ". Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.

Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kita sekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?

Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama'-ulama'dan ulama' mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan seimbang iaitu 'balance'. Ianya juga membawa maksud bahawa kita hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat juga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perlu ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu bukannya seimbang.

Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betul maka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan akan jadi cemerlang dan tidak akan jadi 'jumud' atau terikat dengan tekanan dengan kata-kata, "Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya". Itu adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha.

IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang, pulangannya juga akan jadi cemerlang juga.

So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda dengan berkata-kata "buat apa lah nak kaya-kaya... bukan boleh bawak masuk kubur pun...", anda kini dapat jawapan terus dari, Dato Fadzilah Kamsah lagi

Ahad, 26 Jun 2011

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara

"Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara:


1. Percakapan - Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia.

2. Diam - Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka.

3. Pandangan - Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai.

4. Gerak - Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan penghambaan adalah kosong.

Semoga ALLAH SWT merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai dzikir, diamnya sebagai tafakkur, pandangannya sebagai iktibar, dan geraknya sebagai penghambaan, dan daripada lisan serta tangannya manusia mendapat kesejahteraan."

(Kata-Kata Hikmah Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah)

Ketulan Ais dan Kehidupan :)


Minggu lepas, selepas majlis bacaan yasin di pejabat ada seorang sahabat bercerita tentang Ais dan hubungan dengan kehidupan. Pencairan Ais adalah menisfestasi kepada usia kehidupan kita di dunia ini. Ais makin lama makin mencair dan seterusnya menjadi air. Begitulah kehidupan kita makin lama, usia makin meningkat dan kita makin hampir kepada kematian. Jadi janganlah bermegah sangat dengan kecantikan, Kekayaan, kekuatan dan pangkat yang Allah kurniakan. ianya hanya sementara sahaja dan apabila tiba waktunya, semua perkara tersebut tidak bernilai lagi untuk kita.

Ais walaupun telah mencair dan menjadi Air, ianya masih dapat memberi manfaat kepada kehidupan lain. Oleh itu, kita walaupun telah menjalani kehidupan ini telah lama, maka diharapkan tempoh tersebut dapat menghasilkan sesuatu yang berguna walaupun bukan kepada orang lain sekurang-kurangnya kepada siri sendiri. Alangkah ruginya sepanjang kehidupan kita sehingga detik ini tiada apa-apa sumbangan yang kita boleh berikan kepada orang lain dan diri sendiri. Moga catatan aku ini dapat memberi sesuatu kepada sesiapa yang membacanya. Walaupun tidak memberikan implikasi yang besar sekurang-kurangnya dapat memberikan pengajaran kepada diri aku sendiri.

Masya Allah, walaupun seketul Ais kita boleh mendapatkan banyak pengajaran dan ikhtibar darinya. Hanya kepada mereka yang ingin mengambil ikhtibar sahaja. Dan Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan kepada aku untuk memahami akan kejadian tersebut walaupun pengajaran dari Ais tersebut bukan dari aku. Ingatlah seperti puisi A. Samad Said "Kita adalah tetamu senja. Sampai detik dan ketika akan pergi jua. Diharapkan perkongsian Ilmu yang singkat ini dapat memberi pengajaran dan manfaat kepada anda semua dan khususnya diri aku sendiri. InsyaAllah :)

Isnin, 20 Jun 2011

KITA TETAMU SENJA

Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja

Bila cukup detik kembalilah

Kita kepadaNYA

Kita datang ini kosong tangan dada

Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan

Kenal jalan pulang

Bawalah bakti mesra kepada

Tuhan kepada Insan

Pada tetamu yang datang

Dan lupa jalan pulang

Usahlah derhaka pula

Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat

Atau segera sesat puja darjat

Puja pangkat

Segera kita insaf kita ini punya kiblat

Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat

Hingga mesti merempat ke laut biru

Ke kuning darat

Harus kita lekas sedar penuh pada tugas

Harus kita tegas sembah

Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad

Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Kita datang ini satu roh satu jasad

Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat


~ A. Samad Said ~

Sambutan Hari bapa - Gubahan bunga


Semalam bertempat di Hotel Holiday Villa Subang telah berlangsung pertandingan gubahan bunga sempena hari bapa anjuran Harian Metro. Walaupun tak menang apa-apa sebab bidang2 gubahan ni memang aku fail hehehe dan sememangnya tak mengharapkan kemenangan pun cuma join untuk memeriahkan sambutan hari bapa sambil bawa keluarga jalan-jalan.

Pertandingan memang seronok dan yang lebih seronok dapat bawa balik hasil gubangan bunga kita buat tu. Belum pun pengadil adili gubahan bunga yang aku buat tu, anak sulong aku dah adili dengan berkata "Tak cantik la bunga Papa buat" hehehehe. Aku terima dengan hati terbuka sebab memang tak cantik pun dan aku sememangnya tak pandai langsung. Buat main cucuk jer selagi ada daun dan bunga hehehe. Apa yang penting keseronokan. Masa 30 minit yang diberi dirasakan sekejap sahaja. banyak skill terpaksa dipendamkan disebabkan kehabisan masa (sebenarnya tiada skil pun hehehe).

Terima kasih kepada Harian Metro, walaupun tak menang dapat saguhati pun dah cukup bagus. Rasa terisi hujung minggu semalam. Jadi anda bolehlah jadi pengadil untuk adili samada aku berbakat atau tidak dalam gubahan bunga hehehehe. Apapun kalau berusaha dan diikuti dengan matlamat yang jelas, tiada apa yang mustahil dalam dunia ni. Thanks a Lot

Ahad, 19 Jun 2011

Syukur Alhamdulillah :)


Hari ni telah selesai semua urusan tesis aku yang menyebabkan aku masih sangkut untuk menamatkan pengajian. Jadi dah boleh mula berangan la untuk majlis konvo nanti. Borang konvo pun dah hantar cuma tunggu harinya sahaja. Tapi dengarnya majlis konvo dilewatkan tahun ni sebab bertembung dengan bulan Ramadhan. Jadi lepas raya puasa la nampaknya. Tak kesah la lambat ke cepat yang penting aku dapat habiskan pengajian peringkat Master ni. Tiada yang lebih memberi kepuasan selain dapat menghabiskan pengajian yang betul-betul mencabar minda dan diri ni.

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah selesai semua syarat untuk konvo cam aku ni aku ucapkan selamat berkonvo lah nanti. Kepada rakan-rakan yang masih belum menyiapkan atau menyempurnakan tesis harap anda jagan mudah putus asa. Setelah hampir dua tahun berhempas pulas nak menghabiskan pengajian, takkan tinggal bab tesis ni kalian nak tarik diri. rugi ooooo. terus mencuba dan jagan berputus asa. Kenangan indah bersama kalian selama tempoh pengajian akan tersemat kukuh di ingatan ini.

Seterusnya selepas sesi pengajian ni, aku ingin berehat seketika dan beri masa kepada anak-anak pula. anak-anak dah makin membesar dan makin bertambah. jadi tumpuan perlu diberikan lebih kepada mereka agar mereka tidak rasa terabai. Amanah Allah tu jangan dipersia-siakan. Kejayaan perlu dikejar tapi amanah jangan diabaikan.

Alhamdulillah dapat juga aku habiskan pengajian ini berkat sokongan dan dorongan dari keluarga dan rakan-rakan semua. Walaupun ada kadang-kadang perkara-perkara negetif yang melemahkan semangat ini. Tapi semua aku telah samada positif atau negetif. Yang baik aku jadikan teladan dan yang tak baik aku jadikan sempadan. Tak semua orang berpikiran seperti kita. Jadi pengajaranya jangan mudah melatah atau putus asa apabila orang-orang disekeliling kita tidak sehaluan.

Apapun yang sebenarnya kesungguhan aku untuk belajar ni timbul apabila mengenangkan kembali susah payah mak aku untuk menyekolahkan aku masa kanak-kanak dahulu. Maklumlah anak lelaki kampung. Tiada yang menyeronokkan di sekolah selain dari bermain-main di rumah. Tapi mak memang tak mengenal erti jemu untuk memastikan aku belajar. jadi sampai sekarang bila terkenangkan usaha beliau, ianya menjadikan satu semangat dan pendorong untuk aku terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Terima kasih mak. Jasamu akan ku kenang hingga akhir hayat.

Pengertian Matlamat dalam Kehidupan :)


Dipetik dari email Irfan Khairi.....

Matlamat ni, kita bayangkan seperti kita sedang mendayung sampan di tengah lautan. Di mana, kita boleh lihat satu pulau yang berhampiran. Kita dayung dengan kuat untuk menghala ke pulau tersebut. Dayung memang kuat, maklumlah, kita sorang-sorang je mendayung.


Tiba-tiba, datang ombak... menolak sampan kita ke arah lain. kita lawan ombak tersebut dengan menambahkan lagi kekuatan mendayung. Tetapi, ombak menolak lagi... lagi kuat kita dayung ke arah pulau itu, makin kuat pula ombak menolak kita ke arah lain...

Sampai satu tahap, kita give up... and kata... alamak, susahnya nak capai pulau yang tu... takpe lah. kita ikut je ombak ni dan cuba cari pulau lain pula yang lebih mudah.

Tanpa mengetahui bahawa, nanti ke arah pulau yang baru, pastinya ada juga ombak yang akan menghalang dan membawa kita ke arah yang lain.... dan lain... dan lain...

Habzul, memang ini sering terjadi. Matlamat yang kita lihat sememangnya jelas. Saya percaya anda yang membaca, anda mempunyai matlamat hidup dan kewangan yang jelas. Tetapi, akibat "ombak" yang sering menganggu kita dalam mencapai matlamat tersebut, sering kali, kita terbawa kearah yang lain... sehingga tak tercapai satu pun matlamat kita yang boleh dibanggakan.

Rabu, 15 Jun 2011

Penghargaan :)

Penghargaan ini ditujukan khas kepada semua kerana pemberian dan jasa kalian aku berada di mana aku berada pada hari ini.

1. Allah S.W.T - Kerana memberi aku kesempatan untuk hidup dibumi ciptaanMU, memberiku nikmat Iman dan Islam. Mengurniakanku kehidupan yang bermakna sehingga ke hari ini. tanpa izinMU tidaklah dapatku berada di Bumi ciptaanMU. Banyak perkara yang harus ku ucapkan namun diruang terbatas ini, itulah sebaik-baik penghargaanku kepada MU yang Allah.

2. Rasulullah S.A.W - Aku bertuah kerana dihidupkan di dunia ini dengan menjadi umatmu. Panduan yang kau tinggalkan amat bermakna buat ku dalam menyelusuri kehidupan ini.

3. Ibu dan Ayah - kerana melahirkan aku, menjaga aku sejak dari kecil hingga dewasa, memdidik aku agar menjadi org yang berjaya di dunia dan Akhirat. Tanpa jasa kalian dan Izin Allah aku tidak akan berada di sini seperti sekarang. Jasa kalian tidak mampu ku balas.

4. Isteri - Kaulah rakan, kaulah kekuatan, kaulah peneman dikala susah dan senang, kaulah motivator bila ku dalam kesedihan dan keliru, kaulah penghibur dikala berduka. Thanks to Allah kerana pertemukan aku dengannya. Semoga hubungan ini akan berkekalan bukan sahaja di dunia namun juga hingga ke akhirat.

5. Anak-anak - kaulah tempat ku bertemu ketenangan. Hidup menjadi lebih bermakna dan ceria dengan hilau tawa kalian. Tak dapat ku bayangkan jika sehari ketiadaan kalian. InsyaAllah amanah Allah akan ku laksanakan sebaik mungkin.

6. Guru-guru - Kerana tanpa jemu mencurah ilmu dan mendidik supaya aku menjadi manusia berguna dunia dan akhirat. Semoga jasa kalian mendapat ganjaran pahala dari Allah.

7. Rakan - Tanpa jemu menjadi rakan yang baik dan setia kepada aku. Memori indah yang tercipta akan kubawa hingga hujung usia. Semoga kita sama-sama mengharungi kehidupan ini dengan tabah dan berjaya.

Bak kata pakar motivasi : Semoga kita lebih kaya dan berjaya (Dunia dan Akhirat)...InsyaAllah

Luahan Perasaan :)

Acap kali kita terbaca di wall FB kita ayat-ayat luahan perasaan dari rakan-rakan kita kan. Kebanyakan luahan tersebut adalah berkaitan ketidakpuasan hati dalam pelbagai isu. Adakah dengan luahan itu dapat memberi ketenangan kepada seseorang. Kadang-kadang luahan tersebut hanya sekadar isu yang kecil dan remeh temeh. Pandangan aku yang tak seberapa ni luahan begitu tidak banyak membantu. kalau ada kawan yang boleh beri nasihat yang berguna ok juga tapi kebanyakannya ramai yang komen seperti mencurah minyak di dalam api. Bukan dapat menyelesaikan masalah tapi lebih kepada memburukkan keadaan lagi.

Pada aku dari kita mencoretkan luahan masalah atau perasaan yang kadang-kadang tidak sepatutnya dijadikan isu, elok kita coretkan kata-kata semangat atau ingatan ataupun motivasi untuk tatapan rakan bersama. Walaupun dengan cara itu, implikasinya tidaklah sebesar mana, namun sekurang-kurangnya akan ada yang akan ambil pengajaran dari coretan kita. Oleh itu, mulai hari ini akan aku coretkan perkara yang indah-indah atau yang dapat memotivasikan rakan-rakan (iklan produk jualan tak leh tinggal) pada wall FB aku.

Ingatlah bak kata bijak pandai "Attitude is a little thing that makes a big difference"

Rabu, 8 Jun 2011

Ujian Allah hanya Allah sahaja yang tahu :)

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.

Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.

Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.