Ahad, 26 September 2010

Berita Sedih :(

Petang semalam dapat panggilan dari kak long kata kaki mak keluar banyak darah. Luka pada kaki mak masih belum sembuh dan makin teruk. Tu pun mak tak telefon bagitau aku. Dia hanya bagitau kak long. aku tau dia tak nak call aku sebab tak nak susahkan dan risaukan aku. Tengoklah hati seorang ibu, walaupun sakit tetap tak nak susahkan anak dia. Aku paham benar mak aku nih. Petang tu juga aku call kat kampung bertanyakan khabar.

Mak bagitau ibu jari kaki yang luka tu keluar darah masa dia berjalan. dia panik sebab darah keluar banyak dan berketul-ketul. aku minta dia pergi klinik supaya dapatkan rawatan dan kos aku akan tanggung. Masa aku tanya kenapa sampai boleh keluar darah, mak cerita sambil nangis. Dia kata sakit sangat badan sehari dua ni. sakit bahagian dalam. aku tak boleh nak teruskan perbualan sebab mak cakap dalam nada menangis dan aku tak boleh dengar suara mak menangis sebab aku akan sebak juga. cepat-cepat aku tamatkan perbualan dan minta mak pergi klinik untuk rawatan.

Lepas perbualan tu teringat masa aku kecil-kecil dulu. kalau aku yang sakit mak la orang yang paling susah hati. aku ingat lagi waktu tu dah hampir maghrib. perut aku sakit dan waktu tu ayah aku tiada kat rumah kerana dia berulang seminggu sekali balik rumah dari tempat kerja. Punya la mak susah hati tengok anak dia ni menahan sakit sampai cari jiran yang ada kenderaan untuk dibawakan ke klinik. Waktu tu keluarga aku susah dan kenderaan tak ada. ada moto sebiji pun ayah bawak pergi kerja. Banyak peristiwa-peristiwa yang masih anak mak ni ingat. sebab itu aku tak boleh dengar kalau mak sakit. Rasa time tu juga nak balik kampung nak tengok mak. sebab tu la walau teruk mana sakit mak pasti dia tak maklumkan terus pada aku.

Mak, Anak mak ni doakan "Ya Allah, Ampunilah Dosa kedua ibupabaku,KAU kasihanilah kedua ibubapa ku sepertimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil lagi. Ya Allah, KAU Sembuhkanlah penyakit yang dideritai oleh ibuku ya Allah kerana KAUlah yang maha penyembuh. KAU ketemukanlah penawar kepada penyakit ibuku ini. Ya Allah, tabahkanlah hati ibuku dalam menempuh ujian MU ini ya Allah. Kuatkanlah semangatnya ya Allah ya Rabbal a'lamin" amin......Harap mak cepat sembuh :). Mohon doa dari rakan-rakan semua supaya mak aku cepat sembuh

Tiada ulasan: