Ahad, 28 Februari 2010

kejayaan akan berkembang jika kita memilih untuk jadikannya berkembang

(Petikan dari blog http://www.imotivasi.com/ .....elok untuk dikongsi bersama)
Selama mana kita ingat matlamat yang kita nak capai, selagi itu kita tetap akan bersemangat.Kebanyakan orang give up dan berhenti berusaha sebab fokus mereka teralih kepada permasalahan, cabaran dan kesusahan yang dirasai ketika dalam proses nak mencapai matlamat.

Elakkan diri dari menjadi sebahagian daripada mereka. Dreams are made to be achieved. Stars are made to be reached. Impian akan terlaksana jika ada gabungan usaha, doa dan tawakkal. Masalahnya, walaupun jutaan orang dah tahu tu semua, tapi cuma sedikit yang mampu bertindak melaksanakannya.
Permasalahan dan kesusahan sifatnya sementara. Begitu juga kejayaan. Kejayaan akan jadi kekal, berkembang lalu terus berkembang apabila kita memilih untuk menjadikannya sedemikian. Kejayaan akan jadi sementara jika kita menjadikannya sementara – iaitu dengan berpuas hati dengan kejayaan sedia ada pastu tak nak mencapai kejayaan-kejayaan seterusnya.

Permasalahan dan kesusahan akan jadi berkembang lalu terus berkembang apabila kita memilih untuk menjadikannya berkembang. Permasalahan akan jadi berkembang apabila kita biarkan minda kita terfokus ke arah permasalahan.

Tiap kali Anda berdepan kesusahan, ingat balik matlamat-matlamat yang Anda capai supaya dengan itu fokus minda Anda tak lari kepada permasalahan. Minda kita jadi lebih efektif apabila:
1. Kita set berbagai matlamat dalam proses mencapai kejayaan hidup
2. Kita fokuskan fikiran ke arah usaha untuk matlamat-matlamat tu, bukan kepada masalah-masalah yang menghalang kita.

Rabu, 24 Februari 2010

Kembara ke Cameron Highlands 31/01/2001

Kali ni aku kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil semasa kembara ke Cameron highlands. Aku panggil kembara dan bukannya percutian sebab aku hanyapergi balik hari dan tak bermalam kat sana. Perjalanan pegi ikut exit tapah. Jalan dia memang mencabar gila dan hampir-hampir aku nak pitam sebab selekoh banyak sangat dan selekoh dia mmg kalah la litar sepang huhuhuhuhu.

Sepanjang perjalanan memang best dapat lihat suasana alam dan santai jer rasanya. sampai kat pusat banda cameron dah hampir tengahari. gambar di bawah ni adalah diambil semasa henti rehat disalah sebuat hentian rehat dalam perjalanan ke cameroh highlands


Gambar di bawah ni adalah gambar semasa perjalanan balik. muka semua keletihan dan ada sedikit cerianya huhu. yang betul-betul penat aku la sebab aku yang drive pergi dan balik. Balik ikut jalan ke simpang pulai. jalan ni ok la dari jalan masa datang tadi. jalan ni dah lebar dan selekoh tak la merbahaya sangat.

Muka kepenatan dan kelaparan sikit huhuhu. semasa di hentian rehat mana ntah aku lupa dah gambar ni di ambil.



Gambar di bawah ni diambil semasa perjalanan balik. walaupun waktu tu dah hampir 4 petang...kabus masih tebal. kabus ni akhirnya menutupi jalan dan suasana ni memang menyamankan apabila melihat pergerakan kabus menutupi sesuatu bahagian dengan perlahan2.


ni gambar anak da wife aku semasa dalam kereta nak menghala balik ke KL. Sampai KL dah malam sebab sangkut kat trafik jem sambutan perayaan taipusam.

Esoknya cuti umum lagi. jadi apa lagi tidur sampai petang la huhuhuhu penat ooo tapi seronok dapat jalan-jalan dengan anak-anak.

Khamis, 11 Februari 2010

Kembara ke Genting Highlands (30/01/2010)

Percutian yang tak dirancang. Selepas sarapan pagi di kedai mamak di Tmn Sri Gombak, baru terpikir nak keluar berjalan-jalan memandangkan KL cuti panjang selama 3 hari. balik rumah pun boring elok bawa anak-anak pergi jalan. Destinasi yang dipilih adalah Genting Highlands memandangkan aku tak pernah lagi sampai kat sana walaupun jarak rumah aku ke genting ni hanya 30 minit sahaja.
Perjalanan memang menyeronokkan dan memenatkan sikit tapi seronok lagi banyak dari penat huhuhuhu. Apa pun yang penting anak-anak gembira selepas lama aku tak bawak dia orang pergi jalan-jalan. bermula bulan 3 ni start sem baru jadi masa aku dengan anak-anak kurang lah sikit. nak keluar berjalan-jalan time tu pun memang tak seronok bila pikir assigment dan test. masa cuti cam ni la best bawak family pergi jalan-jalan. apa pun memang seronok :D (Sila klik pada gambar untuk lihat gambar lebih besar)