Rabu, 23 Februari 2011

SIAPAKAH KITA???????


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? (** mungkin aku disini)
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg tidak mendermakan sebahagian hartanya kepada fakir yg miskin ataupun anak-anak yatim...


Anda sudah nilai siapa diri anda???tepuk dada,tanya iman...

Renang-renungkan dan selamat beramal

Ahad, 13 Februari 2011

Cabaran Terakhir

Assalamualaikum.....

Lama sungguh tak update blog ni. Maklumlah sejak akhir-akhir ni busy sikit sampai kerja kat pejabat tunggang langgang. hari ni baru nak susun strategi balik untuk pastikan kerja-kerja yang tertangguh dapat disiapkan semula. Pastikan fokus aku pada kerja tidak terganggu lagi. hari ni baru ada kesempatan untuk update blog ni.

Alhamdulillah semalam aku telah melepasi cabaran terakhir pengajian peringkat master. walau apa pun keputusan yang pemeriksa dan penyelia nak bagi aku tak kesah janji sesi tersebut aku lepas dengan sempurna tanpa sangkut kat mana-mana. Setelah berhempas pulas nak menyiapkan final projek dan kadang-kadang timbul juga perasaan nak menyerah kalah, akhirnya cabaran itu aku lalui juga tanpa sebarang masalah. Mungkin cabaran tidak selesai sepenuhnya kerana selepas pembentangan ini, draf thesis perlu diserahkan. Namun pada aku itu dianggap selesai kerana aku telah siapkan draf sebelum pembentangan lagi.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan seperjuangan yang tak putus-putus memberi sokongan dan tunjuk ajar sepanjang pengajian. Pengalaman berkawan dengan korang akan ku bawa sehingga hujung nyawa. jika Allah masih memberi kekuatan ingatan kepada aku. Selama dua tahun dirasakan sekejap sahaja. Namun peritnya nak habiskan pengajian ini boleh tahan juga. InsyaAllah jika diberi peluang aku akan pertingkatkan lagi tahap akademik cuma mungkin melalui pengajian sepenuh masa. pengajian separuh masa ni memang memenatkan dan memerlukan pengorbanan yang lebih. pengorbanan bersama anak-anak, pengorbanan cuti dan banyak lagi pengorbanan. tapi selepas semua itu nikmatnya hanya yang melaluinya sahaja yang tahu.

Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada Isteri dan anak-anak tersayang kerana tidak putus-putus memberi galakan dan sokongan.

Dikesempatan ini juga aku ingin memohon maaf jika sepanjang perkenalan dengan kalian (ditujukan khas kepada rakan-rakan sekelas) ada tersalah silap perbuatan, terlebih tutur bicara hingga menyinggung perasaan atau apa-apa kesalahan yang tanpa sedar atau sedar. Semoga kita dipertemukan di lain masa dengan izin Allah. biasalah adat pertemuan mesti ada perpisahan. moga kalian semua beroleh impian yang dicita-citakan dan sentiasa mendapat reda Allah dalam setiap aktiviti kehidupan. Amin.....................