Khamis, 2 Disember 2010

Harta :)


Alhamdulillah kuliah pagi ini yang disampaikan di pejabat menarik minat aku untuk mendengar dan menghayatinya. walaupun kuliahnya ringkas namun padat dengan info yang perlu dihayati dan direnungkan bersama.Topik yang disampaikan kali ini adalah berkenaan dengan harta. Saya pasti ramai antara kita memasang angan-angan untuk mengumpul harta sebanyak mungkin. Termasuklah saya walaupun Nabi kita pernah berpesan yang maksudnya lebih kurang " Aku tidak takut umat ku diuji dengan kesusahan, namun yang paling aku takuti adalah umatku diuji dengan kekayaan." eloklah kita renungkan bersama hadis tersebut (Petikan hadis sebetulnya sila semak kitab ok).

berbalik kepada topik kuliah tadi, ustaz yang menyampaikan kuliah tu menyatakan terdapat 3 jenis harta yang semua orang inginkan didunia ini namun hanya harta yang ke 3 sahaja harta yang sebenar-benarnya bagi manusia di sisi-NYA. Harta-harta tersebut adalah :

1. Harta yang akan rosak. bermaksud harta yang akan rosak apabila kita gunakannya. contohnya makanan yang kita makan. semua orang menginginkan makanan namun setelah dimakan ianya akan menjadi najis dan tiada siapa lagi berbangga dengan najis tersebut.

2. Harta yang akan buruk. bermaksud harta yang akan buruk apabila telah digunakan. seperti kenderaan, pakaian dan lain-lain. kenderaan semasa baru sahaja kita berbangga dan apabila telah lama digunakan dan rosak kita tidak akan berbangga lagi dengan harta tersebut.

3. Harta yang kekal. bermaksud harta yang akan kekal walaupun kita telah tiada di dunia ini. inilah harta sebenar-benarnya bagi manusia di sisiNYA. Harta ini adalah sedekah jariah kita. walaupun ianya telah berpindah tangan kepada pihak lain namun pahalanya akan kekal sampai ke kita.

Jika diperhatikan harta pertama dan kedualah yang banyak kita kejar dalam hidup inikan. Aku la tu dan orang lain tak tau lah. yang sebenarnya harta yang ke tiga lah yang paling banyak manfaatnya selepas ketiadaan kita di dunia ini. Selain dari harta-harta itu ada lagi yang tidak disampaikan oleh ustaz tersebut mungkin disebabkan kekangan masa. Harta tersebut adalah ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh. ini juga harta yang perlu kita miliki untuk menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Setelah bergelar bapa ni baru aku terpikir akan perlunya anak-anak yang soleh untuk keperluan kita di akhirat kelak.
InsyaAllah semoga Allah bantu dan beri kekuatan kepada aku untuk mendidik anak-anak aku menjadi insan yang sempurna dan soleh sepertimana DIA sempurnakan kejadian anak aku itu. semoga tempelan artikel ini dapat dijadikan renungan dan panduan kita bersama. Yang elok dan sempurna datangnya dari ALLAh dan yang salah dan silap tu datangnya dari kelemahan diriku sendiri.

Tiada ulasan: