Ahad, 23 Januari 2011

Runtin setiap pagi bekerja

Lama betul tak menulis kat blog ni. maklumlah sibuk dengan exam dan kesihatan pun terganggu sejak akhir-akhir ni. Ada kesempatan sebelum pergi lunch aku nk menulis la sikit kat blog. sekarang ni tekanan pun dah menurun sikit sebab semua exam dah lepas yang tinggal hanya pembentangan dan penyerahan thesis projek akhir jer lagi. Harap-harap aku diberi kekuatanlah untuk melengkapkan semua tu. Sebelum ni tekanan cukup hebat sampai hampir-hampir putus asa. tapi dengan bantuan dan sokongan kawan-kawan seperjuangan, usaha diteruskan juga.


Pagi tadi wife aku sempat ambil gambar dalam LTR masa nak datang pejabat. saja nak ambil untuk kenangan. beginilah rutin harian bekerja. kalau dulu hanya bertiga, sekarang ini dah berempat. maklumlah keluarga makin membesar. nak bawak kereta terus ke pejabat tak larat dengan jem dan kos parking dan petrol yang melampau. baik parking kereta kat LRT dan naik LRT jer datang pejabat. cuma penat nak kawal budak-budak jer la. Apa pun tak la stress sangat seperti stress dalam jem.
Satu lagi cabaran yang perlu aku tempuhi untuk lengkapkan pengajian peringkat sarjana ni. Projek akhir yang menjadi ketakutan semua pelajar (kecuali sesiapa yang dah siap la). aku ni masih sangkut pada bab 3 lagi. banyaknya nak kena buat. kalau buat ala kadar kan nanti pemeriksa kata tak cukup naya aku kena tangguh sem. tak larat aku nak tunggu satu sem lagi untuk habiskan pengajian sarjana ni. Doakan aku semoga dapat habiskan pengajian sarjana ini.
"Sharing Is Caring"

Selasa, 11 Januari 2011

Setelah bersusah akhirnya gembira

Alhamdulillah syukur peperiksaan akhir satu subjek dah lepas. Walaupun ada part yang tak boleh jawab tapi secara keseluruhan aku berpuas hati dengan jawapan yang aku mampu buat. Salah ke betul tu biar pensyarah yang tentukan. Harap-harap tak gagal la subjek ni.

Tapi sebelum peperiksaan tu banyak cabaran yang aku kena tempuhi dan kadang-kadang mampu membinasakan tahap kesabaran aku. Tapi setelah peperiksaan akhir tu aku dah boleh terima hakikat bahawa cabaran dan halangan tu adalah penyeri pengalaman hidup kita.

pada selasa 4/1/2011 kereta aku kena clamp di UKM sebab parking kat kawasan kakitangan UKM. Dalam banyak-banyak kenderaan yang parking kat situ kereta aku juga yang dia pilih. dah la tak der papan tanda mengatakan dilarang parking untuk pelajar. bila aku persoal kat pengawal keselamatan baru nak bagi buku panduan UKM. Melayang duit aku seratus untuk nak buka clamp tu balik sebab saman tetunggak kena jelaskan dulu. Nasib baik member yang study sama tak balik lagi. Kalau tidak aku kena jalan kaki ke pejabat pengawal keselamatan yang terletak agak jauh juga la. Thanks kepada kawan aku tu. Jasa anda akan dikenang.

Pada keesokannya kereta pula buat hal. Lamp mulfunction menyala dan perlu dihantar ke pusat service. Kereta tak boleh dibaiki terus sebab kena buat appoiment dulu. terpaksa la buat appoiment pada hari Isnin depan. Nasib baik sikit jer rosaknya. Kereta dalam jaminan jadi tak kena kos la baikinya. Alhamdulillah sebab tengah-tengah kering nih hehehehe.

Sekarang nih aku rasa bersemangat balik untuk meneruskan perjuangan pada 2 cabaran lagi. Satu peperiksanaan akhir dan VIVA final projek. Kena fokus betul-betul kepada final projek sebab ni penentu boleh bergraduasi atau tidak aku sem nih. Berikanlah aku kekuatan ya Allah.

Sekarang ni tengah demam sebab kejutan dengan aktiviti bersenam. Maklumlah sebulan sekali bersenam dan terus bersenam yang berat-berat. Badan menerima kejutanlah. InsyaAllah aku akan dapat sembut dalam masa terdekat. Doakan aku supaya dapat menempuhi segala cabaran nih dan dapat bergraduasi dalam tahun ni juga. Doa kalian amatlah diharapkan.

"Sharing Is Caring"