Ahad, 26 Disember 2010

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

(Diambil dari email rakan-rakan. elok untuk direnung dan dinilaikan)

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untukmemasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............

Rabu, 22 Disember 2010

5 tip motivasi Tahun Baru dari Irfan Khairi :)

Disertakan artikel motivasi dari Mentor jutawan aku En Irfan khairi. Elok sama-sama renungkan dan amalkan apa yang diperkatakan oleh Irfan khairi ni. Aku sendiri pun masih banyak matlamat yang belum tercapai. Mungkin juga terlalu besar atau jangka masa yang diperlukan lama. matlamat pertama untuk dapatkan master mungkin perlu dibawa ke tahun hadapan sebab jangka masa taman pengajian tahun hadapan. begitu juga matlamat nak kurangkan hutang ianya juga memerlukan tempoh masa tertentu.

Tapi walaubagaimana pun dengan adanya matlamat ini sekurang-kurangnya kita berusaha ke arah apa matlamat kita. Jika kita berangan sahaja tanpa tindakan untuk melakukan apa yg kita angankan, ianya perkara yang sia-sia sahaja. Jadi bermula sekarang aku nak senaraikan matlamat aku beserta anggaran waktu yang diperlukan. walaupun ianya nampak terlalu jauh untuk dicapai sekurang-kurangnya aku dah mula langkah pertama. Anda tunggu apa lagi.

################################################################
5 tip motivasi Tahun Baru

Sekiranya kita telah berusaha, tetapi matlamat kita tak tercapai juga, hanya 2 perkara penyebabnya- sama ada matlamat kita terlalu besar, atau jangka masa kita berikan terlalu singkat. Oleh itu, kecilkan sedikit matlamat atau panjangkan sedikit jangkamasa untuk pulihkan masalah ini tahun hadapan!

ada berbagai2 kategori matlamat iaitu keluarga, peribadi, fizikal, kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri, karier, kewangan, material dan spiritual. Anda perlu ada matlamat untuk setiap kategori. silapnya, ramai orang hanya mempunyai matlamat dlm 1 kategori sahaja- iaitu kewangan! Tahun 2011, pastikan anda punyai matlamat dlm setiap kategori di atas ;)

SEMUA orang mempunyai perasaan 'takut' kepada kegagalan. mereka yang berjaya juga punyai perasaan 'takut gagal'- saya pun ada ;). apa yang membezakan adalah, mereka yang berjaya walaupun punyai perasaan 'takut gagal', tetapi tetap lakukan juga

fikir kan waktu2 yang pernah kita "in the zone", mungkin satu ketika dulu kita berjaya dalam sesuatu, atau capai sesuatu yang membanggakan, atau capai salah satu matlamat besar kita. gunakan waktu tersebut sebagai satu trigger/picu untuk capai kejayaan yang baru akan datang. always letakkan fikiran kita "in the zone"!

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. nak berdaya, memang susah. tetapi, untuk berDALIH, memang MUDAH. orang yang berjaya akan melakukan perkara-perkara yang susah. orang yang tak berjaya akan pilih yang mudah. so, kita pilih yang susah ok?

Ahad, 19 Disember 2010

ketahui sama ada anda mampu menjadi seorang USAHAWAN|!!!

(Petikan dari email Irfan Khairi untuk dikongsi bersama)

Adakah dalam list anda yang anda terfikir untuk manjalankan PERNIAGAAN?!

Sekiranya jawapan anda 'Ya', anda berada di landasan yang tepat. Banyak yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan ini. Untuk berjaya dalam perniagaan, kita perlukan tanggunjawab keinginan dan kemahuan yang tinggi.

Langkah yang pertama, periksa hati anda. Adakah anda dah bersedia untuk memulakan perniagaan ini? Dan bukannya atas idea, arahan atau paksaan dari orang lain. Pastikan ianya mestilah dari hati sendiri.

Tiga persoalan yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan kecil-kecilan:

Adakah anda ingin menjalankan perniagaan ini sendiri?
Membuat semua keputusan dan bertanggungjawab sepenuhnya atas perniagaan anda

Adakah anda sanggup bekerja keras dan berkorban untuk segala keperluan diawal perniagaan ini?

Adakah anda mempunyai keyakinan diri dan displin diri?
Dimana ia akan membuat anda bersungguh-sungguh dalam membina perniagaan sehingga berjaya.

Sekiranya anda menjawab 'TIDAK' pada semua soalan diatas, ini bermakna anda belum bersedia untuk membuat atau memulakan perniagaan.
Dan sekiranya anda memberi jawapan yang positif pada soalan-soalan tersebut, ini bermakna anda telah bersedia untuk berfikir dengan serius bagi memulakan perniagaan.


Ada beberapa sifat dan sikap yang membuat seseorang itu sesuai untuk menjalankan perniagaan ini yang berjaya berbanding dengan orang lain;

Ketekunan, kegigihan dan ketabahan yang ada pada diri kita
Keinginan yang kuat
Kemahuan untuk mengambil inisiatif
Bersifat bersaingan
Percaya pada diri sendiri
Kekuatan yang kuat untuk berjaya
Keyakinan diri
Kesihatan yang baik

Ikutilah nasihat yang diberikan oleh Warren Buffet, DUIT bukan segala-galanya. Untuk mendapat KEKAYAAN adalah hasil daripada kepercayaan pada DIRI SENDIRI dan cipta kejayaan.

DUIT diperlukan, bukan yang UTAMA dan jika meletakkan DUIT pada tempat yang pertama kita akan dibelenggu oleh masalah. Berikut adalah pesanan daripada Warren Buffet (orang ketiga terkaya di dunia) ;


Stay away from credit cards and bank loans and invest in yourself. REMEMBER:

1: Money does not create man BUT it is the man who create money
2.: Live your life as simple as you are
3: Don't do what other people say, just listen to them, but do what you feel good.

-Warren Buffet

Sabtu, 18 Disember 2010

Hari Inovasi MIS 2010 (14/12/2010)

Agak terlewat sikit nk upload gambar-gambar sekitar majlis Inovasi MIS2010. Gambar ni tak mewakili semua majlis tu. hanya yang ada gambar saya jer yang dimasukkan. terdapat Kelainan bagi saya majlis Inovasi kali ni berbanding tahun-tahun sudah. Kalau tahun-tahun sebelum ni saya hanya terlibat sebagai peserta biasa sahaja, namun pada tahun ini saya diberikan satu tugasan yang agak mencabar juga hehehe. dapat jer senarai nama AJK yang bertugas pada inovasi 2010 saya dah panik heehehe. mana tak nya saya ditugaskan mengetuai bacaan Ikrar Inovasi MARA didepan.


Gambar diatas tu gambar tengah baca Ikrar. Memang gementar gila tapi dapat kawal keadaan hehehehe. Kawan-kawan semuanya nak malu apa. Thanks pada pengikut-pengikut bacaan ikrar saya yang bersemangat melafaz ikrar. Harap jangan baca sahaja yer. Sila zahirkan dalam kerja harian kita :)

Aktiviti yang utama dalam hari inovasi tu adalah Ceramah dari penceramah jemputan. kecermelangan diri. Bermula dari mana? Topik yang dibincangkan sangat menarik dengan penyampaian oleh ustaz jemputan yang sangat menarik. Ada la sedikit sebanyak ilmu yang boleh diambil dari ceramah beliau. Tempelan ini bukan untuk menceritakan intipati ceramah beliau.
Selepas selesai ceramah, diadakan satu sesi Fishermen. aktiviti ni nak menyegarkan kembali peserta-peserta yang mengantuk lepas dengar ceramah hehehe. bagus juga pendekatan dia orang ni. Tak la bosan sangat mengikuti sepanjang sesi. Perrmainan ni kita ikat silang tangan kita dengan tangan partner dan siapa cepat dapat keluar dari ikatan diumumkan pemenang. Saya dah berjaya keluar cuma masa berjaya buat tu pengadil tak tengok. bila suruh buat semula dah lupa step la pula. Jadi kemenangan adalah milik orang lain hehehe :(
Antara koleksi hadiah yang akan diberi kepada semua peserta. Dan yang paling menarik hari inovasi ini pada saya iailah, saya dianugerahkan STAF BERKETERAMPILAN DAN BERPAKAIAN KEMAS. namun takda gambar nak tunjuk sebab saya masih tak dapat lagi gambar tu. bila dapat saya akan kemaskini kat sini. selama berkhidmat ni dua kali saya dapat anugerah ni. satu pada tahun 2005 hehehe. Aper pun thanks kepada panel penilai. Tapi aku rasa ramai lagi yang boleh dikategorikan sebagai staf berketerampilan dan berpakaian kemas, mungkin mereka tak tercalon. Moga aku lebih berinovasi dan kreatif pada tahun-tahun mendatang


Gambar semasa menerima anugerah staf berketerampilan 2005. Rambut masih hitam lagi hehehehe



Isnin, 13 Disember 2010

Good Night 01:35 am :)

Sebelum nak pejam mata ni rasa nak menulis la sikit. Baru selesai study untuk exam sabtu ni. buat satu soalan pun tak habis. susah betul la prof ni buat soalan. harap boleh buat la sabtu ni. tertekan betul rasa sekarang ni. celik mata jer kepala tak ada pikir benda lain. Exam+Assigment+Final Projek. Berilah aku kekuatan ya Allah untuk hadapi semua ni. tak lama lagi mungkin dalam sebulan jer lagi. Tak sabar nak tunggu tarikh tersebut. Pengajian kali ini memang memenatkan. biasa la cabaran dalam hidupkan. kalau hidup selalu mendatar jer dan tiada cabaran tak best jugakan.

Kepada kawan-kawan seperjuangan harap semangat korang pun kuat juga lah yer. InsyaAllah kita akan melepasi semua cabaran ni. Bantuan dan sokongan korang amatlah diharapkan dan dihargai. Sekejap jer rasa 2 tahun pengajian. sedar-sedar dah nak sampai penghujung dah. Adab kehidupankan. Pertemuan dan perpisahan silih berganti.

Oklah nak kemas-kemas buku dan notebook ni. Aqilah setia menanti disebelah bapa dia ni. Suruh masuk tidur dulu tak nak...nak juga teman bapa dia study. tengok dia dah tertidor mengantuk sangat kot. InsyaAllah semoga kejayaan milik kita.

Ahad, 12 Disember 2010

lesson for today :)

Hanya nak berkongsi pengajaran yang saya dapat hari ni. Mungkin bagi sesetengah orang perkara ini biasa tapi bagi saya ianya luar biasa. Hari ini ada janji nak hantar barang kat client di bangi. Dari malam lagi dah rancang macam mana nak berada di bangi pukul 11pagi sebab janji pukul 11pagi. MasyaAllah tanpa sedar bagun pagi tadi aku terpikir, jika janji kita dengan manusia yang kita ada kepentingan kita akan cuba tepati masanya. Tapi jika janji kita dengan Allah 5 kali sehari kita tak tepati.

Saya terpikir begitu sebab saya terbabas bangun subuh tadi. Bangun pagi tadi sedar-sedar dah pukul 7. Penat sangat dari pagi semalam sampai malam sibuk dengan kelas dan Lab yang perlu disiapkan. sampai rumah dah pukul 11 lebih. Sebab penat sangat tidur sampai terbabas hehehe. Tu lah pengajaranya. Janji dengan Allah saya lengah-lengahkan. Tapi jika janji dengan manusia kita pastikan kita akan berada tempat yang dijanjikan tepat pada masanya. InsyaAllah saya akan cuba menepati masa janjitemu dengan Allah. Berikanlah aku kekuatan ya Allah.

Malam ni kawan beritahu seorang cikgu di MRSM Pasir Tumboh meninggal sebab sesak nafas. Cikgu ni saya kenal sebab selalu berurusan semasa kerja di MRSM dahulu. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Gilirannya telah tiba, kita belum tahu bila masanya. Apapun jemputan Allah itu pasti akan berlaku cuma cepat atau lambat jer. Ramai orang yang sama-sama kerja dahulu kini dah menemui penciptaNYA.

Semoga saya dapat menepati janji saya dengan Allah dan tidak melengah-lengahkannya. Bagaimana jika Allah menjemput kita tanpa kita sempat menunaikan janji kita kepadaNYA tepat pada waktunya Sedangkan kita mempunyai cukup masa untuk menunaikannya. Mata dah mengantuk dan anak-anak semua dah tidur. Oklah goodnight. Semoga Allah memberi kita peluang dan marilah menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Rabu, 8 Disember 2010

For the Rest of My Life :)


Ditujukan khas untuk Isteriku....... :)

For the Rest of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

OOOOO

And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

OOOO

And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah

Selasa, 7 Disember 2010

3 Tips Bagaimana Memotivasi Diri Pada Hari Maal Hijrah

Tip motivasi yang diambil dari web http://www.imotivasi.com untuk perkongsian ilmu bersama. Sila layari laman berkenaan untuk mendapatkan artikel berkenaan motivasi supaya kita selalu bermoivasi dalam hidup ini. Happy Reading :)

###################################################################

Tip 1: Lakukan Muhasabah Diri Pada Awal Pagi

Ingat semula kejayaan-kejayaan kecil yang Anda pernah capai 12 bulan lalu sepanjang tahun Hijriah. Tekadlah untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada 12 bulan akan datang dalam tahun baru Hijriah ini. Elak mengingat kegagalan-kegagalan yang Anda pernah lalui sebab akan menurunkan motivasi Anda.

Tip 2: Kaji sikap riak,takbur,ego dan sombong tersembunyi.

Anda tak akan terlepas dari sikap riak, takbur, ego dan sombong terutama apabila Anda sudah mengecapi sesuatu tahap yang lebih baik daripada orang lain di sekeliling Anda. Pada awal Muharram ni, eloklah kiranya Anda gunakan hari itu sebagai hari untuk menggali ego-ego tersembunyi atau sikap riak tersembunyi, terutama apabila di puji. Sikap riak adalah umpan sikap negatif untuk menguasai diri Anda. Ego,riak, temberang, takbur,sombong dan bongkak adalah berpunca dari sikap-sikap negatif.

Tip 3: Pasang tekad jadi insan yang lebih berguna.

Insan yang baik adalah insan yang mendatangkan manfaat pada orang lain, simply sebab dia gembira melihat orang lain jadi bahagia dan merasa bahagia. Ubah mentaliti Anda, ubah diri Anda menjadi orang yang berguna. Walau siapapun Anda, pada Muharram ini, gunakan ia sebagai titik pemula (starting point) untuk melatih diri Anda menjadi insan berguna, lebih berguna dari yang sebelumnya.

Selamat Menyambut Hari Maal Hijrah (Awal Muharram)

Khamis, 2 Disember 2010

Harta :)


Alhamdulillah kuliah pagi ini yang disampaikan di pejabat menarik minat aku untuk mendengar dan menghayatinya. walaupun kuliahnya ringkas namun padat dengan info yang perlu dihayati dan direnungkan bersama.Topik yang disampaikan kali ini adalah berkenaan dengan harta. Saya pasti ramai antara kita memasang angan-angan untuk mengumpul harta sebanyak mungkin. Termasuklah saya walaupun Nabi kita pernah berpesan yang maksudnya lebih kurang " Aku tidak takut umat ku diuji dengan kesusahan, namun yang paling aku takuti adalah umatku diuji dengan kekayaan." eloklah kita renungkan bersama hadis tersebut (Petikan hadis sebetulnya sila semak kitab ok).

berbalik kepada topik kuliah tadi, ustaz yang menyampaikan kuliah tu menyatakan terdapat 3 jenis harta yang semua orang inginkan didunia ini namun hanya harta yang ke 3 sahaja harta yang sebenar-benarnya bagi manusia di sisi-NYA. Harta-harta tersebut adalah :

1. Harta yang akan rosak. bermaksud harta yang akan rosak apabila kita gunakannya. contohnya makanan yang kita makan. semua orang menginginkan makanan namun setelah dimakan ianya akan menjadi najis dan tiada siapa lagi berbangga dengan najis tersebut.

2. Harta yang akan buruk. bermaksud harta yang akan buruk apabila telah digunakan. seperti kenderaan, pakaian dan lain-lain. kenderaan semasa baru sahaja kita berbangga dan apabila telah lama digunakan dan rosak kita tidak akan berbangga lagi dengan harta tersebut.

3. Harta yang kekal. bermaksud harta yang akan kekal walaupun kita telah tiada di dunia ini. inilah harta sebenar-benarnya bagi manusia di sisiNYA. Harta ini adalah sedekah jariah kita. walaupun ianya telah berpindah tangan kepada pihak lain namun pahalanya akan kekal sampai ke kita.

Jika diperhatikan harta pertama dan kedualah yang banyak kita kejar dalam hidup inikan. Aku la tu dan orang lain tak tau lah. yang sebenarnya harta yang ke tiga lah yang paling banyak manfaatnya selepas ketiadaan kita di dunia ini. Selain dari harta-harta itu ada lagi yang tidak disampaikan oleh ustaz tersebut mungkin disebabkan kekangan masa. Harta tersebut adalah ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh. ini juga harta yang perlu kita miliki untuk menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Setelah bergelar bapa ni baru aku terpikir akan perlunya anak-anak yang soleh untuk keperluan kita di akhirat kelak.
InsyaAllah semoga Allah bantu dan beri kekuatan kepada aku untuk mendidik anak-anak aku menjadi insan yang sempurna dan soleh sepertimana DIA sempurnakan kejadian anak aku itu. semoga tempelan artikel ini dapat dijadikan renungan dan panduan kita bersama. Yang elok dan sempurna datangnya dari ALLAh dan yang salah dan silap tu datangnya dari kelemahan diriku sendiri.

Kepada Peminat Mi Segera

Kepada peminat Mi segera, sila berpikir sulu sebelum anda makan Mi Segera. bahaya ooooo. Amalkan gaya hidup sihat hehehehehe