Ahad, 19 Jun 2011

Syukur Alhamdulillah :)


Hari ni telah selesai semua urusan tesis aku yang menyebabkan aku masih sangkut untuk menamatkan pengajian. Jadi dah boleh mula berangan la untuk majlis konvo nanti. Borang konvo pun dah hantar cuma tunggu harinya sahaja. Tapi dengarnya majlis konvo dilewatkan tahun ni sebab bertembung dengan bulan Ramadhan. Jadi lepas raya puasa la nampaknya. Tak kesah la lambat ke cepat yang penting aku dapat habiskan pengajian peringkat Master ni. Tiada yang lebih memberi kepuasan selain dapat menghabiskan pengajian yang betul-betul mencabar minda dan diri ni.

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah selesai semua syarat untuk konvo cam aku ni aku ucapkan selamat berkonvo lah nanti. Kepada rakan-rakan yang masih belum menyiapkan atau menyempurnakan tesis harap anda jagan mudah putus asa. Setelah hampir dua tahun berhempas pulas nak menghabiskan pengajian, takkan tinggal bab tesis ni kalian nak tarik diri. rugi ooooo. terus mencuba dan jagan berputus asa. Kenangan indah bersama kalian selama tempoh pengajian akan tersemat kukuh di ingatan ini.

Seterusnya selepas sesi pengajian ni, aku ingin berehat seketika dan beri masa kepada anak-anak pula. anak-anak dah makin membesar dan makin bertambah. jadi tumpuan perlu diberikan lebih kepada mereka agar mereka tidak rasa terabai. Amanah Allah tu jangan dipersia-siakan. Kejayaan perlu dikejar tapi amanah jangan diabaikan.

Alhamdulillah dapat juga aku habiskan pengajian ini berkat sokongan dan dorongan dari keluarga dan rakan-rakan semua. Walaupun ada kadang-kadang perkara-perkara negetif yang melemahkan semangat ini. Tapi semua aku telah samada positif atau negetif. Yang baik aku jadikan teladan dan yang tak baik aku jadikan sempadan. Tak semua orang berpikiran seperti kita. Jadi pengajaranya jangan mudah melatah atau putus asa apabila orang-orang disekeliling kita tidak sehaluan.

Apapun yang sebenarnya kesungguhan aku untuk belajar ni timbul apabila mengenangkan kembali susah payah mak aku untuk menyekolahkan aku masa kanak-kanak dahulu. Maklumlah anak lelaki kampung. Tiada yang menyeronokkan di sekolah selain dari bermain-main di rumah. Tapi mak memang tak mengenal erti jemu untuk memastikan aku belajar. jadi sampai sekarang bila terkenangkan usaha beliau, ianya menjadikan satu semangat dan pendorong untuk aku terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Terima kasih mak. Jasamu akan ku kenang hingga akhir hayat.

Tiada ulasan: