Ahad, 26 Jun 2011

Ketulan Ais dan Kehidupan :)


Minggu lepas, selepas majlis bacaan yasin di pejabat ada seorang sahabat bercerita tentang Ais dan hubungan dengan kehidupan. Pencairan Ais adalah menisfestasi kepada usia kehidupan kita di dunia ini. Ais makin lama makin mencair dan seterusnya menjadi air. Begitulah kehidupan kita makin lama, usia makin meningkat dan kita makin hampir kepada kematian. Jadi janganlah bermegah sangat dengan kecantikan, Kekayaan, kekuatan dan pangkat yang Allah kurniakan. ianya hanya sementara sahaja dan apabila tiba waktunya, semua perkara tersebut tidak bernilai lagi untuk kita.

Ais walaupun telah mencair dan menjadi Air, ianya masih dapat memberi manfaat kepada kehidupan lain. Oleh itu, kita walaupun telah menjalani kehidupan ini telah lama, maka diharapkan tempoh tersebut dapat menghasilkan sesuatu yang berguna walaupun bukan kepada orang lain sekurang-kurangnya kepada siri sendiri. Alangkah ruginya sepanjang kehidupan kita sehingga detik ini tiada apa-apa sumbangan yang kita boleh berikan kepada orang lain dan diri sendiri. Moga catatan aku ini dapat memberi sesuatu kepada sesiapa yang membacanya. Walaupun tidak memberikan implikasi yang besar sekurang-kurangnya dapat memberikan pengajaran kepada diri aku sendiri.

Masya Allah, walaupun seketul Ais kita boleh mendapatkan banyak pengajaran dan ikhtibar darinya. Hanya kepada mereka yang ingin mengambil ikhtibar sahaja. Dan Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan kepada aku untuk memahami akan kejadian tersebut walaupun pengajaran dari Ais tersebut bukan dari aku. Ingatlah seperti puisi A. Samad Said "Kita adalah tetamu senja. Sampai detik dan ketika akan pergi jua. Diharapkan perkongsian Ilmu yang singkat ini dapat memberi pengajaran dan manfaat kepada anda semua dan khususnya diri aku sendiri. InsyaAllah :)

Tiada ulasan: