Ahad, 24 Julai 2011

Short Term Pain But Long Term Gain

Kali ni aku tertarik untuk menulis kata-kata motivasi yang aku dengar di radio semasa dalam perjalanan datang kerja. Bagus juga layan ayat-ayat motivasi ini dari melayan perasaan tension jalan sesak di KL ni. Ayat motivasi yang dimaksudkan adalah "Short Term Pain and Long Term Gain". Pakar motivasi yang menyampaikan ayat tersebut mengatakan, ramai orang berjaya lebih suka melakukan sesuatu perkara yang susah dahulu dan mendatangkan keuntungan dikemudian. Manakala orang gagal suka melakukan perkara yang mudah dan hasilnya adalah tidak ke mana.

Dalam bahasa melayu pun ada yang berbunyi " Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Jika diselidiki secara mendalam, memang betul kata-kata motivasi tersebut. Cuba kita selami perjalanan hidup orang-orang berjaya. Sudah tentu mereka telah melakukan perkara-perkara yang sangat menyusahkan kepada diri mereka sebelum mereka merasai nikmat kejayaan sehingga kini. Cuma jangan disamakan dengan usaha Skim cepat kaya sebab mereka kebanyakan konsep bersenang-senang dahulu dan bersenang-senang kemudian. Sebab labur duit tunggu untung. Tak perlu susah payah. namun kebanyakannya duit yang di labur habis lebur :)

Jadi jangan takut untuk melakukan perubahan dalam hidup kita kerana ketidakselesaan itu muncul hanya sekejap sahaja dan apabila keserasian tercapai, kita akan menikmati kesenangan dan kenikmatan berpanjangan. Sememangnya semuanya senang untuk dituturkan atau dituliskan. Namun Setiap perubahan yang ingin dilakukan akan memerlukan pengorbanan. Maklumlah kita sudah berada di zon selesa jadi untuk berubah kepada sesuatu yang belum tentu menjamin sesuatu ianya agak sukar untuk dilakukan. Sememangnya kita di ajar untuk bersyukur dengan setiap nikmatNya namun kita juga tidak diajar untuk berputus asa atau menyerahkan sepenuhnya kepada takdir untuk menguruskan hidup kita. Mulai hari ini jom kita berubah ke arah yang lebih baik untuk kejayaan dunia dan Akhirat. Inysa Allah.

Tiada ulasan: