Rabu, 24 Februari 2010

Kembara ke Cameron Highlands 31/01/2001

Kali ni aku kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil semasa kembara ke Cameron highlands. Aku panggil kembara dan bukannya percutian sebab aku hanyapergi balik hari dan tak bermalam kat sana. Perjalanan pegi ikut exit tapah. Jalan dia memang mencabar gila dan hampir-hampir aku nak pitam sebab selekoh banyak sangat dan selekoh dia mmg kalah la litar sepang huhuhuhuhu.

Sepanjang perjalanan memang best dapat lihat suasana alam dan santai jer rasanya. sampai kat pusat banda cameron dah hampir tengahari. gambar di bawah ni adalah diambil semasa henti rehat disalah sebuat hentian rehat dalam perjalanan ke cameroh highlands


Gambar di bawah ni adalah gambar semasa perjalanan balik. muka semua keletihan dan ada sedikit cerianya huhu. yang betul-betul penat aku la sebab aku yang drive pergi dan balik. Balik ikut jalan ke simpang pulai. jalan ni ok la dari jalan masa datang tadi. jalan ni dah lebar dan selekoh tak la merbahaya sangat.

Muka kepenatan dan kelaparan sikit huhuhu. semasa di hentian rehat mana ntah aku lupa dah gambar ni di ambil.



Gambar di bawah ni diambil semasa perjalanan balik. walaupun waktu tu dah hampir 4 petang...kabus masih tebal. kabus ni akhirnya menutupi jalan dan suasana ni memang menyamankan apabila melihat pergerakan kabus menutupi sesuatu bahagian dengan perlahan2.


ni gambar anak da wife aku semasa dalam kereta nak menghala balik ke KL. Sampai KL dah malam sebab sangkut kat trafik jem sambutan perayaan taipusam.

Esoknya cuti umum lagi. jadi apa lagi tidur sampai petang la huhuhuhu penat ooo tapi seronok dapat jalan-jalan dengan anak-anak.

Tiada ulasan: