Ahad, 28 Februari 2010

kejayaan akan berkembang jika kita memilih untuk jadikannya berkembang

(Petikan dari blog http://www.imotivasi.com/ .....elok untuk dikongsi bersama)
Selama mana kita ingat matlamat yang kita nak capai, selagi itu kita tetap akan bersemangat.Kebanyakan orang give up dan berhenti berusaha sebab fokus mereka teralih kepada permasalahan, cabaran dan kesusahan yang dirasai ketika dalam proses nak mencapai matlamat.

Elakkan diri dari menjadi sebahagian daripada mereka. Dreams are made to be achieved. Stars are made to be reached. Impian akan terlaksana jika ada gabungan usaha, doa dan tawakkal. Masalahnya, walaupun jutaan orang dah tahu tu semua, tapi cuma sedikit yang mampu bertindak melaksanakannya.
Permasalahan dan kesusahan sifatnya sementara. Begitu juga kejayaan. Kejayaan akan jadi kekal, berkembang lalu terus berkembang apabila kita memilih untuk menjadikannya sedemikian. Kejayaan akan jadi sementara jika kita menjadikannya sementara – iaitu dengan berpuas hati dengan kejayaan sedia ada pastu tak nak mencapai kejayaan-kejayaan seterusnya.

Permasalahan dan kesusahan akan jadi berkembang lalu terus berkembang apabila kita memilih untuk menjadikannya berkembang. Permasalahan akan jadi berkembang apabila kita biarkan minda kita terfokus ke arah permasalahan.

Tiap kali Anda berdepan kesusahan, ingat balik matlamat-matlamat yang Anda capai supaya dengan itu fokus minda Anda tak lari kepada permasalahan. Minda kita jadi lebih efektif apabila:
1. Kita set berbagai matlamat dalam proses mencapai kejayaan hidup
2. Kita fokuskan fikiran ke arah usaha untuk matlamat-matlamat tu, bukan kepada masalah-masalah yang menghalang kita.

2 ulasan:

ben@rozaidi berkata...

Salam, aku suka baca ulasan2 cmni untuk memantapkan lagi biznes aku. Thanks bro habzul. :-)

Hizbul Muslimin berkata...

aper pun bidang kita buat pastikan kita tetapkan matlamat untuk berjaya. jgn pikir masalah tapi pikirkan peluang yg wujud