Khamis, 15 Oktober 2009

Prinsip VS Persepsi





Antara prinsip dan persepsi yang mana anda pilih? Mungkin kedua-duanya perlu diberi perhatian, cuma apabila berlaku pertembungan antara prinsip dan persepsi yang memerlukan kita membuat pilihan salah satu antaranya, pilihan yang manakah yang anda akan pilih. Di sini saya tidak akan menerangkan lebih lanjut berkenaan dengan maksud prinsip dan persepsi kerana saya beranggapan semua sudah sedia maklum. Masalah pemilihan ini timbul apabila prinsip dan persepsi kita tidak sehaluan.


Sebagai contoh, kita mempunyai prinsip tidak akan menerima rasuah atas kapasiti kita sebagai penjawat awam namun apabila ada pihak yang mempunyai kepentingan dengan tanggungjawab tugas kita memberikan sesuatu sebagai hadiah atau apa sahaja sekali pun kita akan menghadapi dilema sama ada perlu menerima pemberian tersebut atau tidak. Jika di ikutkan prinsip maka sudah tentu jawapannya adalah tidak menerima. Tetapi jika kita tidak menerima pemberiaan tersebut kita bimbang akan dilebel sebagai sombong. Kebimbangan tersebut adalah persepsi kita yang wujud dalam situasi ini. Maka apabila seseorang berhadapan situasi ini sama ada untuk memilih prinsip atau persepsi, seharusnya seseorang tersebut memilih prinsip. Prinsip adalah pegangan dan pendirian kita ke atas sesuatu namun persepsi adalah andaian, kemungkinan yang akan terjadi yang kita pikirkan sahaja.


Contoh yang lain berkenaan isu ini adalah kisah yang berlaku kepada sahabat saya. Sahabat saya ini seorang perempuan. Beliau mengadu kepada saya bahawa beliau rasa tertekan dengan ayat-ayat lucah dari seorang sahabat lelaki beliau. Pada prinsipnya beliau tidak menyukai seorang lelaki yang bercakap lucah kepada seorang wanita kerana beliau akan hilang rasa hormat kepada lelaki tersebut. Namun pada masa yang sama beliau ingin menjaga hubungan persahabatan yang wujud kerana pada persepsi sahabat perempuan saya ini, beliau risau jika tidak di layan sapaan lelaki ini beliau di anggap sombong dan tidak suka bergaul dengan masyarakat.


Saya menasihati beliau untuk menyelesaikan masalah ini beliau perlu memilih antara prinsip dan persepsi. Jika beliau memilih prinsip maka perbuatan sahabat lelaki beliau perlu di tegur atau diberi nasihat dan nyatakan terus bahawa anda tidak menyukai cara percakapan dia. Moga dia tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut atau jika masih tidak berubah beliau mempunyai pilihan sama ada meneruskan persahabatan tersebut atau tidak. Selain itu, jika persepsi dipilih, beliau perlu menerima segalanya walaupun pada prinsipnya beliau tidak menyukai perbuatan tersebut kerana ingin mengikut persepsi supaya tidak dilabelkan sombong dan tidak suka berkawan. Di sini jika persepsi dipilih masalah yang beliau hadapai akan lebih parah.


Jadi moralnya kepada isu yang saya bangkitkan ini adalah setiap dari kita perlu bijak memilih samada untuk memilih prinsip atau persepsi. Tak semua keadaan persepsi adalah pilihan yang salah kerana ada situasi yang memerlukan kita memilih persepsi. Walaupun contoh yang diberikan di atas adalah lebih kepada pilihan prinsip yang lebih baik namun pada keadaan-keadaan tertentu persepsi juga adalah pilihan yang baik. Oleh itu, setiap dari kita perlulah bijak membuat pilihan supaya masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. pandangan dan komen dari anda amatlah diperlukan. Semoga hidup kita ceria sokmo J

1 ulasan:

Musa Abu Samah berkata...

keluar gak entry nie... bagus2...