Jumaat, 13 Januari 2012

Menghitung hari

erm lama sungguh tak kemaskini dengan catatan-catatan terbaru dalam blog aku ini. ok hari ini aku berkesempatan nak menulis memandangkan kerja-kerja tertangguh dah makin kurang.

coretan aku kali ini berkenaan menghitung hari. Jangan samakan dengan pengantin baru ok. Sebenarnya aku menghitung hari untuk melihat pemberian Allah lahir ke dunia. Pada awalnya terasa sangat lambat namun sejak akhir-akhir ini terasa semakin dekat. Ini bukanlah pengalaman pertama untuk menyabut kelahiran cahaya mata. Malah ini adalah bilangan ke tiga. Namun debaran tetap terasa. Ini perasaan aku sebagai bapa. Apalah perasaan isteri aku dikala ini. Mungkin bermacam-macam perasaan beliau. Sebagai suami aku doakan semoga semuanya selamat dan dipermudahkan oleh Allah.

Jika ikut perhitungan doktor, kelahiran dijangka pada 26/1/2012 namun Allah mempunyai kuasa dan ketetapan bilakan kelahiran tersebut akan berlaku. Bersempena cuti panjang tahun baru cina jadi tidaklah susah untuk aku membuat perhitungan cuti rehat sebagai persediaan. Apapun aku berserah kepada Allah kerana DIAlah penentu terbaik untuk hambanya. Cuma aku mengharapkan yang terbaik dan keselamatan untuk anak dan isteri. InsyaAllah :)

Ya Allah semoga Engkau kurniakan kepadaku anak yang soleh atau solehah dan perelokkan juga kejadiannya serta akhlaknya. Kau berilah aku kekuatan, kesabaran dan ilmu pengetahuan dalam memimpin sebuah keluarga yang Kau amanahkan kepada aku ya Allah. Sesungguhnya redha dan pertolonganMu amatlah ku harapkan. Diharapkan semuanya selamat InsyaAllah.

Tiada ulasan: