Jumaat, 23 Julai 2010

Alhamdulillah Syukur

Syukur Alhamdulillah kuputusan exam sem lepas sudah keluar dan keputusan aku kira ok la untuk meneruskan ke sem berikutnya dan merupakan sem yang terakhir. Dengarnya kawan-kawan ramai yang dapat cemerlang. Tahniah diucapkan. Sem depan merupakan sem yang betul-betul mencabar. disamping 2 subjek core yang perlu dibawa, projek akhir perlu disiapkan juga.

KAU berilah kekuatan kepada hambaMU ini ya Allah untuk mengharungi semester yang terakhir nanti. InsyaAllah you can do it HABZUL. Kepada kawan-kawan seperjuangan, sama-samalah kita harungi sem yang terkhir ini dengan lebih cemerlang supaya pengajian kita dapat dihabiskan dengan cemerlang.

Seperti biasa bila dah hampir memasuki semester yang terkhir ni, rasa masa berlalu sangat pantas. sekejap jer dah berada dipenghujung. dan setiap pertemuan akan ada perpisahan. itu lumrah alam. Namun bantuan dan sokongan kawan-kawan sekelian akan saya kenang hingga akhir hayat. Apa pun kehidupan mesti diteruskan kerana perjuangan masih belum selesai bak kata Tun Mahathir.

Tiada ulasan: