Entah kenapa dari malam tadi lagi ingatan aku tertumpu kepada kenangan bersama mak semasa hayatnya. banyak ingatan suka dan duka bersama mak sepanjang perjalanan hidup ini. Tak sempat kita nak meminta maaf dengan mak sebelum pemergian mak. Harap mak maafkan kita. Halalkan semua pemberian mak kepada kita. InsyaAllah mak kita akan sentiasa mendoakan mak supaya diampunkan dosa, ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan dipermudahkan segala urusan mak di sana. amin.
Khamis, 29 September 2011
Selasa, 27 September 2011
Akhirnya.....Tercapai sudah impian aku
Alhamdulillah, pada tanggal 24/09/2011 telah berlangsung majlis graduasi pengajian sarjana aku. Walaupun terasa sedikit kesedihan kerana ketiadaan bonda tercinta dimajlis tersebut namun hati melonjak gembira apabila melihat sahabat-sahabat seperjuangan meraikan bersama. Orang yang paling gembira dengan setiap pencapaian aku perolehi tentunya adalah ibuku. Diharapkan Ibu ditempatkan bersama-sama orang beriman. Amin.
berikut beberapa gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut.

Isnin, 12 September 2011
Sambutan Raya 2011
Sambutan raya tahun 2011 adalah sambutan paling hambar dan kosong dalam hidup aku. Disaat semua orang bergembira bersama keluarga aku berduka dengan pemergian Ibuku yang tercinta. Moga Diampunkan segala dosa ibuku, ditempatkan bersama-sama kekasihMU YA Allah dan KAU permudahkanlah semua urusan ibuku YA ALLAH. Kosong seketika hidup ini sampai hari-hari berlalu dengan tanpa makna. berikut gambar-gambar yang sempat dirakam.
Pada raya ke 3 majlis perkahwinan adik perempuan. Dirasakan kurang kemeriahannya tanpa ibu disisi.
Khamis, 18 Ogos 2011
Ingatan Menjelang Raya buat seorang Anak :)
Catatan aku kali ini adalah berkenaan ingatan kepada semua yang bergelar anak. tak kiralah kita telah mempunyai anak, namun kita juga tetap anak kepada seseorang. Aku cukup kagum dengan ilustrasi yang aku letakkan di bawah ini. Walaupun nampak dialog biasa sorang ibu kensunyian namun ianya memberikan seribu satu pengajaran kepada kita sebagai anak. Ingatlah Tika kita melangkah meniti kejayaan, mereka (Ibu bapa) tengah membilang usia. Oleh itu janganlah lupa jasa bonda. seterusnya lihatlah ilustrasi di bawah dan hayati dengan mata hati.
Sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang tidak lama lagi marilah sama-sama kita meraikan ibu dan ayah kita supaya mereka tidak kesunyian. Mereka tidak mengharapkan harta dunia dari kita, yang pasti mereka hanya minta sedikit perhatian dari kita dalam mereka meniti usia senja. Kepada mereka yang ibu bapa telah menghadap Ilahi, sampaikan doa kepada mereka untuk kesejahteraan mereka di sana dan semoga senantiasa mendapat rahmat Allah.

Rabu, 10 Ogos 2011
Hari yang di nanti :)
Setelah 2 tahun lebih berhempas pulas untuk menghabiskan pengajian, akhirnya majlis yang ditunggu-tunggu akan tiba tak lama lagi. Walaupun majlis kali ini meerupakan majlis yang ke 3 namun semangat untuk melaluinya rasa seperti belum pernah melaluinya. Dikesempatan ini aku nak ucapkan Tahniahlah kepada kawan-kawan seperjuangan yang sama-sama dapat menghabis pengajian kali ini. Moga kita dapat jumpa pada hari konvo nanti. InsyaAllah
Ahad, 24 Julai 2011
Short Term Pain But Long Term Gain
Kali ni aku tertarik untuk menulis kata-kata motivasi yang aku dengar di radio semasa dalam perjalanan datang kerja. Bagus juga layan ayat-ayat motivasi ini dari melayan perasaan tension jalan sesak di KL ni. Ayat motivasi yang dimaksudkan adalah "Short Term Pain and Long Term Gain". Pakar motivasi yang menyampaikan ayat tersebut mengatakan, ramai orang berjaya lebih suka melakukan sesuatu perkara yang susah dahulu dan mendatangkan keuntungan dikemudian. Manakala orang gagal suka melakukan perkara yang mudah dan hasilnya adalah tidak ke mana.
Dalam bahasa melayu pun ada yang berbunyi " Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Jika diselidiki secara mendalam, memang betul kata-kata motivasi tersebut. Cuba kita selami perjalanan hidup orang-orang berjaya. Sudah tentu mereka telah melakukan perkara-perkara yang sangat menyusahkan kepada diri mereka sebelum mereka merasai nikmat kejayaan sehingga kini. Cuma jangan disamakan dengan usaha Skim cepat kaya sebab mereka kebanyakan konsep bersenang-senang dahulu dan bersenang-senang kemudian. Sebab labur duit tunggu untung. Tak perlu susah payah. namun kebanyakannya duit yang di labur habis lebur :)
Jadi jangan takut untuk melakukan perubahan dalam hidup kita kerana ketidakselesaan itu muncul hanya sekejap sahaja dan apabila keserasian tercapai, kita akan menikmati kesenangan dan kenikmatan berpanjangan. Sememangnya semuanya senang untuk dituturkan atau dituliskan. Namun Setiap perubahan yang ingin dilakukan akan memerlukan pengorbanan. Maklumlah kita sudah berada di zon selesa jadi untuk berubah kepada sesuatu yang belum tentu menjamin sesuatu ianya agak sukar untuk dilakukan. Sememangnya kita di ajar untuk bersyukur dengan setiap nikmatNya namun kita juga tidak diajar untuk berputus asa atau menyerahkan sepenuhnya kepada takdir untuk menguruskan hidup kita. Mulai hari ini jom kita berubah ke arah yang lebih baik untuk kejayaan dunia dan Akhirat. Inysa Allah.

Khamis, 21 Julai 2011
Artikel pilihan : Allah Ajarkan Tentang Konflik
Dalam Sibuk-sibuk bekerja hari jumaat, sempat juga aku membaca artikel dari sebuah laman web ni Artikel iluvislam.com. Biasa la kadang-kadang kita perlu diperingatkan supaya kita tidak melencong yang menyebabkan hati kita menjadi keras untuk menerima nasihat dan teguran. Malalui pembacaan kadang-kadang banyak yang kita boleh ambil pengajarannya. Artikel yang aku baca ini sangat menarik untuk dibincangkan dan direnungkan bersama. Kadang-kadang kita selalu menanyakan diri kita kenapa begini dan begitu apabila kejadian tidak selari dengan kemahuan kita. Sebagai contoh saya sendiri, kemahuan ingin berjaya dalam perniagaan suatu hari nanti, namun keadaan masih tidak menampakkan untuk berjaya. Tanpa memikirkan secara lebih mendalam hikhmah sesuatu kejadia kita terus menyalahkan diri dan berputus asa. Namun setelah membaca artikel ini baru kesedaran timbul tentang konflik yang selalu terjadi dalam diri kita.
Sesungguhnya setiap kejadian ada beribu hikmah untuk difikirkan dan diambil pengajarannya. Setiap konflik yang berlaku adalah suatu pengajaran kepada kita. Oleh itu milai dari saat ini kita perlu ubah pandangan mengenai konflik dalam diri kita. Anggaplak konflik yang terjadi dalam kehidupan seharian itu merupakan pengajaran yang Allah turunkan kepada hambanya supaya lebih tabah dan berjaya dalam kehidupan dunia dan Akhirat. Jangan sesekali mengangap konflik yang terjadi sebagai satu masalah yang tak boleh diselesaikan. Alangkah indahnya ilmu Allah kepada hambanya dan setiap hari kita diberi pengajaran. Cuma kita lalai dalam mengingati setiap kejadian adalah merupakan ilmu Allah untuk hambanya. Selanjutnya bacalah sendiri artikel di bawah ini dan pahami setiap baris pernyataan yang diutarakan.....selamat Membaca :)
Apa khabar sahabat-sahabat semua? Semoga dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan sentiasa berada di dalam kesedaran yang tinggi kepada Allah. Sekarang ini rata-rata orang membincangkan tentang kedasyatan tentera Israel yang sanggup membunuh orang-orang awam yang datang menghantar bantuan kemanusiaan ke genting Gaza baru-baru ini.
Teringat saya kepada kisah pemimpin-pemimpin Hamas yang tidak pernah gentar berhadapan dengan organisasi Zionis yang tak berperikemanusiaan ini. Almarhum Syeikh Ahmed Yassin dibunuh dan syahid pada tanggal 22 March 2004 sebaik sahaja keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh. Penggantinya Abdul Aziz Rantisi, seorang berpendidikan tinggi namun memilih hidup untuk berjuang di jalan Allah.
Sanggup memilih hidup di dalam kesusahan di khemah-khemah dari hidup mewah dengan harta kebendaan yang melimpah ruah. Ketika ditanya di dalam satu sesi temuduga sebaik sahaja beliau menggantikan Syeikh Ahmed Yassin, apakah beliau tidak takut menghadapi nasib yang sama seperti Syeikh Ahmed Yassin yang dibunuh?
Jawapan yang diberikan, dari saya mati disebabkan sakit jantung, lebih baik saya mati dibunuh dan syahid di jalan Allah dan alhamdulillah pada tanggal 17 April 2004, beliau juga ditembak mati dan gugur sebagai syahid. Kisah-kisah pemimpin Hamas ini sering membuat saya bertanya pada diri saya sendiri dan kepada Allah. Ya Allah di manakah tempatku di sisi Mu, hebatnya mereka hingga membuat saya merasa sangat kecil, terasa diri ini tidak memberi impak sewajarnya kepada perjuangan Islam jika dibandingkan dengan mereka.
Pada pagi ini saya ingin berkongsi diajarkan Allah tentang konflik. Pengajaran ini saya perolehi apabila saya berhadapan dengan konflik yang melibatkan saya dengan seorang sahabat saya. Saya rasa menyesal dengan apa yang berlaku namun alhamdulillah sebelum sempat saya merasa begitu sedih, Allah menyejukkan hati saya dengan memantapkan lagi kefahaman saya tentang konflik. Saya kongsikan kefahaman ini di dalam satu sesi latihan yang kami anjurkan baru-baru ini.
Di dalam sesi latihan itu, peserta diminta membincangkan tentang berbagai konflik yang dihadapi di dalam kehidupan, samada konflik dalam diri, keluarga atau masyarakat. Saya bertanya kepada para peserta, kenapa ya dalam hidup kita ada banyak konflik, bukankah Allah Maha Penyayang, kenapa kita perlu dihadapkan dengan berbagai konflik dalam kehidupan, peserta memberikan berbagai reaksi dan respon.
Saya katakan kepada mereka, bagaimana seorang perenang mahu jadi perenang yang hebat? Mereka kata kena berlatih bersungguh-sungguh. Apakah yang dilalui ketika berlatih? tanya saya. Mereka jawab berbagai kesusahan dan kepayahan. Apakah mungkin seorang perenang boleh jadi perenang hebat jika tidak melalui proses dilatih dengan penuh kepayahan dan kesusahan? Tidak, jawab mereka penuh kepastian. Begitu jugalah dengan diri kita. Kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang maka kita semua akan diproses dengan berbagai konflik dalam kehidupan untuk membentuk kita menjadi insan yang hebat , yang sabar, yang jujur, yang kuat, yang bersemangat dan sebagainya.
Di dalam kehidupan ini kita akan berhadapan dengan berbagai sikap dan personaliti manusia yang berbeza. Ada personaliti yang membuatkan kita benci sesama kita. Contohnya, ramai kita yang sering berhadapan dengan orang-orang yang kita rasa 'sukar' atau kita termkan sebagai 'difficult people'. Samada orang yang pemarah, orang yang kedekut, orang yang sombong dan sebagainya. Cuba bayangkan orang itu, saya akan membayangkan salah seorang bos saya yang sangat menyusahkan saya kerana saya merasakan dia seorang yang 'perfectionist' dan saya terpaksa mengubah kertas kerja saya hampir lebih 10 - 15 kali!
Sebenarnya Allah ingin memproses kita melalui orang-orang ini, seperti perenang hebat tadi. Bila kita berhadapan dengan orang yang cepat marah, kita sedang diproses untuk menjadi orang yang sabar, bila kita berhadapan dengan orang yang 'perfectionist', kita sedang diproses untuk memberikan hasil kerja yang berkualiti dan sebagainya. Bayangkan kalau orang-orang ini tidak ada di dunia ini? Semua orang baik, bagaimana kita akan diproses? Pasti kita tidak jadi diri kita sekarang bukan?
Nah, mulai sekarang berbahagialah dengan apa saja konflik yang kita hadapi dan senyumlah di dalam hati apabila bertemu dengan orang-orang yang berbagai sikap dan personaliti dan katakan di dalam hati, aku sedang diproses. Semoga kita jadi manusia hebat, insyaAllah.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
- Artikel iluvislam.com

Langgan:
Catatan (Atom)