Isnin, 28 Jun 2010

Melancong ke PD 27062010

Pada hujung minggu lepas (27/06/2010) bawa keluarga pergi PD. Konon nak hilangkan tension lepas 3 hari pulun study hehehehe. Memang tension gila sebab walau 3 hari pulun study tapi still banyak yang tak boleh jawab. Dari dok pikirkan benda yang lepas baik bawa anak-anak pergi jalan.

Kadang-kadang kita sibuk dengan urusan kita sedangkan kita terlupa pada orang yang berhak kita utamakan. memikirkan ini terus terlintas nak bawa keluarga pergi jalan-jalan.

Walau pun penat sekurang-kurangnya terhibur juga bila tengok keluarga ceria. Pengajarannya, dalam hidup ini kita jangan hanya memikirkan keperluan diri kita sahaja. kita seharusnya memikirkan juga keperluan orang yang berhak ke atas kita.






Rabu, 9 Jun 2010

Benarkan saya pergi ayah?

(Diambil dari email rakan untuk dikongsi bersama)


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".
"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya.
Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.
Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan.
Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.
Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada


selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassallam

Isnin, 7 Jun 2010

Selamat penganting Baru 30052010


Rasanya tak terlewat lagi nak ucapkan Selamat pengantin Baru kepada Nor Afzan ni. Dikesempatan ini aku bersama keluarga mengucapkan selamat penganting baru semoga bahagia ke akhir hayat. Moga hidup aman dan rukun selalu. Tahniah dari your friend :)

Ahad, 30 Mei 2010

Pekena Nasi Lemak Antarabangsa 30052010

Semalam p pekena nasik lemak antarabangsa. sebelum ni lalu asyik tgk jer kali ni wife aku nk p rasa sedap ker tidak makanan kat kedai tu. Pasal persekitaran dan harga memang kelas antarabangsa la. makan 2 pinggan nasik lemak + telur mata+2 Teh O Ais dah RM14. Ape pun memang enjoy lah bawak anak-anak pergi jalan-jalan.






Rabu, 26 Mei 2010

Antara Takdir dan Tadbir

dalam mendidik... hati jgn lepas dari harap pada Allah... kerana hidayah tu dari Allah, Takdir itu Allah punya, kita hanya Tadbir... jadi tadbir urus lah dgn bijak dan serahkan Takdir pada Allah...

"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"


"Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan dan pengajarannya,dan untuk menghadapi hari esok,jadikan kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah KEHIDUPAN


petikan dari bijak pandai :)

Ahad, 23 Mei 2010

3 Cara tidak melewat-lewatkan kerja

Petikan dari artikel Rahsiainternet.com (Irfan khairi) untuk dikongsi bersama. Ketiga-tiga cara ni memang aku tengah praktiskan sekarang ni. Alhamdulillah memang hasilnya adalah seperti yang diulaskan oleh saudara irfan khairi ni.
Artikel: 3 Cara tidak melewat-lewatkan kerja


Cara #1: Beri tekanan pada diri sendiri

Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin. Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya.

Pemimpin melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi. Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.

Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi. Sekiranya anda melakukan kerja yang anda ingin siapkan pada kadar segera, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan Tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga.

Cara #2: Apa akan terjadi sekiranya...

Ianya dikatakan, manusia melakukan perkara untuk mendapatkan kebahagiaan atau mengelakkan kesengsaraan. Dalam apa sahaja yang anda lakukan, sudah pasti terdapat elemen menambahkan kebahagiaan anda, atau mengelakkan kesengsaraan dan penderitaan.

Dalam mengurus masa anda, fikirkan apa yang akan terjadi, sekiranya anda tidak melakukan tugasan di tangan secepat mungkin. Adakah anda mendapat kebahagiaan, atau kesengsaraan?

Beri tumpuan dan fokus kepada perasaan tersebut. Lipatkali gandakan perasaan tersebut, sekiranya kebahagiaan, gandakannya dengan sepuluh! Sekiranya kesengsaraan yang anda akan dapat, gandakannya dengan sepuluh.

Manusia melakukan sesuatu oleh kerana emosi di dalam diri. Dengan memainkan emosi anda dengan fokus kepada mendapat kebahagiaan yang berganda dan mengelakkan kesengsaraan yang berganda, emosi anda akan memberi daya tolakan kepada diri anda untuk menyiapkan sesuatu kerja secepat mungkin dnegan sempurna.

Pertimbangkan apa yang akan terjadi sekiranya apa yang anda ingin lakukan di lewat-lewatkan!

Cara #3: Tambahkan ilmu dalam bidang focus anda

Manusia adalah insan yang amat hebat dan boleh mencapai apa sahaja matlamat dengan ilmu dan pengalaman yang mencukupi. Lipatkali gandakan ilmu anda dalam bidang anda. Dengan ilmu yang lengkap, segala kerja yang dilakukan adalah lebih mudah.

Sering kali kita tidak dapat meneruskan sesuatu kerja apabila kita tidak tahu melakukannya, atau, mempunyai ilmu yang kurang dalam kerja yang perlu ditangani. Ini akan melambatkan sesuatutugas dan adakalanya akan menurunkan produktiviti dan motivasi. Tekanan mula di rasa apabila ilmu yang dimiliki tidak dapat menangani kerja di tangan.

Dedikasikan diri anda untuk menjadi pakar dalam bidang anda. Baca buku, hadiri seminar, minta nasihat dari yang lebih pakar, dan tambahkan kepakaran anda, sama ada yang berkaitan secara langsung dengan kerja anda, atupun yang tidak.

Orang disekeliling anda akan merasa pelik, bagaimana anda mencapai kejayaan dalam waktu yang amat singkat. Jawapannya, lipat kali gandakan ilmu dalam bidang anda!

Khamis, 13 Mei 2010

Anak Bapak :D

Semalam 13/05/2010 balik kerja naik LRT. Hujan lebat habis basah. Gambar ni sempat diambil oleh wife aku. Sekali sekala try naik LRT.