Jumaat, 13 Januari 2012

Perkongsian Ilmu dari blog Ustaz Amin

Di bawah dikongsikan doa-doa di dalam rumah tangga.

1) Doa Untuk Mendapat Isteri dan Anak-Anak Yang Bertaqwa

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(al-Furqan,74).

2) Doa Kepada Pengantin. Apabila seseorang telah diijabkabulkan, Rasulullah SAW mendoakan:

بَارَكَ اللهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْكُمَا فِيْ خَيْرٍ

Semoga Allah memberkati kamu, dan melimpahkan berkatNya atas diri kamu, dan semoga Allah menghimpunkan kamu berdua dalam kebajikan.

(Riwayat daripada Abu Hurairah di dalam Sunan Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, dan imam-imam lain).

3) Doa Pengantin Untuk Dirinya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang kamu berkahwin katakanlah:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْـأَلُكَ خَيْـرَهَا، وَخَيْـرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ*

وَأَعُوْذُ بِـكَ مِنْ شَــرِّهَا وَشَــرِّ مَا جَبَـلْتَهَا عَلَيْهِ .

Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan perempuanini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya. Dan aku mohon perlindungan kepadaMu daripada kejelekan perempuan ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya.

(Riwayat daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada bapanya, daripada datuknya di dalam Sunan Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Sunni dan lain-lain).

4) Doa Ketika Hendak Mendatangi Isteri. Nabi SAW bersabda: Apabila kamu ingin mendatangi isteri, katakanlah:

بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا .

Dengan nama Allah, ya Allah, ya Tuhan kami, hindarilah kami daripada syaitan, dan jauhilah syaitan daripada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami.

(Riwayat daripada Ibn ‘Abbas ra di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim).

5) Amalan Ketika Mengandung

Ketika mengandung, para ibu boleh mengamalkan surah Maryam, suruh Yusuf dan surah Luqman untuk Allah memberikan kebaikan kepada anak di dalam kandungan. Sesungguhnya, al-Quran itu terdapat keberkatan jika kita mengamalkannya.

Doa Untuk Mendapat Anak Yang Sempurna dan Tidak Cacat

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkaulah sentiasa Maha Mendengar segala permintaan. (Ali ‘Imran 38).

6) Doa Ketika Sakit Hendak Bersalin. Diriwayatkan daripada Fatimah ra bahawa apabila beliau hampir melahirkan Nabi SAW menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy membacakan kepada beliau ayat Kursiy dan ayat surah al-A‘raf, 54
Kemudian diikuti dengan membaca surah al-Falaq dan al-Nas. (al-Azkar, ImamNawawi).

7) Untuk ada kekuatan untuk berbuat sesuatu

Lahaula wala quwwata illa billahil aliyyil azim

8) Menahan perasaan di dalam rumah tangga

Banyakkan Selawat

9) lembutkan hati isteri/ suami

Surah al-fatihah/ surah taha/ nak masak bacakan surah al-Kauthar

10) Nak buat apa-apa keputusan, seperti bercerai dan sebagainya, mulakan dengan mohon petunjuk di dalam solat istikharah

Menghitung hari

erm lama sungguh tak kemaskini dengan catatan-catatan terbaru dalam blog aku ini. ok hari ini aku berkesempatan nak menulis memandangkan kerja-kerja tertangguh dah makin kurang.

coretan aku kali ini berkenaan menghitung hari. Jangan samakan dengan pengantin baru ok. Sebenarnya aku menghitung hari untuk melihat pemberian Allah lahir ke dunia. Pada awalnya terasa sangat lambat namun sejak akhir-akhir ini terasa semakin dekat. Ini bukanlah pengalaman pertama untuk menyabut kelahiran cahaya mata. Malah ini adalah bilangan ke tiga. Namun debaran tetap terasa. Ini perasaan aku sebagai bapa. Apalah perasaan isteri aku dikala ini. Mungkin bermacam-macam perasaan beliau. Sebagai suami aku doakan semoga semuanya selamat dan dipermudahkan oleh Allah.

Jika ikut perhitungan doktor, kelahiran dijangka pada 26/1/2012 namun Allah mempunyai kuasa dan ketetapan bilakan kelahiran tersebut akan berlaku. Bersempena cuti panjang tahun baru cina jadi tidaklah susah untuk aku membuat perhitungan cuti rehat sebagai persediaan. Apapun aku berserah kepada Allah kerana DIAlah penentu terbaik untuk hambanya. Cuma aku mengharapkan yang terbaik dan keselamatan untuk anak dan isteri. InsyaAllah :)

Ya Allah semoga Engkau kurniakan kepadaku anak yang soleh atau solehah dan perelokkan juga kejadiannya serta akhlaknya. Kau berilah aku kekuatan, kesabaran dan ilmu pengetahuan dalam memimpin sebuah keluarga yang Kau amanahkan kepada aku ya Allah. Sesungguhnya redha dan pertolonganMu amatlah ku harapkan. Diharapkan semuanya selamat InsyaAllah.

Khamis, 13 Oktober 2011

3 strategi perniagaan Steve Jobs

dipetik dari email Irfan Khairi (Jutawan Internet)

Jom pakat baca dan renung-renungkan. yang baik boleh dijadikan teladan dan yang tak baik jadikan sempadan. Selamat membaca.

1. Fikir berbeza
Slogan apple satu masa dulu adalah "Think Different". Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat.

Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.

Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!

2. Komunikasi dalam perniagaan
Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya.

Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.

Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara meneyluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!

3. Keep it simple
Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan 'simplicity' dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!

Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan - jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep 'simple', dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek.

Mudah idea -idea ini dapat membantu anda dalam perniagaan anda.

Isnin, 10 Oktober 2011

Sekilas kenangan menyelusuri kehidupan

Gambar kenangan semasa pengajian peringkat Ijazah Sarjanamuda 2004 - 2008


Gambar Kenangan semasa peringkat pengajian peringkat Ijazah Sarjana 2009 - 2011


 

Khamis, 29 September 2011

Doa untuk Ibu

Entah kenapa dari malam tadi lagi ingatan aku tertumpu kepada kenangan bersama mak semasa hayatnya. banyak ingatan suka dan duka bersama mak sepanjang perjalanan hidup ini. Tak sempat kita nak meminta maaf dengan mak sebelum pemergian mak. Harap mak maafkan kita. Halalkan semua pemberian mak kepada kita. InsyaAllah mak kita akan sentiasa mendoakan mak supaya diampunkan dosa, ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan dipermudahkan segala urusan mak di sana. amin.

Selasa, 27 September 2011

Akhirnya.....Tercapai sudah impian aku

Alhamdulillah, pada tanggal 24/09/2011 telah berlangsung majlis graduasi pengajian sarjana aku. Walaupun terasa sedikit kesedihan kerana ketiadaan bonda tercinta dimajlis tersebut namun hati melonjak gembira apabila melihat sahabat-sahabat seperjuangan meraikan bersama. Orang yang paling gembira dengan setiap pencapaian aku perolehi tentunya adalah ibuku. Diharapkan Ibu ditempatkan bersama-sama orang beriman. Amin.

berikut beberapa gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut.







Isnin, 12 September 2011

Sambutan Raya 2011

Sambutan raya tahun 2011 adalah sambutan paling hambar dan kosong dalam hidup aku. Disaat semua orang bergembira bersama keluarga aku berduka dengan pemergian Ibuku yang tercinta. Moga Diampunkan segala dosa ibuku, ditempatkan bersama-sama kekasihMU YA Allah dan KAU permudahkanlah semua urusan ibuku YA ALLAH.  Kosong seketika hidup ini sampai hari-hari berlalu dengan tanpa makna. berikut gambar-gambar yang sempat dirakam.


Pada raya ke 3 majlis perkahwinan adik perempuan. Dirasakan kurang kemeriahannya tanpa ibu disisi.