Khamis, 23 September 2010

Mangsa Banjir Di Pakistan

Sedih sungguh melihat gambar di bawah. kita di Malaysia ni sampai berlebih2an makanan. sampai ada makanan dibuang begitu saja dalam tong sampah. bersyukur sungguh jadi rakyat Malaysia.

KANAK-KANAK mangsa banjir dihurungi lalat di kem pelarian di Pakistan.

PESHAWAR: Ia adalah sekeping gambar yang menceritakan penderitaan mangsa bencana banjir Pakistan: Empat kanak-kanak kecil terbaring di atas tikar dihurungi lalat, dengan seorang daripadanya menghisap botol susu kosong.
Gambar oleh jurugambar Associated Press, Mohammad Sajjad itu dirakamkan di sebuah kem mangsa banjir di Azakhel, kira-kira 30 kilometer dari Peshawar. Kanak-kanak yang menghisap botol susu itu dikenal pasti oleh the Guardian sebagai Reza Khan, dua tahun. Akhbar Britain itu yang terharu dengan gambar berkenaan berusaha mencari Reza dan menemuinya di kem pelarian terbabit.
Sebanyak 19 keluarga berada di kem itu semuanya pelarian warga Afghanistan yang sebelum ini lari ke Pakistan akibat perang di negara sendiri dan kini terpaksa pula melarikan diri dari banjir yang melanda sejak lebih sebulan lalu.
Reza ditemui di dalam khemah bersama ibunya, Fatima, serta enam daripada tujuh adik beradiknya yang berhimpit di dalam khemah berlantaikan lumpur itu. Reza masih lagi memegang botol susunya yang kosong.
Fatima cuba menenangkan anaknya itu yang kerap menangis kerana dahagakan susu. Kembarnya Mahmoud juga menangis tidak berhenti-henti. "Mereka belum makan apa-apa lagi hari ini. Saya tidak ada makanan untuk diberi kepada mereka, kata Fatima.
"Anak ini menangis kerana kelaparan, kata Fatima menunjuk kepada Reza dan kembarnya.
Sudah sebulan mereka ini tidak dapat minum susu.
Bapa Reza, Aslam, berada di sebuah hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan bagi anak perempuannya berusia tujuh tahun yang menghidap penyakit kulit berikutan persekitaran yang amat kotor.
"Kami sudah berada di sini sebulan, sebulan lamanya! Kami sudah penat dihurungi lalat dan tanpa bekalan makanan.
Sebelum bencana banjir ini suami saya mempunyai pekerjaan. Kami miskin tetapi perut kami tetap dapat diisi, kata Fatima.
Fatima berkata keluarganya bernasib baik sempena Ramadan kerana ramai yang mengadakan majlis berbuka puasa untuk orang miskin.
Anak saya pergi ke majlis itu untuk mendapatkan makanan tetapi saya risau apabila Ramadan berakhir minggu ini di manakah mereka akan dapat makanan, kata Fatima. AFP

Selasa, 7 September 2010

Selamat Hari Raya Eidulfitri

saya sekeluarga (Habzul+Mazwati+Aqilah+Ainul) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eidulfitri yang dijangka Jumaat nanti InsyaAllah. Dikesempatan ni kami sekeluarga ingin mohon maaf kepada semua rakan-rakan jika ada tersalah silap yang sengaja atau tidak sengaja, yang sedar atau tidak sedar. Harap dapat dimaafkan semua.

Dalam kita bergembira jangan lupa kepada saudara-saudara kita yang berada dalam kesusahan. Walau tiada apa yang mampu kita tolong namun dengan sedikit doa mohon kesejahteraan dan diringankan ujian Allah kepada mereka. InsyaAllah dapatlah mereka bergembira bersama menyambut Edulfitri.

p/s: jangan makan lebih hari raya nanti sakit tak leh bergembira huhuhuhu

Ahad, 5 September 2010

Happy Bestday To Nur Aqilah (06/09/2010)

Papa ucapkan selamat menyambut hari ulang tahun yang ke 4. Moga panjang umo, jadi anak yang solehah yer.


Ya Allah KAU perelokkanlah akhlak dan budi pekertinya (Nur Aqilah) sepertimana KAU pereloklan kejadiannya. Amin....







Dibawah ni gambar2 hadiah yang disediakan oleh mamanya untuk diberi kepada kawan-kawan aqilah. Rajin sungguh hehehehe







P/S : Nak bagi hadiah aper erk hehehehehehe

Majlis Berbuka Puasa dan Reunion BIT6 UKM

Majlis Berbuka Puasa merangkap Reunion bagi pelajar2 BIT6 UKM tahun 2005-2008

Tempat : Restoran Nelayan, Tmn Tasik titiwangsa Kuala Lumpur

Tarikh : 04/09/2010

Thanks kepada semua kerana sudi meluangkan masa untuk berjumpa dan lepak2. Walaupun makanan yang ada tak berapa best tetapi suasana sangat meriah. lain kali jika ada kesempatan kita adakan lagi. Banyak yang nak dibualkan tapi maklumlah semua dah beranak pinak ni. anak-anak ni biasa la bukan boleh duduk lama-lama cepat boring. Apa pun thanks kepada semua semoga persahabatan kita akan kekal hingga akhir usia.

(anak Ashabul, Anak Rashidi dan anak habzul)

P/S: Lepas ni boleh la sesiapa nk buat open house raya tu panggil kita org erk.

Khamis, 2 September 2010

Insyaallah

Insyaallah
by Maher elzain - Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way


p/s : Dengarlah lagu ni. semoga ia dapat merubah pemikiran kita...InsyaAllah

Rabu, 11 Ogos 2010

Ubat hati

Diambil dari artikel blog ustaz amin (http://www.ustazamin.com) untuk perkongsian ilmu bersama.

Motivasi Iman 2 - Ubat hati

Sedar atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, lantaran takut pangkatnya hilang.

Inilah manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung, kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.

1. Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah

2. Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan

3. Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal

4. Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa tawadhuk.

5. Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran

6. Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.

7. Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan kurang.

Demikianlah beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin...

Sepuluh Sebab Hati Tidak Tenang

Artikel ini diambil dari blog ustaz amin (http://www.ustazamin.com) untuk perkongsian ilmu bersama.

Motivasi Iman 8 - Sepuluh Sebab Hati Tidak Tenang (Siri 1)

Pada kesempatan kali ini kita akan membincangkan mengenai 10 sebab kenapa hati tidak tenang. Ini kerana, sedar atau tidak sebenarnya, ramai orang yang hilang ketenangan hatinya sekalipun duduk di rumah yang besar, berpangkat besar, kereta besar dan mempunyai isteri atau suami yang besar.

Saya banyak bertemu dengan berbagai golongan, dari yang kaya hingga yang biasa. Perkara yang sering ditanyakan ialah:-

"Ustaz, hati saya rungsinglah, tak tahu sebab apa"

Kadang-kala mereka meluahkan,

"saya ni semua ada, tapi tak tahu lah kenapa hati saya tak tenang, Ustaz ada nasihat tak?"

Ini ayat-ayat yang sering saya jumpa. InsyaAllah, kita akan membahaskan kenapa hati tidak tenang. Semoga Allah memberikan saya dan pembaca sekelian ketenangan hati, satu perkara yang tidak dapat dibeli dari kedai sekalipun kita mempunyai jutaan wang.

Ada 10 sebab kenapa hati tidak tenang.

Sebab Pertama

Hati tidak tenang kerana seseorang itu merasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia lain.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Perkara ini boleh berlaku apabila seseorang suka membesarkan keaiban dirinya kemudian membandingkan kebahagiannya dengan orang lain.

Hari ini, Allah telah berikan berbagai nikmat padanya. Tetapi dia merungsingkan jerawat yang timbul di mukanya. Dia malu pada jerawat dimukanya. Sedangkan jika dia mengeluh ia tidak merubah apa-apa. Dia malu seolah-olah jerawat itu menghilangkan hidungnya, matanya., dagunya. Dia besarkan keaiban yang ada pada dirinya. Akhirnya hilang ketenangan pada diri. Kemudian dia bandingkan pula dengan muka-muka artis yang ada pada majalah. Ah.. tertekan dengan jerawat.

Hari ini, seseorang malu dengan umurnya telah lanjut, mukanya yang telah berkedut, rambutnya yang telah beruban, kakinya tak cantik, kukunya pecah. Untuk apa kita malu dan besarkan perkara itu. Kita usaha perbaiki tapi jangan rungsing dengan perkara itu. Ia hanya akan membuatkan kita hilang ketenangan.

Hari ini dia kena berhenti kerja, dia malu jika orang lain tahu. Sebab apa? Sebab sebelum ini agak sombong dengan kedudukan yang ada. Untuk apa malu, terima sahaja hakikat dan usaha semaksima mungkin. Berhenti kerja tidak menyebabkan kita mati. Masih banyak lagi usaha yang boleh dibuat.

Hari ini kereta kena tarik, rumah nak kena lelong. Kenapa malu? Itukan harta kita. Kita nak beli atau kita dah tak mampu nak bayar itukan hal kita. Jangan rasa rendah diri. Allah beri kita rumah itu awal untuk rasa selesa sekejap. Hari ini dia tarik untuk kita lebih hargai nikmat itu. Nanti kalau beri lagi Alhamdulillah, kita akan lebih bersyukur. Jangan sebab rumah nak kena lelong hilang ketenangan diri.

Hari ini kita mungkin berpisah dengan isteri, dengan suami, untuk apa malu? Itukan telah berlalu. Bina semula dan jangan rasa rendah diri terhadapa apa yang berlaku.

Kenapa kita selalu rasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia? Kerana kita membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain.

Jangan sekali-kali kita bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. Orang lain ada rumah besar, kita bandingkan rumah kita yang kecil. Walaupun dia ada rumah yang besar, dia juga ada masalahnya sendiri. Mungkin rumah sahaja besar, tetapi isterinya sering merungsingkannya, mungkin anaknya yang selalu tak balik, mungkin masalah kesihatannya yang teruk.

Semua orang ada masalah, kesamaannya ialah masalah itu menghimpit hati, bezanya ialah bentuknya. Jadi jangan kita rasa rendah diri pada keduniaan terhadap orang lain. Orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang kita tidak tahu.

Satu ketika, seorang sahabat telah dileteri oleh isterinya. Dia sangat sedih dan ingin mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar r.a. Dia rasakan Umar selaku pemimpin negara sudah tentu dapat menyelesaikan masaalahnya.

Kenapa sahabat ini sedih, kerana dia cuba membayangkan dan membandingkan keadaannya dengan Saidina Umar.

Ketika sampai di rumah Saidina Umar, dia mendengar dari luar rumah, Saidina Umar sedang dileteri oleh isterinya.

Cepat-cepat dia berpaling dan meninggalkan rumah Saidina Umar. Ketika itu Saidina Umar nampak dan menegurnya dan Umar menasihatinya mengenai rumah tangga.

Cuba lihat, ketika kita membanding kebahagaian kita dengan orang lain, maka kita akan membesarkan keaiban diri kita, kita akan menjadi malu, kita akan tertekan, kita rasakan orang lain cukup bahagia.

Sedangkan orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang mungkin lebih menekan hidupnya. Kalau bukan sama seperti kita, pasti dalam ruangan yang lain.

Oleh itu, hati tidak tenang apabila kita membesarkan aib diri kita dan bandingkan dengan orang lain.

Kita perlu perbaiki keadaan diri kita tetapi jangan sampai ia membuatkan hati kita hilang tenang.

Ketenangan inilah kebahagiaan. Saya, anda dan semua orang mahukan ketenangan ini, tetapi tidak semua orang berjaya mendapatkannya.

Kerana apa? Kerana sebab yang pertama, selalu mengukur kebahagiaan diri dengan orang lain.

Jadi, terimalah hakikat diri kita sebaiknya, baiki keadaan, terima kekurangan diri, jangan berpura-pura pada orang lain, jangan bandingkan kebahagaian dengan orang lain dan nanti anda akan keluar dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.

Tarik nafas panjang-panjang hari ini, doa agar Allah beri kita kekuatan untuk menerima hakikat diri dan beri jalan keluar pada permasalaan kita. Mudah-mudahan Allah yang empunya ketenangan, akan menitiskan ketenangan ke dalam hati-hati kita.

InsyaAllah, kita akan sambung seterusnya nanti.

"Motivasi Iman, Ubat Hati Penawar Jiwa"

Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah